Kumpulan Makanan Vitamin C
Jika anda meningkatkan kandungan vitamin C dan vitamin E bersama-sama dengan nutrien lain, anda boleh menghalang masalah penglihatan. Hampir setiap buah mengandungi vitamin C, jadi anda boleh memilih pelbagai jenis buah-buahan. Oren adalah pilihan yang terbaik. Satu cawan jus oren mengandungi kira-kira 124 miligram vitamin C. Satu lagi pilihan terbaik adalah strawberi. Strawberi bukan sahaja mengandungi banyak vitamin C tetapi juga antioksidan yang membantu mengurangkan bahaya katarak. Malah, kita juga mempunyai pilihan lain seperti lada merah manis, brokoli, tembikai wangi, dan buah-buahan kepunyaan sitrus.
Kumpulan Makanan Omega-3
Adakah anda ambil lemak omega-3 secukupnya? Menurut kajian ke atas 3000 orang yang berusia 49 tahun ke atas, orang yang makan lebih banyak ikan yang mengandungi omega 3 kurang cenderung untuk mempunyai masalah penglihatan seperti mata kering, katarak atau degenerasi makula. Jadi, anda digalakkan untuk makan ikan, terutama salmon, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Bukan itu sahaja, salmon adalah sumber vitamin D yang kaya. Makanan lain yang anda boleh ambil adalah seperti walnut, flaks, chia seed, minyak canola, sardin, tuna, dan sebagainya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen