backup og meta

Bagaimana Kondisi Diabetes Akan Beri Kesan Kepada Kesuburan Kaum Lelaki?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/12/2021

    Bagaimana Kondisi Diabetes Akan Beri Kesan Kepada Kesuburan Kaum Lelaki?

    Memang wujud kesan diabetes kepada kesuburan lelaki yang akan menyebabkan penderita hilang keyakinan dan kemampuan diri hingga mereka mungkin tidak mahu buat aktiviti seksual.

    Persoalannya, sejauh manakah kesuburan lelaki itu atau terjejas dan terganggu akibat kondisi diabetes? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, jom teruskan membaca artikel ini!

    Apa itu kondisi diabetes?

    Diabetes atau dalam bahasa medikalnya diabetes mellitus adalah sejenis penyakit metabolik yang disebabkan oleh kandungan glukosa (gula dalam darah) tinggi dalam badan.

    Penderita penyakit ini biasanya akan kerap membuang air kecil (polyuria).

    Selain itu, mereka juga akan kerap berasa haus (polydipsia) dan lapar (polyphagia).

    Terdapat 3 jenis diabetes iaitu jenis 1, jenis 2 dan diabetes semasa hamil.

    Daripada ketiga-tiga jenis diabetes ini, hanya diabetes jenis 1 akan memberi kesan secara langsung kepada kesuburan lelaki.

    kesan diabetes kepada kesuburan

    Apa kesan diabetes kepada kesuburan?

    Lelaki yang menderita diabetes jenis 2 akan mengalami kerosakan DNA pada spermanya lalu menyebabkan ketidaksuburan.

    Diabetes akan menjejaskan kesuburan lelaki dalam tiga cara, iaitu:

    • Disfungsi ereksi zakar: Komplikasi ini boleh menjejaskan salur darah kecil dan merendahkan kadar hormon testosteron.
    • Keinginan seks yang lemah: Disebabkan kadar hormon testosteron yang rendah, diabetes akan menjejaskan keinginan seks dalam kalangan lelaki.
    • Kadar ejakulasi yang lemah: Diabetes akan menjejaskan saraf kecil yang mengawal ejakulasi. Lelaki yang menderita diabetes mempunyai kuantiti air mani yang rendah (hanya 2.6 ml berbanding 3.3 ml bagi lelaki yang tidak menderita diabetes).

    Pada dasarnya, kualiti, kuantiti, morfologi dan mobiliti sperma adalah sama sahaja bagi setiap lelaki.

    Tetapi apabila dianalisis, dapat ditemui kerosakan DNA pada sperma ibu bapa yang menderita diabetes.

    Kerosakan sperma juga akan meningkatkan risiko berlakunya ketidaksuburan.

    Apa yang perlu kaum adam lakukan?

    kesan diabetes kepada kesuburan

    Anda tidak perlu terlalu risau kerana simptom-simptom ini boleh dirawat dengan ubat diabetes.

  • Disfungsi ereksi zakar – Jika komplikasi ini berlaku, anda disarankan untuk mengambil pil kesuburan Viagra, Cialis atau Levitra untuk merawat fungsi ereksi.
  • Keinginan seks yang lemah –  modulator reseptor estrogen boleh memperbetulkan kadar testosteron yang tidak teratur.
  • Kadar ejakulasi yang lemah – Komplikasi ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan (alpha agonist) untuk mengembalikan arah dan aliran ejakulasi yang normal.
  • Diagnosis diabetes tidak bermaksud anda tidak boleh mempunyai anak.

    Dengan berpegang teguh pada disiplin asas untuk kekal sihat, anda masih berpeluang mempunyai anak.

    Apa yang anda perlu lakukan untuk elak kesan diabetes kepada kesuburan lelaki adalah:

  • Memahami risiko kadar glukosa tinggi dengan ketidaksuburan
  • Mengawal kadar glukosa pada tahap yang normal
  • Mengamalkan diet yang seimbang
  • Kunci kepada kejayaan ini adalah sentiasa berhubung dengan doktor anda.

    Sangat penting untuk anda memastikan tahap glukosa anda adalah stabil sebelum melakukan hubungan intim bersama pasangan.

    Sentiasa ingat bahawa 1 daripada 3 penyebab ketidaksuburan berpunca daripada lelaki dan diabetes merupakan punca utama masalah kesuburan lelaki.

    Oleh itu juga, sila periksa kondisi kesihatan anda sekarang juga bagi mendapatkan rawatan selanjutnya jika perlu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan