home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Fahami Jenis Ibu Bapa Autokrasi

Fahami Jenis Ibu Bapa Autokrasi

Apabila stail keibubapaan begitu tegar, ia dikenali sebagai autokrasi atau gaya asuhan authoritarian. Ibu bapa autokrasi benar-benar mahukan anaknya menjadi berdisiplin dan mendapat banyak kejayaan. Walau bagaimanapun, dengan cara didikan yang ketat, tidak banyak fleksibiliti dalam gaya keibubapaan ini. Kanak-kanak dijangka untuk memenuhi permintaan ibu bapa authoritarian mereka tanpa sebarang penjelasan. Manfaat daripada jenis keibubapaan ini tidak dapat dinafikan, tetapi kanak-kanak mungkin mengalami kesan buruk. Sebagai contoh, mereka mungkin akan mengalami kurang keyakinan diri.

Ciri-ciri ibu bapa autokrasi

Selalunya, kanak-kanak akan menerima persekitaran rumah yang berstruktur daripada ibu bapa autokrasi mereka. Ini adalah peraturan yang jelas yang ibu bapa benar-benar jangkakan, dan kanak-kanak juga dijangka untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Ibu bapa jenis ini, yang benar-benar mahu, berasakan bahawa tiada sebarang sebab untuk mereka memberi penjelasan kepada anak. Kanak-kanak juga dijangka patuh pada apa yang ibu bapa mereka suruh lakukan. Malahan, tiada seorang pun boleh mempersoalkan atau berbalah pada peraturan yang mereka buat. Ibu bapa autokrasi tidak memberikan banyak peluang untuk berkreativiti dan juga menunjukkan perasaan. Kawalan psikologi adalah apa yang ibu bapa jenis ini amalkan.

Anak kepada ibu bapa autokrasi

Amat jelas sekali bahawa anak kepada ibu bapa autokrasi adalah patuh, memandangkan mereka terbiasa diberitahu apa yang perlu difikir dan dilakukan. Anak-anak ini juga belajar untuk menyembunyikan perasaan mereka dan meningkatkan sejenis detasmen untuk ketakutan hukuman. Kanak-kanak juga boleh tertekan kerana mereka perlu sentiasa berhati-hati dengan kata-kata dan perbuatan mereka, terutama apabila ibu bapa ada bersama mereka.

Cara kanak-kanak menanganinya

Meskipun sesetengah kanak-kanak boleh mengikuti permintaan ibu bapa mereka, namun sesetengah yang lain tidak patuh. Terdapat kecenderungan remaja akan menolak keibubapaan yang tegar seperti ini. Malah, terdapat kemungkinan lain seperti bercerita bohong, menjadi licik atau berahsia disebabkan rasa takut atau tidak boleh mengutarakan pendapat mereka kepada ibu bapa. Sesetengah kanak-kanak lain boleh bertindak ganas atau bermusuh.

Kesan buruk keibubapaan autokrasi

Sementara keibubapaan authoritarian ini boleh membuatkan kanak-kanak patuh, namun kesan buruknya juga boleh kelihatan pada jangka panjang. Menurut Positive-Parenting-Ally.com, ia adalah cenderung bahawa kanak-kanak yang memiliki ibu bapa yang tegas akan mengalami kurang keyakinan. Kanak-kanak ini akan membesar dengan rasa rendah diri dan pemikiran mereka menjadi tegar. Daripada pelbagai kritikan yang diterima ke atas mereka, mereka mungkin akan mengkritik kelakuan mereka sendiri ataupun orang lain. Mereka juga mungkin akan menjadi rapuh kepada tekanan daripada rakan sekeliling dan mudah dibuli. Selain itu, keintiman emosi juga adalah kemungkinan yang sukar untuk mereka dapati pada kehidupan mereka dan mudah terdedah kepada perhubungan kesat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What Is an Autocratic Parent. http://living.thebump.com/autocratic-parent-6434.html. Accessed July 10, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 27/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel