backup og meta

Makanan Baik untuk Mata yang Sihat

Makanan Baik untuk Mata yang Sihat

Mata adalah sangat berharga. Akan tetapi, kini, bilangan individu yang mempunyai masalah berkaitan mata semakin meningkat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kita semua boleh mencegah masalah risiko seperti katarak, glaukoma, degenerasi makula, dan lain-lain. Bagaimanakah caranya? Mari kita mulakan dengan diet harian. Kita boleh mengurangkan 25 peratus bahaya kehilangan penglihatan dengan pengambilan multivitamin dan diet yang sihat. Sesetengah kumpulan makanan nutrien di bawah akan membantu anda merancang pelan makan yang nyata.

Kumpulan Makanan Vitamin A dan Karotena

Apabila kita bercakap tentang vitamin A atau karotena, anda akan segera berfikir tentang makanan yang mempunyai warna oren, merah atau kuning. Terdapat banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan kandungan vitamin A dan karotena seperti lobak, labu, ubi keledek, bayam, kailan, dan lain-lain.

Dalam karotena terdapat lutein yang menghalang kita daripada degenerasi makular yang disebabkan oleh cahaya biru dan cahaya ultraviolet. Kita memerlukan sehingga 10 mg lutein setiap hari. Dengan sayur-sayuran dari kumpulan ini, anda tidak perlu terlebih masak. Kecuali, lobak yang boleh kita masak untuk mendapatkan lebih faedah. Bayam juga mengandungi bukan sahaja karotena tetapi juga zeaxantin. Menurut pakar, setiap minggu kita harus makan kira-kira 283 gram bayam atau kailan untuk membekalkan nutrien yang cukup. Di samping itu, sayuran ini juga mempunyai mineral dan vitamin yang tinggi yang membantu mengelakkan kanser. Kenapakah karotena dan vitamin A biasanya bergabung bersama? Ini kerana apabila beta-karotena masuk ke dalam badan, ia berubah menjadi vitamin A. Dengan itu, kita dapat mengelakkan mata kering dan buta malam serta jangkitan mata. Bukan itu sahaja, hati, susu, dan telur adalah sumber yang kaya dengan vitamin A.

Kumpulan Makanan Vitamin C

Jika anda meningkatkan kandungan vitamin C dan vitamin E bersama-sama dengan nutrien lain, anda boleh menghalang masalah penglihatan. Hampir setiap buah mengandungi vitamin C, jadi anda boleh memilih pelbagai jenis buah-buahan. Oren adalah pilihan yang terbaik. Satu cawan jus oren mengandungi kira-kira 124 miligram vitamin C. Satu lagi pilihan terbaik adalah strawberi. Strawberi bukan sahaja mengandungi banyak vitamin C tetapi juga antioksidan yang membantu mengurangkan bahaya katarak. Malah, kita juga mempunyai pilihan lain seperti lada merah manis, brokoli, tembikai wangi, dan buah-buahan kepunyaan sitrus.

Kumpulan Makanan Omega-3

Adakah anda ambil lemak omega-3 secukupnya? Menurut kajian ke atas 3000 orang yang berusia 49 tahun ke atas, orang yang makan lebih banyak ikan yang mengandungi omega 3 kurang cenderung untuk mempunyai masalah penglihatan seperti mata kering, katarak atau degenerasi makula. Jadi, anda digalakkan untuk makan ikan, terutama salmon, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Bukan itu sahaja, salmon adalah sumber vitamin D yang kaya. Makanan lain yang anda boleh ambil adalah seperti walnut, flaks, chia seed, minyak canola, sardin, tuna, dan sebagainya.

Kumpulan Makanan Antioksidan

Makanan terbaik yang mengandungi antioksidan adalah teh hijau. Teh hijau adalah sumber katekin yang kaya. Katekin bertanggungjawab terhadap anti-radang. Oleh itu, mengambil secawan teh hijau setiap hari boleh mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula. Sumber lain yang mengandungi antioksidan seperti epal, beri, dan lain-lain.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 Top Foods for Eye Health. http://www.eatright.org/resource/health/wellness/preventing-illness/5-top-foods-for-eye-health Accessed on March 14, 2017.

5 Foods To Boost Your Eye Health

http://www.lifehack.org/articles/lifestyle/5-foods-boost-your-eye-health.html Accessed on March 14, 2017.

 

Age-Related Eye Disease Study–Results.

https://nei.nih.gov/amd. Accessed on March 14, 2017.

Versi Terbaru

15/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Shahrul Izwan Naser


Artikel Berkaitan

Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak, Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini!

Berapa Kerap Individu Perlu Periksa Mata? Klu: Ia Akan Berbeza Bergantung Usia!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 15/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan