Menurut Dr. Kunlin Yang yang berkhidmat di pusat urologi tersebut, zakar lelaki tersebut masih lagi dalam keadaan suam dan ‘hidup’ 6 jam selepas ia dipotong.
Menurut Dr. Kunlin lagi, mereka telah menjalankan pembedahan kecemasan dengan menyusun kembali dua sisi zakar dan menjahit bersama saluran darah melalui prosedur pembedahan mikro.
Setelah pembedahan tersebut selesai dilaksanakan, para doktor menggunakan satu kaedah blood-letting untuk membantunya kembali sembuh. Mereka mencucukkan jarum pada bahagian zakarnya untuk mengeluarkan darah yang terkumpul semasa kecederaan tersebut berlaku.
Zakar suami curang kembali ‘segar’

Setelah tiga hari menjalani prosedur pembedahan tersebut, suami curang tersebut berjaya mendapat kembali ‘morning wood’ untuk pertama kali setelah pembedahan.
Walau bagaimanapun, ereksi yang dialaminya turut ditemani dengan rasa yang menyakitkan. Dia telah pulang ke rumah setelah 2 minggu berada di hospital dan terpaksa menggunakan catheter; iaitu sejenis alat yang dipasang pada pundi kencing untuk mengeluarkan air kencing.
Dia menggunakan catheter tersebut selama sebulan setelah pembedahan.
Seks pertama setelah pembedahan
Tiga bulan kemudian, suami curang tersebut melaporkan bahawa dia telah berjaya melakukan hubungan seks dengan fungsi ereksi zakar yang berkesan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen