backup og meta

Orang Lelaki Elok Makan Daun Saderi? Katanya Bagus Untuk Naikkan Hormon Ini!

Orang Lelaki Elok Makan Daun Saderi? Katanya Bagus Untuk Naikkan Hormon Ini!

Sekiranya anda adalah seorang penggemar masakan berasaskan sup, daun seperti daun sup, ketumbar atau daun saderi pasti kerap ditemui di dalamnya.

Daripada 3 jenis daun ini, daun saderi jarang diperkatakan tentang manfaatnya terhadap kesihatan, yang sebenarnya harus diketengahkan.

Tahukah anda yang sebenarnya ia mungkin ada manfaat terhadap kesihatan kaum lelaki? Jom ikuti artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Apa itu daun saderi?

Ironiknya, mungkin masih ramai yang belum tahu mana satu daun ini terutamanya kaum lelaki yang sangat jarang ke dapur!

Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis tumbuhan yang banyak digunakan dalam masakan dan sering dimasukkan ke dalam sup.

Daun yang dikenali secara saintifik sebagai Apium graveolens ini mempunyai rasa yang manis, rangup serta wangi dan boleh dibuat ulam.

Dalam pada itu, ia mengandungi pelbagai nutrisi yang bagus untuk tubuh badan seperti zat besi, fosforus, natrium, kalium, magnesium, karotena dan pelbagai jenis vitamin.

Jadi, apakah manfaat daun ini yang telah dimaksudkan?

daun saderi

Apa manfaat daun saderi?

Selain menyedapkan lagi masakan anda, daun ini juga sebenarnya digunakan di dalam kaedah perubatan secara tradisional.

Sama ada secara memakan atau menyapu ia pada tubuh badan, daun ini sebenarnya telah lama digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Kebanyakan orang dulu percaya bahawa ia adalah penawar alami bagi pesakit darah tinggi dengan cara mencampurkannya sedikit ke dalam masakan.

Selain itu, ia juga dipercayai mampu mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria atau kuman pada luka di kulit.

Namun apa yang agak mengejutkan adalah daun saderi dikatakan sangat bagus untuk kesihatan kaum lelaki dalam aspek seksual! Benarkah?

Ia juga bagus untuk kesihatan kaum lelaki?

Berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu sama ada ia benar-benar bagus untuk kesihatan kaum Adam atau tidak?

Sebelum itu, kita harus tahu bahawa ia dikatakan bermanfaat ekoran kepercayaan terhadap kebolehannya meningkatkan hormon lelaki.

Hormon yang diperkatakan itu adalah hormon androsteron yang merupakan salah satu komponen hormon seks testosteron bagi lelaki.

daun saderi

Buat anda yang belum tahu, hormon ini sebenarnya dipunyai oleh kedua-dua jantina lelaki dan wanita namun lebih penting untuk kaum Adam.

Apa fungsi hormon ini?

Hormon ini adalah sangat penting bagi mengekalkan beberapa karakteristik kaum lelaki seperti penumbuhan bulu roma serta penghasilan peluh badan.

Dalam pada itu, hormon androsteron ini juga adalah antara komponen utama yang mewujudkan libido ataupun nafsu seksual bagi golongan lelaki.

Benarkah libido mampu meningkat?

Sehingga kini masih belum wujud sebarang kajian saintifik yang mengatakan daun saderi mampu meningkatkan hormon androsteron atau testosteron.

Ini bermakna, pengambilannya mungkin tidak akan mendatangkan sebarang manfaat dari sudut seksual dan kesannya mungkin hanya sekadar plasebo.

Daun saderi sebagai afrodisiak?

Meskipun kita semua sudah tahu bahawa pengambilan daun ini di dalam masakan mungkin tidak mendatangkan sebarang kesan kepada peningkatan hormon seksual lelaki, namun ia mungkin masih ada manfaatnya!

Ini kerana daun ini mungkin boleh menjadi elemen afrodisiak (makanan atau minuman yang merangsang nafsu seksual) pasangan ekoran bauan yang dihasilkan.

Umum mengetahui bahawa bau daun ini adalah sangat wangi dan kajian telah membuktikan bahawa ia mungkin mampu berfungsi sebagai ‘feromon’.

Pun begitu, kesannya mungkin tidaklah begitu besar dan kajian lanjutan mengenainya masih perlu dijalankan untuk kesahihan yang lebih dalam.

daun saderi

Daun ini masih bagus untuk dimakan!

Konklusinya, pengambilan daun saderi mungkin tidak benar mampu meningkatkan hormon seksual lelaki seperti yang diperkatakan.

Namun ia masih bagus untuk dimakan oleh individu ekoran pelbagai lagi manfaat lain terhadap kesihatan umum tidak kira lelaki atau wanita.

Selain mungkin mampu membantu bagi merawat penyakit darah tinggi serta jangkitan kuman atau bakteria, ia dipercayai bagus untuk kesuburan lelaki!

Ini kerana daun saderi sangat kaya dengan kandungan fitonutrien dan antioksidan yang penting untuk proses penghasilan sperma dalam air mani.

Jadi, tiada salahnya untuk kalian sebagai lelaki lebih banyak menggunakan daun ini di dalam masakan ekoran manfaat berbanding mudarat yang mungkin ada pada tumbuhan ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S221267081200187X/pdf?md5=ef60cdfe08a5582aa59aea8b54826ef9&pid=1-s2.0-S221267081200187X-main.pdf
  2. https://www.livescience.com/50640-celery-nutrition.html
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4930532/
  4. https://foodrevolution.org/blog/celery-health-benefits/
  5. https://www.organicfacts.net/health-benefits/vegetable/health-benefits-of-celery.html

Versi Terbaru

26/04/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Daun Pandan Bukan Sekadar Pewangi Makanan, TAPI Ada 14 Kebaikan Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Daun Pudina: Bukan Sekadar Penyegar Nafas


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/04/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan