Tentu anda sering dengar atau melihat produk cecair kumur mulut di pasaran bukan? Namun begitu, tahukah anda apakah fungsi ubat kumur mulut ini sebenarnya kepada kesihatan oral?
Tentu anda sering dengar atau melihat produk cecair kumur mulut di pasaran bukan? Namun begitu, tahukah anda apakah fungsi ubat kumur mulut ini sebenarnya kepada kesihatan oral?

Jom baca artikel ini untuk mengetahui tentang kepentingan ubat kumur mulut dan cara guna ubat kumur yang betul!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Penjagaan mulut yang betul dan konsisten merupakan rahsia kepada senyuman yang menawan. Membersihkan mulut bukan hanya sekadar dengan memberus gigi dua kali sehari.
Walaupun amalan memberus gigi merupakan aspek terpenting dalam penjagaan oral, namun itu sahaja tidak mencukupi untuk memastikan gusi dan gigi anda sentiasa bersih daripada kuman dan bakteria.
Sebenarnya, ada aktiviti lain yang anda boleh tambah dalam rutin penjagaan gigi seperti menggunakan cecair kumur mulut!
Kami berkesempatan menemuramah doktor gigi iaitu Dr Kayla Teh dalam acara bersejarah Listerine Swish and Makan yang diadakan di De.Wan 1958 oleh Chef Wan @ The Linc Kuala Lumpur pada 12 Jun yang lalu .
Menurut beliau, ubat kumur mulut sebenarnya boleh membantu membunuh kuman dan menyelesaikan masalah nafas berbau.
Dengan menambahkan rutin berkumur menggunakan cecair kumur yang dirumus dengan minyak pati selama 30 saat sebanyak dua kali sehari, anda boleh mengurangkan masalah plak, karang gigi dan juga memiliki gusi yang lebih sihat,” kata Dr Kayla Teh.
Acara Swish and Makan merupakan gambaran komitmen Listerine tentang rutin penjagaan mulut yang betul dan memberi penekanan pada kepentingan produk pembersih mulut sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan gigi yang optimum.

Listerine dengan kerjasama Watsons Malaysia telah mencipta sejarah yang membanggakan apabila berjaya menerima anugerah The Malaysian Book of Records bagi ‘Penyertaan Paling Ramai Berkumur Serentak”.
Sejumlah 2,382 peserta termasuk dua sekolah di Lembah Klang iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 berkumpul dalam acara ini untuk bersama-sama menunjukkan kepentingan kesedaran kesihatan mulut secara menyeluruh.
Dalam pada itu, demonstrasi bermaklumat dan sesi interaktif telah dijalankan di sekolah bagi menggalakkan golongan kanak-kanak untuk menggunakan cecair kumur mulut dalam rutin penjagaan mulut mereka.
Lebih menarik lagi, Listerine dengan kerjasama Watson’s Malaysia akan mengadakan promosi menarik bermula 4 Jun hingga 8 Julai ini.
Individu yang membelanjakan RM30 dengan pembelian produk Listerine di cawangan Watson’s berpeluang untuk memenangi baucar Grab Food bernilai hingga RM15,000.

Kebiasaannya, ubat kumur mulut tidak digalakkan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah.
Ini kerana mereka berkemungkinan secara tidak sengaja tertelan ubat kumur yang boleh menyebabkan loya dan muntah (kesan kandungan alkohol di dalam ubat kumur).
Jadi, ibu bapa perlu semak label cecair kumur mulut dan ikuti langkah berjaga-jaga, arahan dan cadangan umur yang disyorkan.
Untuk anda yang sedang mencari ubat kumur mulut terbaik, pilihlah produk ubat kumur mulut yang diluluskan American Dental Association (ADA) kerana ia selamat dan berkesan untuk digunakan.
Kebanyakan doktor gigi juga mencadangkan ubat kumur tanpa alkohol berbanding yang selalu digunakan.
Ini kerana kandungan alkohol di dalam pencuci mulut boleh menyebabkan mulut anda kering sekali gus menjadikan nafas anda berbau sekiranya anda tidak minum dengan secukupnya.
Berhati-hati sebelum membeli sebarang produk penjagaan gigi seperti ubat gigi dan ubat kumur anda.
Sebaik-baiknya, dapatkan nasihat daripada doktor gigi terlebih dahulu tentang kondisi gigi anda sebelum mula mencuba sebarang produk penjagaan gigi.

Sama seperti amalan memberus gigi, penggunaan produk ubat kumur mulut juga mempunyai caranya yang tersendiri.
Jika anda ingin menggunakan ubat kumur mulut, pastikan anda mengikuti langkah berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Considerations When Picking the Right Mouthwash. https://www.smallsmiles.org/blog/2022/06/considerations-when-picking-the-right-mouthwash. Accessed on June 14, 2024.
Mouthwash. https://dermnetnz.org/topics/mouthwash. Accessed on June 14, 2024.
Mouthwash. https://www.mouthhealthy.org/en/all-topics-a-z/mouthwash. Accessed on June 14, 2024.
Role of mouthwash in oral care. https://www.fdioralhealthcampus.org/webinar/role-of-mouthwash-in-oral-care/. Accessed on June 14, 2024.
Oral Hygiene. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/16914-oral-hygiene. Accessed on June 14, 2024.
Versi Terbaru
05/07/2024
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor