Tip Wujudkan Peraturan Penggunaan Gajet

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Peraturan penggunaan gajet, cara terbaik mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak kecil.

“Mama, nak tengok telefon Mama, boleh?,” tanya Husna. Mama pun serba salah, antara nak bagi atau tidak. Hmm…sure para ibu bapa sekalian pernah melalui situasi sebegitu bukan?

Kebaikan gajet

Penulis sering berdepan dengan situasi di atas. Lebih-lebih kalau ketika berada di luar dan si manja ternampak kanak-kanak lain menggunakan telefon pintar. Bila tengok wajah anak yang penuh pengharapan, Mama confirm lembut hati.

Sebenarnya, penulis tidak menafikan penggunaan gajet, ada kebaikannya. Antaranya seperti:

  1. Kemahiran motor yang lebih baik

Kemahiran motor adalah kemahiran yang dikaitkan dengan otot pergerakan kecil seperti bibir, jari, pergelangan tangan, lidah dan jari kaki. Jadi apabila kanak-kanak bermain permainan pada tablet atau mana-mana peranti lain, itu adalah satu senaman untuk jari dan tangan mereka. Hasilnya, mereka tahu penggunaan tangan dan jari mereka dengan lebih baik dan menjadi sangat cekap di dalamnya dalam masa yang singkat.

  1. Kemahiran kognitif yang dipertingkatkan

Kemahiran kognitif adalah keupayaan untuk memproses maklumat, penaakulan, mengingati dan menghubungkan objek dengan objek lain. Kemahiran ini secara langsung berkaitan dengan ingatan, dan bahasa. Penggunaan gajet dengan aplikasi interaktif, permainan video, pelbagai cabaran dan program pendidikan dapat meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak. Alat moden membantu mengembangkan kemahiran pembelajaran mereka dengan lebih cepat kerana mereka lebih berminat dengan peranti berbanding buku.

  1. Lebih menyeronokkan

Gajet adalah satu alat yang menyeronokkan untuk kanak-kanak kerana mereka suka bermain permainan yang terdapat di dalamnya sama ada ianya puzzle atau candy crush, atau permainan menembak yang mudah. Ia membuatkan kanak-kanak berasa seronok dan mereka memahami aspek mudah mengenai sebab dan akibat, aksi dan tindak balas.

Peraturan penggunaan gajet

Seperti penulis, rasanya ramai ibu bapa yang tak sampai hati menolak permintaan si kecil. Lagi-lagi kalau mereka memang jarang mendapat peluang untuk menggunakan gajet, bukan? Jadi apa kata anda sebagai ibu bapa wujudkan peraturan penggunaan gajet. Ia dapat mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak agar tidak melebihi batasannya. 

Bagaimana? Ikuti perkongsian tip berikut.

  1. Sediakan anak anda

Berbual mengenai perubahan rutin dengan anak anda. Bincangkan mengenai konsep ‘keseimbangan’ – tugasan kerja rumah, aktiviti fizikal, membaca, masa sosial bersama keluarga dan lain-lain. 

  1. Tetapkan masa

Pastikan anda membuat persetujuan dengan anak-anak, seperti masa penggunaan gajet hanya dibenarkan ketika hujung minggu dan untuk tempoh had masa yang tertentu seperti sejam atau dua jam sehari.

  1. Mengawal

Anda sebagai ibu bapa harus mengambil kawalan. Apabila anda menetapkan tempoh tertentu untuk anak anda menggunakan gajet, pastikan anda juga mengikut apa yang anda tentukan. Jangan mengalah apabila si kecil menangis atau merajuk. Cekal dan tetapkan hati anda, okay? Jika anda mengalah, mereka akan lakukan trick yang sama setiap kali anda tidak bagi mereka menggunakan gajet.

  1. Tiada gajet di dalam bilik tidur

Seperti mana anda hadkan penggunaan masa, anda juga perlu tentukan bahawa si kecil cuma boleh menggunakan gajet di ruang tamu ketika anda ada bersama. Ini dapat memastikan apa yang anak anda lihat dan tengok. 

Kesimpulannya

Tiada salahnya membenarkan penggunaan gajet kepada anak-anak. Cuma sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa mengawal penggunaannya. Dalam masa yang sama, anda perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Jangan terlalu asyik menggunakan telefon sehingga mengabaikan kebajikan anak dan elakkan daripada menonton sesuatu yang tidak elok di hadapan si kecil, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"