backup og meta

Kempen 'Pink Wobbly Breast Odyssey', Penting Untuk Kesedaran Kanser Payudara!

Kempen 'Pink Wobbly Breast Odyssey', Penting Untuk Kesedaran Kanser Payudara!

Petaling Jaya, Oktober 23, 2024 – Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Oktober Pink), jenama mentega kacang semula jadi terkenal, JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan tanda awal kanser payudara.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Pelancaran kempen ‘Pink Wobbly Breast Odyssey’

Di pelancaran kempen, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang kaca Jobbie merah jambu yang direka khas dengan label ‘Pink Wobbly Breast Odyssey’.

Setiap balang menampilkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk berwarna merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang menghidap penyakit ini.

Untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan diderma kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, demi membantu menyediakan sumber maklumat dan rawatan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara.

Kempen kesedaran dijalankan bagi mendidik masyarakat berkaitan pentingya langkah awal bagi merawat kanser payudara.
Kempen kesedaran dijalankan bagi mendidik masyarakat berkaitan pentingnya langkah awal bagi merawat kanser payudara.

Nama kempen ini diilhamkan daripada dua elemen utama yang berkaitan perjalanan kanser. Perkataan ‘Wobbly’ melambangkan kerentanan yang dihadapi ketika memerangi kanser payudara, sementara ‘Odyssey’ mencerminkan perjalanan unik dan penuh keberanian setiap orang yang menghadapi penyakit ini.

Ini selaras dengan etos JOBBIE untuk menyebarkan kegembiraan dan memperjuangkan kualiti hidup yang lebih baik dengan kempen kesedaran ini berharap dapat mendidik masyarakat agar peka mengenai tanda awal kanser payudara.

En. Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE menjelaskan, “Kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara“.

Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan ‘Pink Wobbly Breast Odyssey‘ menggalakkan semua orang untuk:

  • Menyebarkan pengetahuan
  • Menyokong pesakit penyakit kanser payudara
  • Membantu penyelidikan kondisi kanser payudara

Kepentingan pengesanan tanda awal kanser payudara

Kanser payudara merupakan bentuk kanser nombor satu di kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 32% daripada semua kanser yang dikesan dalam wanita.

Risiko menghidap kanser payudara meningkat dengan usia, dan berlaku dengan lebih kerap di kalangan individu berusia 50 tahun ke atas.

Malangnya, kebanyakan kes dikesan lewat, dengan hampir separuh kes dikesan pada Tahap 3 atau Tahap 4, apabila pilihan rawatan lebih terhad dan peluang untuk bertahan hidup menurun.

Statistik ini menekankan kepentingan pengesanan awal dan saringan berkala serta pengetahuan mengenai tanda awal kanser payudara.

Lebih-lebih lagi, wanita berumur 40 tahun ke atas, demi meningkatkan peluang rawatan dan mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit ini.

Acara pelancaran kempen turut menampilkan pakar kesihatan dan pemandiri kanser untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser serta tanda awal kanser payudara.

Perkongsian berkaitan kesedaran awal serta rawatan kanser payudara oleh pejuang kanser payudara Choo Mei Sze serta perkongsian oleh pakar oleh Dr Haliza Kamaruddin.
Perkongsian berkaitan kesedaran awal serta rawatan kanser payudara oleh pakar. (Dari kiri) En Victor Chin, Dr. Nur Faradisha Azmin, Dr Haliza Kamaruddin dan Maryam You Narae (Durian Kimchi).

Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan.

“Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka. Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara”, kata Dr Haliza.

Selain itu, beliau turut menyentuh berkaitan peranan  dalam bidang ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan dan dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan.

Langkah awal mengesan tanda-tanda kanser payudara.
Langkah awal mengesan tanda-tanda kanser payudara.
Adalah penting bagi wanita untuk mendapatkan maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat.
Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Majlis Kanser Nasional, https://makna.org.my/, Diakses pada Oktober 24, 2024.
  2. Breast Cancer, https://www.womenshealth.gov/cancer/breast-cancer, Diakses pada Oktober 24, 2024.
  3. Kanser Payudara, http://myhealth.moh.gov.my/kanser-payudara/, Diakses pada Oktober 24, 2024.
  4. Breast Cancer, https://www.nationalbreastcancer.org/, Diakses pada Oktober 24, 2024.
  5. Breast Cancer Screening, https://cancer.org.my/get-screened/cancer-screening-clinics/breast-cancer-screening/, Diakses pada Oktober 24, 2024.

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Siti Fatihah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

'Moments of CARE', Kempen Kesedaran Kanser Payudara Bagi Wanita Di Malaysia!

Nak Elak Kanser Payudara? Amalkan 5 Jenis Kumpulan Makanan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Fatihah · Disemak pada 28/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan