backup og meta

Pelajar Sekolah & IPT Dapat RM100 Lagi! Ini Cara Tebus Baucar Buku MADANI 2026 Untuk Pelajar & Mahasiswa

Baucar Buku Madani 2026 ialah inisiatif kerajaan bagi membantu pelajar sekolah menengah dan mahasiswa mendapatkan bahan bacaan serta rujukan akademik. Untuk tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar bernilai RM100 diteruskan bagi memperkukuh budaya membaca dan meringankan kos pendidikan pelajar.

Pelajar Sekolah & IPT Dapat RM100 Lagi! Ini Cara Tebus Baucar Buku MADANI 2026 Untuk Pelajar & Mahasiswa

Jika anda pelajar sekolah menengah atau mahasiswa IPT, berikut adalah maklumat lengkap yang perlu diketahui mengenai bantuan ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, klik di sini.

Voucher buku Madani 2026: Pengumuman terkini kerajaan

Kerajaan mengumumkan bahawa program voucher buku Madani 2026 diteruskan dengan nilai RM100 bagi setiap penerima yang layak.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Antara objektif utama program ini ialah:

  • Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar
  • Membantu pelajar mendapatkan bahan akademik dan rujukan
  • Meringankan beban kos pendidikan
  • Menyokong industri buku tempatan

Baucar Buku Madani 2026 IPTA: Siapa yang layak?

Bagi kategori Baucar Buku Madani 2026 IPTA, penerima yang layak merangkumi:

Pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Program ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 pelajar IPT seluruh negara.

Pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

  • Pelajar sekolah menengah kerajaan
  • Pelajar sekolah bantuan kerajaan

KPM memaklumkan pelaksanaan bantuan ini sedang diperincikan dan dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pelajar sekolah menengah.

Baucar buku RM100 claim: Berapa jumlah bantuan?

Bagi tahun ini, setiap penerima layak menerima:

  • RM100 seorang bagi pelajar sekolah menengah.
  • RM100 seorang bagi mahasiswa IPT yang layak.

Setakat ini, tarikh rasmi penebusan bagi pelajar sekolah menengah masih menunggu pengumuman lanjut daripada pihak KPM.

Bagi mahasiswa IPT, program sebelum ini menggunakan tempoh penebusan melalui portal MySiswaPlace dan kerajaan dijangka mengumumkan mekanisme terkini dalam masa terdekat.

MySiswaPlace 2026: Platform penebusan mahasiswa

Baucar Buku Madani 2026
Terdapat pelbagai pilihan judul buku yang boleh ditebus dengan baucar buku.

MySiswaPlace 2026 merupakan platform rasmi yang digunakan KPT bagi pengurusan baucar buku mahasiswa.

Fungsi platform ini termasuk:

  • Semakan kelayakan penerima
  • Penjanaan baucar digital
  • Penebusan baucar
  • Pembelian buku secara dalam talian
  • Akses kepada lebih sejuta judul buku fizikal dan e-buku daripada ratusan penerbit

Laman rasmi: MySiswaPlace

Cara tebus Baucar Buku Madani 2026

Untuk mahasiswa IPT (MySiswaPlace)

Langkah penebusan adalah seperti berikut:

  • Layari portal MySiswaPlace
  • Log masuk menggunakan akaun yang didaftarkan
  • Semak status kelayakan
  • Jana baucar digital RM100
  • Pilih buku yang ingin dibeli
  • Gunakan kredit baucar semasa pembayaran

Untuk pelajar sekolah menengah (BookCapital for DELIMa)

Berdasarkan mekanisme DELIMa yang digunakan sebelum ini:

  • Log masuk ke akaun DELIMa
  • Klik pautan atau ikon penebusan baucar buku
  • Daftar akaun di portal BookCapital menggunakan ID DELIMa
  • Kredit baucar akan dipaparkan secara automatik
  • Pilih buku yang dikehendaki
  • Sahkan pesanan dan tebus baucar

Cara claim Baucar Buku Madani 2026 secara umum

Secara ringkas, cara claim Baucar Buku Madani 2026 bergantung kepada kategori penerima:

Kategori Platform
Mahasiswa IPT MySiswaPlace
Pelajar sekolah menengah BookCapital for DELIMa

Kedua-dua platform membolehkan penebusan dilakukan secara digital tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal.

Di mana boleh guna Baucar Buku Madani?

Baucar ini boleh digunakan untuk membeli:

  • Buku akademik
  • Buku rujukan peperiksaan
  • Buku ilmiah
  • E-buku
  • Bahan bacaan umum yang ditawarkan oleh penerbit dan penjual buku yang mengambil bahagian

Kesimpulan

Dalam keadaan kos pendidikan semakin meningkat, Baucar Buku MADANI menjadi antara bantuan yang mampu membantu pelajar mendapatkan bahan bacaan berkualiti tanpa menambah beban kewangan keluarga.

Lebih penting, inisiatif ini bukan sekadar bantuan tunai berbentuk baucar, tetapi pelaburan jangka panjang untuk membina generasi yang lebih berilmu, berfikiran kritis dan gemar membaca.

Bagi pelajar yang layak, pastikan anda mengikuti pengumuman rasmi KPT dan KPM supaya tidak terlepas peluang menebus baucar ini apabila proses penebusan dibuka nanti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baucar Buku MADANI RM100 diteruskan. https://malaysiamadani.gov.my/2026/05/baucar-buku-madani-rm100-diteruskan/. Diakses Jun 3, 2026.

Baucar Buku MADANI RM100 diteruskan demi perkasa budaya ilmu. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/baucar-buku-madani-rm100-diteruskan-demi-perkasa-budaya-ilmu/. Diakses Jun 3, 2026.

BAUCAR BUKU MADANI GALAKKAN PEMBUDAYAAN AMALAN MEMBACA DAN MENIMBA ILMU. https://www.mohe.gov.my/en/broadcast/media-statements/kenyataan-media-baucar-buku-madani-galakkan-pembudayaan-amalan-membaca-dan-menimba-ilmu. Diakses Jun 3, 2026.

Kerajaan teruskan Baucar Buku Madani RM100 khusus pelajar sekolah menengah, mahasiswa IPT. https://malaysiagazette.com/2026/05/29/kerajaan-teruskan-baucar-buku-madani-rm100-khusus-pelajar-sekolah-menengah-mahasiswa-ipt/. Diakses Jun 3, 2026.

MySiswaPlace. https://mysiswaplace.my/welcome. Diakses Jun 3, 2026.

KotaBuku. https://mall.bookcapital.com.my/. Diakses Jun 3, 2026.

Versi Terbaru

04/06/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

Hanya Dengan 5 Langkah, Ibu Muda Ini Berjaya Buat Anak 2 Tahun Minat Buku!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 9 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan