backup og meta

Amalkan Konsep R-E-D, Ini Saranan Pakar Agar Masyarakat Fokus Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat

Amalkan Konsep R-E-D, Ini Saranan Pakar Agar Masyarakat Fokus Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat

Kepentingan amalan gaya hidup sihat itu bukan sahaja penting bagi kesihatan diri malahan kesejahteraan hidup individu. Tanpanya, apalah erti nikmat kehidupan yang telah Tuhan kurniakan, bukan?

Anda masih belum terlambat, masih ada langkah mengamalkan gaya hidup sihat yang boleh diikuti!

Ketahui lebih banyak maklumat tentang Kesihatan di sini.

Kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada masyarakat

Meskipun semua orang tahu kepentingan amalan gaya hidup sihat, akan tetapi tidak semua individu peduli atau mahu mengamalkannya. Ataupun, mereka sudah lewat lalu gagal untuk sedar akan kepentingannya.

Sebagai contoh mudah, Malaysia popular sebagai salah satu negara paling ramai penduduk yang obesiti. Kajian pada tahun 2023 menunjukkan lebih separuh daripada rakyat kita menghadapi masalah ini.

Bukan sahaja daripada tabiat pemakanan, sebenarnya kita perlu sedar bahawa gaya hidup sihat itu juga merangkumi banyak aspek lain lagi termasuklah bagaimana anda berehat atau bersenam setiap hari.

Persoalannya, bagaimana untuk masyarakat lebih peka dan sedar akan kepentingan amalan gaya hidup sihat?

Maksud gaya hidup sihat dari 3 huruf yang utama

kepentingan amalan gaya hidup sihat
Pakar Perubatan Keluarga IMU, Dr Chow Suet Yin.

Antara punca tidak mengamalkan gaya hidup sihat adalah kurang kesedaran di dalam diri. Manakala kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat akan buat kehidupan anda serba tidak kena.

Disebabkan itu juga, pakar-pakar daripada International Medical University (IMU) telah mula mengatur langkah dan memperkenalkan satu konsep hanya dengan 3 huruf yang boleh membantu kita semua.

  1. R – Rest (rehat).
  2. E – Exercise – (senam).
  3. D – Diet (pemakanan).

Pakar Perubatan Keluarga IMU, Dr Chow Suet Yin bersama Pengarah Program Bahagian Pemakanan & Dietetik (IMU), Dr Serene Tung, menyeru kita semua untuk memandang serius konsep R-E-D:

R – Rest (rehat)

“Sekiranya anda berbangga kerana mampu untuk terus bergerak dan aktif walaupun tubuh badan anda menjerit mahukan rehat, eloklah anda berfikir dan merenung kembali kerana proses fisiologi yang penting sebenarnya berlangsung semasa anda tidur,” jelas Dr Chow.

Hakikatnya, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 7 jam tidur di waktu malam dengan mengikuti tip-tip seperti di bawah:

  • Hindari penggunaan peranti elektronik 30 minit sebelum masuk tidur
  • Buat jadual tidur yang tetap
  • Jaga makan dan minum anda
  • Pastikan persekitaran tidur gelap, nyaman dan senyap
  • Uruskan tekanan dengan baik
kepentingan amalan gaya hidup sihat
Pengarah Program Bahagian Pemakanan & Dietetik (IMU), Dr Serene Tung.

E – Exercise (senam)

“Apabila terfikir untuk melakukan senaman selepas seharian bekerja atau menjaga anak-anak kecil, anda mungkin akan mula rasa terbeban. Tetapi, fizikal yang tidak aktif dapat menimbulkan banyak kesan buruk terhadap tahap kesihatan diri masing-masing,” jelas Dr Chow.

Selain menjadi ahli di pusat gimnasium, berikut  beberapa tip untuk menjadikan senaman itu menyeronokkan:

  • Bermula tahap perlahan sebelum lanjut ke aktiviti lebih intensiti
  • Jadikan senaman sebahagian jadual tetap harian
  • Libatkan ahli keluarga dan kawan-kawan anda sekali
  • Turut serta dalam aktiviti kumpulan kejiranan
  • Gunakan aplikasi atau surat layar percuma untuk idea senaman

D – Diet (pemakanan)

Ya, memang benar bahawa pilihan makanan di Malaysia ini adalah begitu banyak, lazat, mudah didapati dan sukar ditolak. Namun, bukan semua makanan itu adalah sihat dan selamat.

teknik diet
Teknik diet yang anda boleh amalkan.

Ketahuilah bahawa diet pemakanan adalah antara aspek paling utama di dalam kepentingan amalan gaya hidup sihat. Tanpa D, maka usaha anda di dalam R dan E di atas tadi mungkin hanya sia-sia.

Memetik Piramid Makanan Malaysia, Dr Serene mengingatkan akan kepentingan mengambil makanan daripada semua kumpulan makanan di dalam kadar yang betul dengan saranan Pinggan Sihat Malaysia.

Konsep suku-suku separuh yang ringkas dan mudah itu bermakna mengisi separuh pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, bersama suku hidangan lauk protein dan suku hidangan karbohidrat.

Akhir sekali, jangan sesekali memandang rendah akan kepentingan penghidratan dan minumlah lebih banyak air ya?

Konklusinya, kesemua komponen huruf – R (Rest), E (Exercise) dan D (Diet) ini penting dan saling berkaitan. Jika anda memang benar sedar kepentingan amalan gaya hidup sihat, berubahlah!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Impact of Lifestyle on Health, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4703222/, Accessed 23 Feb 2024.
  2. Healthy Lifestyles, Healthy Outlook, https://www.ucsfhealth.org/education/healthy-lifestyles-healthy-outlook, Accessed 23 Feb 2024.
  3. Planning for Healthy Living, https://www.livestrong.org/we-can-help/healthy-living-after-treatment/planning-for-healthy-living, Accessed 23 Feb 2024.
  4. Health Guides: Healthy Lifestyle Includes Mind and Body, https://familydoctor.org/health-guides-healthy-lifestyle/, Accessed 23 Feb 2024.
  5. 10 Benefits Of A Healthy Lifestyle & How To Maintain It, https://genv.org/10-benefits-of-a-healthy-lifestyle/, Accessed 23 Feb 2024.

Versi Terbaru

26/02/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

4 Sebab Kita Perlu Amal Gaya Hidup Sihat, Yang Pertama Paling Ramai Suka!

Vaksin Bukan Agenda Yahudi! Sebelum Tolak Vaksin, Fahami Dulu Asal Usulnya Biar Lebih Percaya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan