Pernah tak anda dengar mengenai saiz payudara yang kononnya ‘membesar’ selepas berkahwin? Persoalannya, kenapa payudara membesar selepas berkahwin?
Adakah penyebab payudara membesar tiba-tiba ini ada kaitan dengan kekerapan seks selepas berkahwin? Atau payudara akan bertambah besar sebab berat badan pun bertambah?
Jangan kecewa, tetapi perkahwinan itu tidak ada kena mengena dengan saiz payudara wanita yang membesar.
Namun, apa sebenarnya yang menyebabkan ramai kaum lelaki beriya-iya bertanya kenapa payudara membesar selepas berkahwin? Jom, ketahui rahsianya di sini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kenapa payudara membesar selepas berkahwin?
Disebabkan perkahwinan tidak mungkin akan menyebabkan saiz buah dada membesar, ada beberapa faktor yang mungkin menjadi ‘dalang’ di sebaliknya:
Payudara membesar tanda apa 1. Kehamilan
Payudara wanita selalunya akan menjadi lebih besar dan nampak ‘penuh’ jika mereka hamil. Malah, ada juga wanita yang mengakui saiz payudara mereka naik 1-2 saiz semasa mengandung. Ini mungkin menjadi punca kenapa puting payudara semakin membesar!
Salah satu sebabnya ialah perubahan hormon yang menyebabkan retensi air badan meningkat.
Bukan itu sahaja, pengaliran darah dalam sel-sel tisu di kawasan payudara juga akan bertambah. Ini akan menyebabkan buah dada nampak lebih besar daripada biasa.
2. Saiz payudara mungkin bertambah disebabkan kenaikan berat badan
Benar, perkahwinan itu membahagiakan! Bukan kaum Adam sahaja yang jadi semakin berisi selepas berkahwin, bahkan kaum Hawa pun sama!
Kenapa payudara membesar selepas berkahwin? Untuk pengtahuan anda, sebahagian besar buah dada wanita terdiri daripada lemak.
Oleh sebab itu, penambahan berat badan boleh menjadi punca saiz payudara membesar selepas kahwin.
Malah, menurut kajian, semakin tinggi BMI seseorang, semakin besarlah saiz payudara mereka.
Namun, saiz buah dada wanita berbeza-beza mengikut bentuk badan. Ada wanita yang mudah ‘naik’ di kawasan punggung. Ada juga yang senang ‘naik’ di kawasan payudara!
Jadi, tangan terkejut jika anda terpaksa beli bra baharu selepas kahwin!
Kenapa payudara membesar selepas berkahwin 3: Datang bulan
Siapa sangka, haid juga salah satu penyebab payudara membesar tiba-tiba!
Tahukah anda, perubahan hormon yang berkait dengan haid boleh menyebabkan payudara membengkak dan jadi lembut?
Peningkatan estrogen akan menyebabkan buah dada nampak ‘naik’ sedikit. Walau bagaimanapun, perbezaan ini mungkin tidak ketara. Payudara juga akan kembali ke saiz biasa selepas haid habis.
4. Sedang menyusukan anak, antara penyebab payudara membesar tiba-tiba
Kenapa payudara membesar selepas berkahwin? Kadangkala, wanita yang sedang menyusukan anak akan mengalami pertambahan saiz payudara.
Malah, saiznya juga mungkin berbeza-beza sepanjang hari mengikut jumlah susu yang dihasilkan.
Ada juga wanita yang rasa buah dara mereka mengecil selepas menyusukan anak.
Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berlaku kepada semua orang. Ada juga wanita yang tidak akan mengalami sebarang perbezaan dari segi saiz ketika hamil ataupun menyusukan anak.
5. Mengambil ubat-ubatan tertentu
Tidak wujud sebarang makanan yang menyebabkan payudara membesar, tetapi ada ubatan yang sebegitu.
Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan saiz payudara membesar seperti:
- Pil perancang
- Ubat penggantian terapi estrogen
Namun, kenapa payudara membesar selepas berkahwin, terutamanya jika wanita mengambil pil perancang?
Pil perancang mempunyai kandungan hormonnya yang tersendiri. Efeknya pada saiz payudara seakan-akan sama dengan apa yang berlaku semasa wanita datang haid.
Namun, jangan pula terpedaya dengan ubat-ubatan atau suplemen yang kononnya boleh menjadi punca kenapa puting payudara semakin membesar!
Lagipun, kita tidak pasti apakah bahan yang terkandung di dalam suplemen tersebut. Bukan apa, takut membawa mudarat pula nanti.
Kenapa payudara membesar selepas berkahwin 6: Ada ketumbuhan abnormal
Payudara membesar tanda apa? Adakah ia tanda ketumbuhan yang abnormal pada kawasan buah dada terutama jika ia terjadi dengan saiz tidak sekata?
Untuk pengetahuan anda, payudara wanita terbentuk daripada gumpalan tisu fibrous. Kadangkala, anda mungkin mengalami fibrosis, satu kondisi yang menyebabkan tisu fibrous bergumpal. Namun, ketumbuhan ini jarang sekali mendatangkan bahaya.
Namun, wanita juga berisiko mengalami sista. Menurut American Cancer Society, wanita yang berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko untuk mengalami cyst. Tetapi, ketumbuhan ini boleh tumbuh pada bila-bila masa tanpa mengira usia.
[embed-health-tool-ovulation]