Terdapat banyak punca yang menyebabkan masalah gangguan pemakanan di kalangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
- Mereka beranggapan bahawa semakin mereka kurus, semakin mereka akan menjadi sihat
- Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan kata-kata dan jenaka oleh rakan sekeliling
- Mereka bersikap cerewet dalam memilih makanan kegemaran
- Penyakit sementara
- Masalah-masalah kesihatan seperti masalah dengan sistem gastro-usus, pernafasan dan kardiovaskular
- Depresi
- Takut berat badan meningkat
- Rasa tidak mendapat bantuan
Apakah simptom-simptom anoreksia?
Kanak-kanak yang menderita daripada anoreksia selalunya mempunyai imej yang terbantut. Apa yang mereka lihat di dalam cermin adalah imej seorang kanak-kanak yang gemuk dan berat. Sedangkan kebenarannya, mereka adalah kurus kering. Kanak-kanak seperti ini tidak mahu menambah berat badan ataupun mengekalkan berat badan semasa.
Antara tanda-tanda anoreksia yang boleh dilihat adalah:
- Keresahan
- Depresi
- Diet yang sama
- Latihan fizikal berlebihan
- Takut untuk menjadi gemuk
- Menukar tabiat pemakanan
- Makan makanan dalam jumlah yang sedikit
- Kurang minat dengan makanan
Perkara ini boleh menjurus kepada masalah-masalah kesihatan yang serius seperti:
- Kerosakan di bahagian otak, jantung dan ginjal
- Denyutan nadi jantung yang tidak stabil
- Rendah tekanan darah dan suhu badan
- Tulang-tulang yang lebih kecil
Anoreksia boleh mengakibatkan kematian disebabkan oleh elektrolit yang tidak seimbang atau lumpuh. Walau bagaimanapun, terdapat laporan bahawa punca kematian yang paling utama berkenaan kanak-kanak anoreksia adalah bunuh diri selepas menderita depresi yang serius.
Bagaimanakah membantu kanak-kanak anoreksia untuk menjadi lebih baik?
Solusi kepada masalah ini perlu dibuat dalam kedua-dua aspek; fizikal dan mental. Galakan dan motivasi adalah cara yang terbaik untuk menolong kanak-kanak menjauhi tanggapan-tanggapan negatif berkenaan berat badan mereka. Sokongan keluarga, saudara-mara, dan teman-teman rapat adalah amat diperlukan. Semakin banyak kata-kata semangat diberikan, semakin bersemangat kanak-kanak untuk mengatasi penyakit anoreksia.