Sama anda baru atau sudah lama memakai gigi palsu, sudah pasti terdapat beberapa masalah berkaitannya yang sering menganggu sehingga menyebabkan ketidakselesaan terutamanya semasa makan dan bercakap. Ketika ini anda mungkin berfikir mengenai sesuatu yang boleh menyokong gigi palsu anda. Sebab itulah adanya pelekat gigi palsu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.
Apa itu pelekat gigi palsu?
Pelekat adalah produk yang digunakan pada bahagian bawah gigi dan bersentuhan dengan gusi ketika ia dipakai. Pelekat mencipta lapisan antara gigi dan gusi yang menjadikannya lebih sukar bergerak atau tertanggal.
Pelekat ini sesuai untuk pemakai gigi palsu penuh dan separa.
Perlukah menggunakan pelekat gigi?
Anda mungkin tidak memerlukan pelekat sekiranya gigi anda sudah terletak dengan sempurna.
Tetapi sekiranya anda berasa gigi anda longgar, mudah tertanggal, sering kali bergerak-gerak atau sisa makanan terperangkap antara gigi dan gusi, pemakaian pelekat mungkin menjadi penyelesaian terbaik untuk anda.
Baca juga:
- Benarkah Memakai Gigi Palsu Menjejaskan Keyakinan Diri?
- Apa yang Perlu Anda Tahu Jika Memakai Gigi Palsu
- Gigi Kuning? Malunya Nak Senyum.. Ini Cara Rawatan Selamat Putihkan Gigi Di Klinik!
Bagaimana pelekat gigi palsu berfungsi?
Anda perlu meletakkan pelekat secara langsung di bahagian bawah gigi anda. Ini mengukuhkan cengkaman antara gigi palsu kepada gusi. Penggunaannya semasa makan boleh mengelakkan gigi anda tertanggal semasa mengunyah makanan.
Berikut adalah beberapa tip yang perlu dipertimbangkan semasa menggunakannya:
- Gunakan dalam jumlah minimum yang diperlukan bangi manfaat yang maksimum. Sapukan sedikit kemudian tambah sedikit demi sedikit sehingga anda berasa selesa.
- Ratakan pelekat sama rata pada permukaan gigi.
- Sapu semula jika perlu untuk memberikan kesan yang diingini.
- Sentiasa letakkan pelekat pada gigi yang bersih.
Adakah ia selamat?
Pelekat gigi palsu selamat selagi ia digunakan seperti yang diarahkan.Jika gigi sesuai dan pelekat hanya digunakan untuk memberikan kestabilan tambahan, tiada kesan buruk.
Jika pelekat digunakan secara berlebihan untuk mengisi rongga gigi, ia boleh membahayakan tisu lembut dan keras. Kadang-kadang dalam kes-kes ini, keradangan tisu lembut akan berlaku.
Tip sebelum pakai pelekat gigi:
- Basuh gigi palsu. Kemudian, keringkannya,
- Letakkan pelekat dalam jalur pendek-pendek. Jangan letak terlalu banyak. Jika tidak, ia akan meleleh keluar.
- Berkumur sebelum memakai pelekat.
- Tekan gigi palsu, pegang selama beberapa saat dan gigit untuk pastikan semuanya ketat.
Adakah ia memberi kesan terhadap gigi palsu dan gigi semula jadi?
Pelekat ini tidak berbahaya terhadap gigi atau gigi semula jadi. Tetapi ia mungkin mengotorkannya jika tidak dibersihkan setiap malam. Gigi palsu perlu ditanggalkan semasa tidur dan tidak boleh dibiarkan pelekat bersamanya.
Setiap penggunaan pelekat tidak bermakna tahan lama dan tidak membersihkan gigi selepas penggunaan menyebabkan bakteria yang boleh mendorong kepada jangkitan kuman atau masalah kesihatan lain.
[embed-health-tool-bmi]