Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari idea bagaimana untuk memberikan lebih banyak masa yang berkualiti kepada datuk serta cucu kesayangan mereka, baca artikel ini bagi mengetahui kaedah yang boleh digunapakai yang memberi manfaat kepada semua pihak.
Mereka telah mengalami satu pengalaman hidup yang tidak pernah dilalui oleh anda atau anak anda. Mereka adalah pencerita terbaik untuk menceritakannya kepada anak anda sambil membelek-belek album gambar lama ahli keluarga anda. Ini akan meningkatkan hubungan atau bonding antara mereka berdua.
Sekiranya ibu atau bapa anda mahir melakukan sesuatu produk kraf tradisional, minta mereka mengajarkannya kepada anak anda. Ibu anda mungkin boleh mengajarnya bagaimana untuk menganyam daun ketupat, manakala datuknya pula boleh memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melukis.
#4. Aktiviti luar bersama-sama
Sekiranya ibu dan bapa anda tinggal berjauhan dengan anda seperti di kampung, bawalah anak anda ke kampung dengan kerap terutamanya pada musim cuti sekolah. Aktiviti di kampung lebih menyeronokkan untuk anak anda kerana banyak perkara yang boleh dilakukan dan diteroka.
Ibu dan bapa anda boleh membawa cucu kesayangan mereka pergi memetik buah di kebun, memancing ikan di tepi sungai atau tali air sawah padi, mandi di telaga atau menolong neneknya membuat kuih.
#5. Bantuan kecemasan
Temani cucu bermain dengan selamat.
Ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi ia benar-benar berkesan apabila anda mengalami sesuatu kecemasan berkaitan anak anda. Sebagai contoh, bagaimana kalau bayi atau anak anda menangis tanpa henti pada jam 3 pagi?
Sekiranya ibu dan bapa anda tinggal berdekatan, mereka tidak akan keberatan untuk datang melawat ke rumah anda sekiranya sebarang pertolongan diperlukan. Mereka juga lebih mengetahui bagaimana untuk menenangkan anda.
Kesimpulan
Kesemua aktiviti-aktiviti seperti ini telah mengingatkan penulis kepada datuk penulis. Datuk penulis adalah seorang tukang kayu di kampung. Bunyi mesin-mesin sedang memotong kayu akan sering kedengaran di ruang tamu rumah mereka memandangkan bengkel kayu tersebut hanya terletak bersebelahan ruang tamu rumah.
Kadang kala penulis akan turun dari rumah dan pergi melihatnya melakukan kerja kayu selain bermain-main di dalam bangsal simpanan kayu. Betapa indahnya momen tersebut yang kini hanya tinggal kenangan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
8 Activities for Grandparents and Grandchildren: Grandkid Tested, Senior Approved, https://www.threepillars.org/Blog/8-Activities-for-Grandparents-and-Grandchildren.htm
Grandparent and Grandchildren activity ideas, https://www.ageukmobility.co.uk/mobility-news/article/grandparent-and-grandchildren-activity-ideas
5 GREAT ACTIVITIES FOR GRANDPARENTS AND GRANDCHILDREN, https://grandkidsmatter.org/hot-topics/grandchildren/5-great-activities-for-grandparents-and-grandchildren/