Sebagai ibu bapa, kita pasti rasa gembira apabila anak tumbuh gigi. Terserlah kecomelan mereka apabila senyuman dibarisi gigi-gigi kecil itu. Walau bagaimanapun, ibu bapa kini telah mempunyai 1 lagi tanggungjawab tambahan. Inilah masanya untuk anda mula fikirkan mengenai kesihatan gigi anak. Ibu juga perlu tahu mengenai bilangan gigi susu anak.
Tetapi, mengapakah penjagaan gigi perlu dimulakan secepat mungkin? Percaya atau tidak, gigi boleh reput sejurus ia tumbuh. Sebab itulah, kita perlu menjaga gigi anak dan melengkapkan mereka dengan ilmu penjagaan gigi yang betul.
Sebagai ibu bapa, sudah pastilah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Malah, kita juga ingin pastikan gigi anak sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang cela.
Jika anda ingin tahu mengenai pertumbuhan gigi anak serta jumlah gigi susu yang bakal tumbuh, mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Fakta ringkas mengenai gigi dan bilangan gigi susu bayi
- Bayi sebenarnya bukanlah lahir tanpa gigi! Sebenarnya, anak kita mempunyai 20 batang gigi. Cuma, ia belum tumbuh lagi!
- Anak akan mula tumbuh gigi pada sekitar usia 6 bulan sehingga 3 tahun. Gigi pertama yang akan tumbuh ialah gigi depan mereka, atau turut dikenali sebagai gigi kacip.
- Lapisan enamel yang melindungi gigi lebih nipis dalam kalangan bayi. Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko mengalami kaviti.
- Gigi anak jarang-jarang? Jangan risau, ini merupakan sesuatu yang normal. Apabila gigi kekal mereka tumbuh, ia tidak akan lagi menyebabkan gigi tumbuh jarang-jarang.
- Apabila anak menginjak usia 6 hingga 12 tahun, mereka mempunyai kombinasi gigi susu dan juga gigi kekal. Lama-kelamaan, kesemua gigi ini akan digantikan dengan 32 batang gigi kekal.
Gigi bayi anda
Sewaktu anak tumbuh gigi, bilangan gigi susu yang bakal menghiasi senyuman anak adalah sebanyak 20 batang.
Bayi juga akan mempunyai:
- 4 batang molar kedua.
- 4 batang molar pertama.
- 4 batang gigi taring.
- 4 batang gigi insisor lateral.
- 4 batang gigi insisor tengah.
Gigi yang terletak di tengah rahang akan tumbuh terlebih dahulu dalam masa 4 hingga 10 bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jangan terlalu taksub mengira bilangan gigi anak. Setiap bayi tumbuh gigi dalam masa yang berbeza-beza. Namun, jika anda risau mengenai bilangan gigi anak, bercakaplah dengan doktor secepat mungkin.
Gigi anak dan rahang akan mula tumbuh. Lama-kelamaan, gigi kekal akan mula menggantikan gigi susu anak satu demi satu, bermula ketika anak berusia 6 tahun.
Bila anak akan mula mengalami pertumbuhan gigi?
Selalunya, bayi akan mula tumbuh gigi ketika mereka berusia 4-7 bulan.
Gigi kacip tengah akan tumbuh terlebih dahulu. Lama-kelamaan, bilangan gigi akan bertambah dengan tumbuhnya 4 batang lagi gigi kacip. Dalam masa sebulan selepas itu, gigi taring anak pula akan mulai tumbuh dan diikuti pula dengan gigi geraham.
Apabila anak berusia 3 tahun, bilangan gigi susu yang tumbuh adalah sebanyak 20 batang.
Dalam sesetengah kes, bayi boleh tumbuh 1 atau 2 gigi dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas lahir. Jika anak masih lagi tidak tumbuh gigi dengan sempurna, bawa anak berjumpa doktor gigi dengan segera.
Bagi ibu yang mengalami masalah ini, jangan risau ya! Jika gigi tersebut tidak menyebabkan sebarang masalah, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Baca lagi:
- Ada 6 Masalah Gigi Anak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Tabiat No.4 Paling Kena Pantau!
- Anak Mengadu Sakit Gigi Sebab Berlubang? Ini Cara Mencegah Gigi Anak Rosak
Jaga gigi bayi sebaiknya, jangan kisah mengenai bilangan gigi susu anak
Gigi bayi boleh mereput sejurus ia tumbuh. Malah, proses pereputan akan menjadi semakin cepat jika anak dibiarkan mengambil terlalu banyak minuman manis.
Selepas makan, pastikan anda lap gusi anak dengan kain bersih. Ketika anak mula tumbuh gigi, anda sudah boleh mula memberusnya dengan ubat gigi. Pada waktu ini, ajar anak untuk tidak menelan ubat gigi dan berkumur.
Untuk mengurangkan risiko gigi reput:
- Jangan sesekali biarkan anak tidur dengan botol dalam mulut.
- Jangan bagi anak minum terlalu banyak minuman atau makanan yang manis.
- Jumpa doktor gigi secepat mungkin, jika boleh dalam tahun pertama bayi.
Tidak dinafikan, anak tumbuh gigi merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan untuk ibu bapa. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa perkembangan bayi berbeza-beza. Jadi, jangan risau jika bilangan gigi susu anak tidak seperti bayi lain.
[embed-health-tool-vaccination-tool]