brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Apa Nama Simple Untuk Baby Girl Dengan Maksud Bijaksana? Ini Lebih 100 Pilihan Nama Popular!

Belum ada nama yang sesuai lagi untuk baby girl anda yang bakal lahir nanti? Jangan bimbang! Nama bayi perempuan Islam yang bermaksud bijaksana di dalam artikel ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat ibu bapa yang masih lagi sedang kebingungan.

Apa Nama Simple Untuk Baby Girl Dengan Maksud Bijaksana? Ini Lebih 100 Pilihan Nama Popular!

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 100 pilihan nama anak perempuan terbaik untuk si manja anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa kepentingan nama bayi perempuan Islam?

Anak merupakan pembawa rezeki kepada setiap pasangan suami isteri.

Memilih nama anak perempuan merupakan antara perkara yang terawal sekali yang perlu diberi perhatian untuk bayi yang baru lahir.

Sejak bayi masih dalam kandungan lagi ibu bapa sudah mula mencari dan merancang dengan teliti nama-nama yang sesuai diberikan kepada anak mereka yang akan lahir.

Memberikan nama kepada anak juga tidak boleh sembarangan kerana nama sebenarnya melambangkan personaliti anak anda.

Bahkan, nama anak perempuan juga boleh mempengaruhi atau mencerminkan sifat keperibadian anak anda. Ini kerana, setiap kali namanya dipanggil ia merupakan doa dan kata-kata yang baik buat anak tersebut.

Setiap ibu bapa pasti menginginkan anaknya membesar dan menjadi seorang yang bijaksana dalam menjalani kehidupannya.

Dengan memberikan nama bayi perempuan yang bermaksud bijaksana, ia boleh menjadi doa dan harapan agar anak tersebut menjadi seorang wanita yang bijaksana apabila dewasa nanti.

Senarai nama bayi perempuan moden

Berikut merupakan beberapa pilihan nama anak perempuan buat puteri anda yang bakal lahir:

Nama bayi perempuan Islam huruf A

  • Amanina- Cita-cita kami, harapan kami
  • Alma – Pandai, terpelajar, yang bergemerlapan
  • Alimah – Yang berpengetahuan
  • Aliyah – Tinggi, yang paling mulia
  • Almahira – Pandai, cekap
  • Alzahrah – Cantik, bijak dan bercahaya
  • Aqilah – Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercayai, pintar
  • Areebah – Cerdik, bijak
  • Aribah – Cerdik, terpelajar
  • Arifah – Yang Mengetahui
  • Azzahra – Cantik, bijak dan bercahaya

Nama bayi perempuan unik huruf B

  • Badihah – Cepat memahami
  • Baheera – Mempesonakan, cemerlang
  • Bahiah – Gemilang, berseri-seri
  • Bahiyah – Cemerlang, indah
  • Barniyah – Cerdik, suci
  • Bashirah – Bijaksana, berakal
  • Batrisya – Cerdik, pintar
  • Batrisyia – Cerdik, pintar
  • Bazilah – Yang pintar
  • Bazla – Yang bijak

Huruf C

  • Clarissa – Pintar dan cerdas

Huruf D

  • Dahiyah – Pintar
  • Dana – Cerdas, bijak
  • Danisha – Pengetahuan, bijak
  • Darayani – Mengetahui
  • Dariah – Yang mengetahui, lemah lembut
  • Davira – Bijaksana
  • Dzakiyah – Pandai, cerdas, merah padam

Huruf E

  • Elvina – Ramah dan bijaksana

Huruf F

Berikan nama anak yang baik boleh mempengaruhi adab mereka.
Berikan nama anak yang baik boleh mempengaruhi adab mereka.
  • Fahimah – Yang bijak, memahami
  • Fahmidah – Cerdik, bijak
  • Faiza – Kejayaan
  • Faizia – Berjaya
  • Faiqihah – Pandai, pintar
  • Faqihah – Yang mengerti, ahli fiqh, bijaksana
  • Farzana – Bijak, pandai
  • Farwizah – Menang, berjaya
  • Fatanah – Kebijaksanaan
  • Fataniah – Bijak
  • Fateen – Cerdik
  • Fathiah – Pembukaan, kemenangan
  • Fatinah – Bijaksana, mengagumkan, menarik perhatian
  • Fatini – Bijaksana
  • Fatma – Bijaksana, mengagumkan, menarik
  • Fatnin – Pintar
  • Fatnun – Bijak
  • Fatunah – Cerdik
  • Fauzah – Berjaya, berhasil
  • Fauzia – Kemenangan
  • Fawziyyah – Berjaya
  • Femida – Pandai
  • Fikriyah – Bijak, pandai, pemikiran
  • Firzanah – Pintar, bijak

Huruf G

  • Ghalibah – Menang
  • Ghazala – Cerdas, menawan

Nama bayi perempuan huruf H

  • Habriyah – Pintar
  • Hadirah – Pandai, bijak
  • Hakimah – Arif, yang bijaksana
  • Hamizah – Riang, gembira, yang bijaksana
  • Hammadah – Bijak memuji
  • Haziqah – Yang cerdik, pandai

Huruf I

  • Inara – Berkarisma, pintar
  • Inayah – Berkarisma, pintar
  • Intishar – Kemenangan
  • Irdina – Berfikiran tajam
  • Irfana – Bijak, kesyukuran
  • Izzah – Kehormatan, kejayaan

Nama bayi perempuan huruf J

  • Jazilah – Ketinggian/bijak bercakap, petah berkata-kata

Huruf K

  • Kayla – Pandai berbicara
  • Kayyisa – Wanita cerdik, bijaksana
  • Khafifah- Tangkas, pandai

Nama bayi perempuan huruf L

  • Labibah – Sihat akal, cerdik
  • Lashira – Bijak

Huruf M

  • Madaniya – Kemajuan
  • Mahirah – Pandai, cekap

Nama bayi perempuan huruf N

  • Nabiha – Cerdik, mulia
  • Nabilah – Cerdik, mahir
  • Najya – Kemenangan
  • Nasira – Berjaya, penolong
  • Nawha – Bijaksana
  • Nuha – Bijaksana

Huruf Q

  • Qaila – Pandai bicara

Huruf R

  • Rabiah – Cerdas, membawa rezeki
  • Rasheeda – Bijaksana, matang
  • Rukan – Yakin

Huruf S

  • Sadia – Diberkati, berjaya
  • Sara – Cemerlang
  • Saaliha – Baik, berguna
  • Samiyah – Kedudukan tinggi
  • Shahmina – Yang cerdik
  • Syaairah – Pandai menyusun syair

Huruf U

Huruf W

  • Washma – Terpelajar
  • Wafeeqa – Berjaya

Huruf Y

  • Yadawiyyah – Yang pandai

Huruf Z

  • Zaafira – Kemenangan, berjaya
  • Zahra – Cantik, bijak, bercahaya
  • Zuhnun – Yang cerdik

Memilih nama bayi perempuan dalam Islam yang baik

Perhatian!

Trend menamakan anak dengan nama anak perempuan yang panjang dan susah disebut adalah tidak digalakkan.

Ini kerana sebutan yang salah akan menukarkan makna tersebut kepada nama yang lain.

Pastikan nama anak perempuan yang dipilih mempunyai pengertian yang baik dan mudah sebutannya. Semoga cadangan nama bayi ini dapat memberi anda inspirasi dalam membuat pilihan nama terbaik buat si manja anda.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 15/09/2026