backup og meta

Tahap Kesihatan Anda Boleh Dilihat Melalui Payudara, Beri Perhatian Kalau Nampak LAIN!

Tahap Kesihatan Anda Boleh Dilihat Melalui Payudara, Beri Perhatian Kalau Nampak LAIN!

Payudara adalah lebih daripada hanya sebagai bahagian daya tarikan pada badan anda. Sekiranya anda tidak memberikan perhatian yang cukup kepada keshatan payudara, sudah tiba masanya untuk anda melakukannya kerana banyak yang boleh diketahui berkenaan tahap kesihatan anda melalui payudara.

Kesihatan payudara membesar

Oleh kerana payudara kebanyakannya terdiri daripada sel-sel lemak dan anda mungkin mendapati bahawa ia semakin besar, itu menandakan peningkatan berat badan pada beberapa tempoh kebelakangan ini.

Jika anda menjalinkan hubungan kelamin tanpa perlindungan, anda mungkin akan hamil yang menyebabkan saluran susu menjalani proses persediaan untuk menyusu.

Kaedah kawalan kelahiran (birth control) dan perubahan hormon semasa haid juga boleh menyebabkan payudara berkembang.

Payudara mengecil

pakai-bra-coli-punca-kanser

Payudara mungkin mengecil apabila berat badan menurun atau apabila kadar estrogen dalam badan anda jatuh. Sekiranya anda melihat payudara mengecut tanpa kehilangan berat badan atau mengalami menopaus, anda perlu mendapatkan ujian sindrom polisistik ovari (PCOS).

Selain PCOS, pengambilan kopi yang berlebihan juga boleh menyebabkan payudara mengecil, ia berdasarkan beberapa kajian.

Perubahan bentuk

Walaupun bentuk payudara mungkin ditentukan oleh genetik, namun ia masih boleh berubah mengikut umur. Ini disebabkan oleh peregangan ligamen, penguraian tisu penghubung dan kehilangan keanjalan kulit.

Perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah mengelakkan turun naik berat badan yang tak menentu, bersenam dengan kerap dan dapatkan coli / baju dalam yang baik untuk membantu menahan kesan daya graviti.

Benjolan payudara

Sepanjang tempoh haid, anda mungkin dapat merasakan beberapa benjolan di payudara kerana peningkatan hormon membolehkan sista (cyst) sedia ada untuk terisi dengan cecair.

Benjolan akibat haid ini sememangnya normal dan akan hilang selepas tempoh tersebut berakhir. Walau bagaimanapun, pastikan anda merujuk doktor jika bimbang mengenainya. 

Payudara yang menyakitkan

pakai-bra-coli-punca-kanser

Kesakitan payudara boleh terhasil dari banyak perkara, bermula dari ketidakseimbangan hormon, coli kurang sesuai hingga penggunaan kafein yang berlebihan. Malah menggalas beg yang berat juga boleh merosakkan payudara anda.

Kesakitan jenis ini mungkin akan kekal untuk masa yang lama, kadang-kadang terlalu lama untuk anda mengenali semula apa puncanya. Dalam sesetengah kes, kesakitan payudara mungkin disebabkan oleh kekurangan zat besi dan menyebabkan disfungsi tiroid.

Satu kajian melaporkan bahawa wanita mengalami kelegaan daripada kesakitan payu dara ketika mereka diberikan 6 mg suplemen iodin yang membantu fungsi tiroid.

Puting terbalik (ke dalam)

Sekiranya dilahirkan dengan keadaan puting terbalik maka anda tidak perlu risau. Keadaan kesihatan ini perlu diberi perhatian jika ia baharu sahaja berlaku kepada anda kerana ia mungkin tanda amaran terhadap kanser payudara.

Jika puting kelihatan ditarik, pastikan bentuknya tidak disebabkan oleh coli anda, kemudian dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Things Your Breasts Say About Your Health.http://www.prevention.com/health/breasts-and-your-health. Accessed May 3, 2017

Versi Terbaru

18/01/2021

Ditulis oleh Fong Jiar Yi

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

6 Fakta Menarik Jika Wanita Tekad Mencegah Kanser Payudara, Lihat Yang Terakhir!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fong Jiar Yi · Disemak pada 18/01/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan