backup og meta

8 Petanda Anda Ada Masalah Food Anxiety, Antaranya Sukar Pilih Tempat Makan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/06/2022

    8 Petanda Anda Ada Masalah Food Anxiety, Antaranya Sukar Pilih Tempat Makan?

    Makan berlebihan sememangnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Namun, ada juga yang sengaja tahan lapar untuk kurus dan trend ini bukanlah satu perkara yang baik.

    Ia merupakan antara jenis gangguan mental yang disebut sebagai kebimbangan berkaitan makanan (food anxiety).

    Jadi, apa sebenarnya food anxiety ini? 

    Risau makan berlebihan: Apa yang dimaksudkan dengan kebimbangan berkaitan makanan?

    Mereka yang mempunyai kebimbangan berkaitan makanan atau food anxiety ini biasanya risau berkenaan jenis dan kesan makanan ke atas tubuh mereka.

    Apabila kebimbangan atau kerisauan melampau ini berlaku, maka mereka akan menolak daripada makan dan sengaja tahan lapar untuk kurus.

    Antara kebimbangan yang sering mereka fikirkan ialah seperti makan berlebihan, pengambilan kalori berlebihan, atau mengalami peningkatan berat badan.

    Ada juga sesetengah daripada individu ini yang bimbangkan mengenai tekstur makanan, reaksi alahan atau risiko tercekik.

    Jadi, boleh dikatakan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang individu tersebut mengelakkan diri daripada makan berlebihan dan tahan lapar untuk kurus.

    Sekiranya hal ini berlaku sehingga menjejaskan kualiti kehidupan sehari-hari, maka ia merupakan satu gangguan mental yang disebut sebagai kebimbangan berkaitan makanan. 

    Ciri-ciri mereka yang makan berlebihan dan tahan lapar untuk kurus kerana food anxiety

    makan berlebihan

    Antara ciri-ciri golongan food anxiety ialah:

    • Menyekat diri daripada makan makanan atau jenis makanan tertentu secara dramatik
    • Hanya makan makanan dengan tekstur yang tertentu sahaja
    • Kurang selera atau minat dengan makanan
    • Berasa risau atau bimbang yang melampau berkenaan risiko tercekik
    • Risau akan mengalami reaksi alahan apabila makan sesuatu jenis makanan
    • Terlalu memilih makanan sehingga menjadi terlalu kronik 
    • Obses dengan berat dan imej tubuh badan
    • Terlalu menyekat pemakanan kerana tidak pasti apa yang ingin dimakan

    Malah, ada sesetengah daripada mereka yang mempunyai food anxiety ini akan mengalami tindak balas fisiologi apabila mereka kerap memikirkan atau menentukan apa yang ingin dimakan.

    Antara tindak balas yang boleh dialami ialah seperti degupan jantung yang laju, bernafas dengan laju, menggeletar atau rasa tidak sedap perut.

    Apakah punca yang menyebabkan penghidap food anxiety ini tahan lapar untuk kurus?

    Gangguan kebimbangan berkaitan makanan ini berpunca daripada rasa fobia berkenaan kesan makanan ke atas tubuh.

    Ia berlaku dengan kadar yang lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai gangguan deria seperti penghidap spektrum autisme.

    Apabila food anxiety ini berkaitan dengan imej tubuh atau kebimbangan peningkatan berat badan, ia boleh mendorong seseorang itu untuk menyekat pemakanannya secara melampau seperti tahan lapar untuk kurus.

    Antara punca yang menyebabkan seseorang individu bertindak sedemikian adalah kerana:

  • Jumlah informasi nutrisi makanan yang melampau
  • Jangkaan yang tidak realistik dan terlalu sempurna
  • Tekanan budaya, komuniti dan juga rakan-rakan berkenaan gaya dan penampilan diri
  • Tanggapan diri sendiri secara negatif berkenaan pemakanan dan penampilan
  • Trauma atau ada pengalaman lalu yang berkaitan
  • Sukar tentukan tempat makan tanda gangguan food anxiety?

    makan berlebihan

    Mungkin kita agak sukar untuk menentukan tempat makan terbaik apabila keluar bersama rakan atau pasangan.

    Malah, banyak kali juga pilihan kita ditolak oleh individu lain kerana pelbagai alasan sehingga tidak tahu untuk makan di mana.

    Adakah ini juga satu tanda bahawa seseorang itu mengalami food anxiety? Boleh jadi ya, tapi ia bukanlah kemestian.

    Kadangkala, kita sukar untuk memilih tempat makan terbaik hanya disebabkan faktor-faktor kecil yang bersifat peribadi sahaja.

    Ini termasuklah alasan seperti baru sahaja makan di lokasi tersebut atau kurang gemar dengan suasana di tempat makan tersebut.

    Namun yang pasti, bagi mereka yang mempunyai gangguan kebimbangan berkaitan makanan ini, mereka sememangnya sukar untuk menentukan tempat makan walaupun hanya keluar bersendirian sahaja.

    Ini disebabkan oleh faktor-faktor yang telah dinyatakan sebelum ini.

    Jadi, jika ada individu yang mempunyai gangguan food anxiety di sekitar anda, pastinya anda akan berasa amat sukar untuk mengajaknya keluar makan. 

    Kaedah untuk merawat food anxiety

    Jika anda atau individu di sekeliling anda menghidap gangguan ini, ada beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan gangguan tersebut.

    Antaranya ialah:

    • Perkenalkan jenis makanan baharu sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Tujuannya bukanlah untuk individu terlebih makan, tetapi sebagai rangsangan untuk menyukai jenis makanan yang lain
    • Jangan paksa mereka makan, tetapi tawarkan dengan baik. Jika mereka tidak mahu, tidak mengapa
    • Biarkan mereka mengenali dan meneroka jenis makanan baharu melalui deria rasa, bau dan sentuhan
    • Kurangkan faktor-faktor pemicu. Ini termasuklah pendedahan terhadap media sosial atau majalah yang menampilkan imej tubuh yang boleh membuatkan seseorang itu berasa tidak yakin dengan dirinya
    • Dapatkan khidmat terapi dan kaunseling daripada pakar pemakanan

    Elak makan berlebihan, tetapi jangan kurang makan

    Gangguan kebimbangan berkaitan makanan ini sememangnya tidak begitu baik untuk kesihatan diri.

    Ini kerana, ia boleh menyebabkan diri anda mengalami kekurangan zat atau nutrisi yang lengkap.

    Anda sepatutnya mengambil hidangan yang lengkap dengan nutrisi penting seperti karbohidrat, protein, vitamin dan lain-lain lagi.

    Anda tidak perlu makan berlebihan, cukup sekadar mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pinggan Sihat Malaysia. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan