Sudah menjadi lumrah buat manusia untuk mempunyai nafsu syahwat yang mendambakan seks.
Ya, ia memang benar dan tanpanya maka hambarlah kehidupan pasangan lelaki dan wanita terutamanya yang sudah mendirikan rumah tangga.
Pun begitu, bagaimana pula jika seseorang itu mempunyai keinginan atau kemahuan seks yang tidak boleh diterima dek akal?
Untuk pengetahuan anda, wujud segelintir individu yang mempunyai nafsu seks gila seperti mendambakan keintiman dengan haiwan!
Tenang, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Seks dengan haiwan adalah satu perbuatan gila!
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua berkenalan dengan beberapa istilah penting ini terlebih dahulu:
Parafilia: Nafsu seks luar tabii yang mendambakan keintiman dengan perkara lain selain pasangan berlainan jantina
Zoofilia: Nafsu seks luar tabii yang mendambakan keintiman dengan haiwan
Zooseksual: Bernafsu kepada haiwan dan tidak tertarik langsung dengan manusia
Zoophilic fantasizers: Bernafsu kepada haiwan namun hanya membayangkan tanpa melakukan ia
Bestiality: Penetrasi zakar ke dalam faraj di antara manusia dengan haiwan
Bestiality sadisme: Berasa puas hanya dengan menyeksa haiwan tanpa melakukan persetubuhan
*Istilah ini dipetik dari tulisan Dr. Anil Aggrawal dalam Journal of Forensic and Legal Medicine pada tahun 2011.
Ya, ia memang satu perbuatan gila yang tidak dapat diterima dek akal! Persoalannya, apa punca sebenar timbulnya nafsu sebegini?
Apa punca nafsu seks dengan haiwan ini timbul?
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine, golongan yang lebih ramai cenderung kepada zoofilia adalah lelaki berbanding wanita.
Kajian itu lagi mengatakan, ia merupakan satu fenomena yang sangat luar biasa jika hendak dibandingkan dengan pedofilia, pregofilia atau sadisme.
Pun begitu, apa punca ia terjadi?
Sehingga kini, penyebab sebenar zoofilia masih belum dapat diputuskan namun ramai pakar berpendapat bahawa ia adalah disebabkan beberapa perkara termasuklah:
- Trauma
- Genetik
- Masalah perkembangan diri
- Masalah perhubungan sosial
- Gagal menyalurkan nafsu syahwat kepada manusia
Tanpa mengira apa punca ia berlaku, seks dengan haiwan ternyata merupakan seks luar tabii yang sebenarnya merupakan masalah mental dan perlu rawatan lanjutan segera.
Apa bahaya zoofilia terhadap kesihatan tubuh badan?
Perbuatan gila ini sering kali kita dapat dengar dan lihat berlaku di luar negara.
Pun begitu, jangan sangka yang negara kita juga terlepas dari nafsu seks jijik ini.
Terbaharu, telah tular satu video seorang lelaki sedang melakukan perbuatan seks luar tabii ini bersama seekor ayam betina.
Ia telah mengundang kemarahan dan ketidakselesaan buat netizen yang inginkan pelakunya dikenakan tindakan undang-undang.
Untuk pengetahuan anda, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 377 Kanun Jenayah atau hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dikenakan denda.
Selain itu, wujud juga bahaya seks luar tabii ini terhadap kesihatan tubuh badan termasuklah terkena penyakit jangkitan kelamin (STD).
Seperti mana yang ramai sudah tahu, STD boleh tersebar melalui hubungan seks di antara lelaki dan wanita. Bagaimana pula dengan haiwan?
Jawapannya adalah ya, seks dengan haiwan berisiko menyebarkan STD yang lebih berbahaya kerana ia bukan melibatkan satu spesies sahaja (cross species).
Berikut merupakan beberapa jenis STD yang dipercayai mungkin boleh tersebar di antara spesies:
- Gonorea (daripada lembu)
- Sifilis (daripada biri-biri)
- HIV (daripada cimpanzi)
Menurut Dr. Barbara Natterson-Horowitz yang merupakan Pakar Kardiologi dari University of California, Amerika Syarikat, haiwan liar sangat terdedah dengan risiko STD kerana mereka tidak mengamalkan seks selamat.
Beliau turut menjelaskan bahawa kira-kira 2 per 3 daripada STD yang telah wujud dalam kalangan manusia datangnya daripada haiwan liar itu sendiri.
Pun begitu, punca sebenar penyebaran STD antara spesies ini masih belum dapat dipastikan tetapi ia berkemungkinan berpunca daripada seks luar tabii ini.
Seks luar tabii yang berpunca akibat masalah mental
Akhir kata, seks dengan haiwan adalah satu perbuatan gila yang berpunca akibat masalah mental seperti yang kami utarakan di atas.
Sekiranya anda atau orang sekeliling berkemungkinan mempunyai nafsu songsang ini, segera berjumpa doktor untuk konsultasi.
Dengan tindakan yang lebih cepat dan tepat, kita semua mungkin mampu menyelamatkan seseorang itu daripada menjadi pemangsa seks luar tabii ini.