backup og meta

Spritzer So Tinge YouthTopia, Karnival Orang Muda Untuk Kita Semua!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2023

    Spritzer So Tinge YouthTopia, Karnival Orang Muda Untuk Kita Semua!

    Air minuman Spritzer So Tinge bukan sahaja mampu menghilangkan dahaga dan menyegarkan tekak, malah memberikan keseronokan pada hujung minggu anda! Nak tahu kenapa?

    Ikuti artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Berhujung minggu dengan pelbagai aktiviti karnival

    Pada 25 dan 26 November 2023, telah berlangsung sebuah karnival untuk anak muda, Spritzer So Tinge YouthTopia anjuran syarikat air minuman popular, Spritzer, bertempat di LaLaPort, Kuala Lumpur.

    Dengan slogan “Unlock Imaginasimu“, ia telah dihadiri oleh ratusan pengunjung yang bukan sahaja terdiri daripada golongan muda, malahan kanak-kanak dan dewasa dari semua kelompok masyarakat berbilang kaum.

    Menariknya, karnival ini juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dengan tarikan utama iaitu peluang untuk menaiki belon udara panas serta persembahan daripada artis-artis popular tanah air.

    spritzer so tinge

    Di sini juga, ada gerai-gerai tempatan yang menjual variasi juadah makanan dan minuman, pakaian serta cenderahati sebagai tanda kenangan buat pengunjung berhujung minggu bersama insan tersayang.

    Sebagai anak muda yang mendambakan kehidupan aktif dan sihat, ia merupakan antara memori sukar dilupakan!

    Pengalaman di festival Spritzer So Tinge YouthTopia

    Kami di Hello Doktor turut hadir di karnival Spritzer So Tinge YouthTopia bagi memenuhi hujung minggu dan merasai sendiri pengalaman sebagai pengunjung seperti anak-anak muda yang lain.

    Sepanjang hari di sini, terdapat pelbagai variasi permainan serta persembahan seni lukisan, tarian, dan nyanyian tersedia untuk tontonan orang ramai yang begitu menghiburkan para pengunjung di karnival.

    Antara aktiviti menarik di sini, kami berpeluang menyerlahkan kreativiti dengan grafiti, menerbangkan layang-layang, mengemudi go-kart, menaiki hot air balloon dan berswafoto untuk galeri kenangan.

    Walaupun pada hari dengan cuaca hujan rintik-rintik, semua pengunjung termasuk penulis sendiri setia menantikan persembahan secara langsung kumpulan pemuzik, Insomniack yang tentu sahaja menghiburkan!

    spritzer so tinge

    Bagi menyegarkan rasa penat dan dahaga sepanjang bersantai di sini, minuman bersoda Spritzer So Tinge dengan pelbagai perisa buah-buahan seperti anggur, epal, lemon, pic dan tembikai laici sentiasa menjadi pilihan.

    Kegembiraan kunci kesihatan paling utama?

    Persoalannya, kenapa mustahak untuk individu khususnya anak muda menghadiri dan menikmati acara karnival seperti ini?

    Kadangkala, kita mungkin terlalu sibuk dalam kehidupan sehingga terlupa akan nikmat kesihatan. Sebenarnya, ramai masyarakat kita yang hidup secara tidak aktif sekali gus tidak sihat dan tidak gembira.

    Untuk pengetahuan anda semua, hidup yang tidak aktif itu adalah tidak sihat! Risiko mendapat kondisi kronik seperti obesiti, diabetes, masalah jantung dan lain-lain juga boleh meningkat lebih mendadak.

    Dalam erti kata lain, kita perlu mengamalkan work-life balance yang baik bagi mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental agar dapat meningkatkan lagi kualiti kehidupan serta kesihatan masing-masing.

    spritzer so tinge

    “Dengan mengambil langkah menyemai kegembiraan dalam kehidupan, anda secara tidak langsung telah menghadiahkan diri sebuah alat yang dapat memastikan kesihatan agar lebih baik dan kekal sejahtera,” jelas Pakar Perubatan Keluarga, Dr Kosha Nathwani.

    Hiduplah lebih gembira, kesihatan juga bakal terjaga!

    Di dalam kesibukan menjalani kehidupan, kita tidak boleh sesekali mengabaikan kesihatan diri masing-masing. Sama ada anda sedang belajar atau bekerja, kesejahteraan mental dan fizikal itu amat penting.

    Bayangkan situasi di mana anda sedang stres atau burnout, tiada siapa yang peduli melainkan diri sendiri bukan?

    Oleh sebab itu, hiduplah dengan lebih gembira. Gunakan ruang dan peluang lebih-lebih lagi pada hari hujung minggu anda dengan melakukan aktiviti menyeronokkan bersama ahli keluarga dan teman.

    Dengan cara ini, anda akan dapat merehatkan diri sebentar daripada bebanan dan tekanan di dalam hidup. Jadi, usah abaikan masa muda anda dan teruskan hidup yang aktif serta sihat sehingga ke tua.

    Jika ada lagi acara seperti ini nanti, gunakanlah ruang dan peluang itu untuk berehat dan beriadah bersama insan tersayang anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan