Alat AED ataupun Automated External Defibrillator mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Alat AED ataupun Automated External Defibrillator mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam.
Apabila seseorang tiada nadi dan pernafasan, serta kehilangan kesedaran, keadaan ini dikenali sebagai serangan jantung secara tiba-tiba atau Sudden Cardiac Arrest (SCA).
Dalam keadaan ini, pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) dan perangkat sengatan jantung amat diperlukan. CPR yang meliputi tekanan dada dan pernafasan bantuan bertujuan untuk memastikan aliran oksigen ke dalam otak dan mengelakkan kematian otak kepada mangsa.
Perangkat sengatan jantung atau Automated External Defibrillator, merupakan sesuatu arus elektrik yang dipakai ke atas dada mangsa untuk membantu jantung dalam mengepam darah semula.
Automated External Defibrillator (AED) atau alat defibrillator merupakan suatu peranti yang dapat menganalisis denyutan jantung dan memberi nasihat kepada penyelamat sama ada untuk menyampaikan arus kejutan kepada mangsa. Pad elektrod AED akan ditampalkan ke dada mangsa dan shock akan disampaikan selepas analisis alat tersebut.
Sesetengah alat defibrillator yang canggih mempunyai fungsi untuk mengenal pasti keberkesanan CPR dengan memberi maklum balas kepada tekanan dada yang dilakukan oleh penyelamat. Jika kedua-dua alat AED dan CPR dipakai sekali, hal ini boleh meningkatkan peluang hidup mangsa.
Alat AED boleh meningkatkan peluang hidup mangsa apabila SCA berlaku. Hal ini demikian kerana ambulans dan peranti perubatan mungkin tidak dapat sampai ke tempat kejadian tepat pada masanya.
Walau bagaimanapun, di Malaysia hanya lapangan terbang dan sesetengah pusat membeli-belah yang mempunyai alat ini. Alat AED hendaklah ditempatkan di tempat awam, tempat kerja, serta tempat kediaman.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen