Tip bagi ibu bapa menghadapi situasi anak-anak bertumbuk sesama sendiri
“Time-out’’ perlu dilaksanakan. Sebagai ibu bapa, anda tidak disarankan untuk memberikan hukuman yang terlalu berat kerana ia hanya akan mendatangkan dendam lalu menyebabkan mereka saling membalas dendam. Biarkan mereka tenang terlebih dahulu, kemudian bercakap dengan mereka menggunakan nada yang tenang. Beritahu mereka bahawa anda faham akan perasaan mereka dan semuanya boleh diselesaikan.
Bertolak ansur dengan mereka. Jika mereka mahu menangis, biarkan mereka. Air mata yang mengalir keluar akan melegakan tekanan yang dihadapi. Jika tidak, mereka mungkin akan melampiaskan kemarahan mereka dengan menggunakan perkataan kesat terhadap adik-beradik mereka dan juga anda. Namun begitu, anda tidak perlu untuk mengambil hati dengan kelakuan mereka itu kerana ia hanyalah satu tindak balas mereka untuk melawan kesakitan dalaman yang dialami. Sebaliknya, anda sendiri perlu bersimpati dengan mereka.
Berikan mereka tip mengawal emosi. Kanak-kanak sudah boleh memahaminya. Biarkan mereka tahu bahawa terdapat banyak jalan penyelesaian yang lain selain daripada bertumbuk sesama sendiri. Sebagai contoh, ajar mereka untuk menggunakan teknik mengawal pernafasan setiap kali timbul perasaan marah.
Selesaikan masalah mereka. Selepas pergaduhan mulai reda, cari penyelesaian kepada masalah mereka. Jika boleh, berikan tanggungjawab itu kepada mereka. Paling penting, ajar mereka untuk saling bermaafan sesama sendiri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen