2. Puting sakit sebab bergesel dengan baju
Kenapa puting payudara sakit bila tersentuh? Salah satu puncanya ialah geseran!
Jika anda sering bersenam atau kerap berlari, puting sakit merupakan masalah biasa. Kadangkala, ia berlaku disebabkan geseran pada baju atau baju dalam yang dipakai.
Wanita yang sedang melakukan larian maraton tidak dapat lari daripada masalah ini. Kondisi ini turut dikenali sebagai ‘jogger’s nipple’.
Baca juga:
3. Anda mengalami perubahan hormon

Ya, perubahan hormon juga boleh menyebabkan puting kesakitan. Kadangkala, kesakitan di kawasan payudara merupakan tanda hamil.
Oleh sebab itu, jika anda mengalami masalah iritasi di kawasan puting dan tidak mengambil sebarang bentuk pil perancang keluarga, mungkin anda perlu beli ujian kehamilan!
Namun, perubahan hormon boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. Sebagai contoh, puting atau payudara mungkin akan rasa sakit jika anda baru datang haid atau bertukar ke pil perancang keluarga baharu.
4. Kenapa puting payudara sakit bila tersentuh? Mungkin alahan!
Jika anda rasa gatal puting selepas memakai minyak wangi, sabun, losyen atau pencuci baju baharu, kegatalan ini mungkin berlaku disebabkan tindak balas alahan.
Pilih sabun yang bebas pewangi atau bersifat hipoalergenik supaya kegatalan ini tidak berulang.
5. Anda mungkin mengalami kanser payudara

Puting sakit mungkin merupakan tanda kanser payudara. Walau bagaimanapun, simptom ini sangat jarang berlaku.
Salah satu tanda kanser payudara ialah warna merah jambu, merah atau ungu pada kulit payudara. Selain itu, payudara pesakit juga akan rasa ‘panas’ tanpa sebab.
Kami berharap agar persoalan adik berkenaan dengan kenapa puting payudara sakit bila tersentuh telah terjawab. Jangan takut untuk berjumpa doktor sekiranya mempunyai sebarang masalah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen