Simptom Umum Gangguan Tekanan Selepas Trauma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat beberapa simptom yang akan berulang, termasuk fikiran tentang sesuatu yang menakutkan, imbas kembali, dan mimpi buruk. Simptom seperti ini boleh memberikan masalah dalam kehidupan seseorang individu.

Terdapat juga simptom untuk mengelakkannya seperti kesukaran untuk mengingati peristiwa trauma dan menghindari untuk mengingati pengalaman tersebut, seperti tempat, individu yang terlibat dan juga objek.

Simptom hyperarousal juga mungkin timbul, seperti rasa ketegangan, mudah terkejut dan mengalami kesukaran untuk tidur.  Walaupun ia adalah normal untuk menghadapi beberapa simptom seperti ini selepas peristiwa yang membuatkan anda trauma, tetapi, jika ia berlarutan lebih dari beberapa minggu, ia kemungkinan adalah petanda PTSD.

Normal untuk mengalami tekanan selepas kejadian trauma berlaku. Emosi dan tingkah laku boleh berubah kepada sesuatu yang mengganggu anda. Walaupun kebanyakan individu berdepan dengan masalah tekanan yang diikuti dengan trauma, ia akan berkurangan dari masa ke masa. Tetapi, anda perlu mendapatkan pertolongan jika anda mengalami simptom seperti:

  • Berlaku lebih dari 3 bulan
  • Menyebabkan anda mengalami tekanan
  • Mengganggu tugasan harian, kerja dan kehidupan anda

Simptom emosi

Melibatkan rasa kemurungan, kebimbangan, rasa bersalah dan perasaan yang kosong. Simptom lain adalah anhedonia, emosi yang dikategorikan sebagai hilang minat dalam aktiviti-aktiviti yang dahulunya menyeronokkan. National Center for Biotechnology Information (NCBI), mengatakan ia berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya gangguan psikiatri.

Simptom fizikal

NCBI mendokumenkan beberapa laporan mengenai mengenai masalah fizikal berkaitan PTSD adalah termasuk peningkatan simptom kadar neurologi, pernafasan, musculoskeletal dan kardiovaskular. Kemurungan, rasa bersalah, tekanan, kebimbangan dan masalah tidur boleh menyumbang kepada penyakit fizikal.

Kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang

Gangguan tekanan selepas trauma boleh menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek dan boleh membawa kesan psikologi jangka panjang yang kronik, menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) dan NCBI. Nasib baik, rawatan psikoterapi dapat membantu meringankan dan mengurangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang PTSD.

Apa yang perlu dilakukan jika hadapi PTSD?

Simptom PTSD biasanya berlaku selepas mengalami kejadian trauma. Tetapi, untuk sesetengah individu, ia mungkin berlaku selepas sebulan atau mungkin setahun selepas kejadian.

Simptom mungkin datang dan pergi selepas beberapa tahun. Oleh kerana itu, anda perlu perlu mencatatkan sebarang simptom yang anda hadapi dan bincangkan dengan individu yang anda percayai.

Jika anda hadapi simptom untuk lebih dari 4 minggu, yang menyebabkan anda berdepan tekanan, mengganggu kehidupan kerja atau rumah, anda mungkin alami PTSD. Dapatkanlah bantuan profesional dari doktor atau kaunselor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Eh, Kenapa Faraj Rasa Kebas Selepas Bersetubuh? Bahaya Ke? Ini Penjelasannya

    Selalunya tiada sebarang masalah tapi kenapa tiba-tiba pula kemaluan rasa kebas selepas hubungan intim.Apa sebabnya ya? Adakah ia berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/06/2020 . 3 minit bacaan

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Hubungan seks yang berlaku seharusnya melahirkan rasa kepuasan. Tetapi berlainan pula dengan anda, gangguan emosi yang dialami. Mengapakah ia berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gangguan Mood, Kesihatan Mental 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

    Isu penderaan warga tua bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Kesan penderaan bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga psikologi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Hubungan Yang Sihat, Kesihatan Mental 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Belia Dewasa Dengan PTSD Berisiko Alami Strok Di Usia Pertengahan

    Pernah dengar mengenai PTSD? Ada kajian mengatakan individu belia dengan PTSD berisiko alami strok usia pertengahan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gangguan Kegelisahan, Kesihatan Mental 22/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    serangan panik dan kegelisahan

    Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    wabak koronavirus dan PTSD

    Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
    stres pasca trauma

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan