backup og meta

Tip Penjagaan Kulit Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    Tip Penjagaan Kulit Bayi

    Kulit bayi sentiasa sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet atau ruam. Berikut adalah 5 tip yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan kulit bayi anda dalam keadaan licin, lembut dan mulus.

    Memikirkan semula waktu mandi

    Bagi waktu mandi, anda perlu ingat bahawa:

    – Anda tidak perlu menyabunkan seluruh badan bayi anda. Gunakan span mandi di sekitar kawasan lampin, mulut, paha dan pipi sudah mencukupi.

    – Pilih pembersih cecair ringan iaitu sabun bebas bau dan pewarna. Jenis ini tidak akan mengeringkan kulit bayi atau menyakitkan mata.

    – Elakkan sabun buku atau mandian buih.

    – Pegang kepala anak anda.

    – Periksa suhu air jika terlalu panas sehingga boleh membahayakan anak anda.

    – Jangan sesekali meninggalkan anak anda semasa mandi. Ia boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini.

    Lindungi dari cahaya matahari

    Jika anak anda kurang dari 6 bulan, anda harus cuba melindunginya dari cahaya matahari langsung seboleh mungkin terutamanya antara pukul 10 pagi dan 4 petang iaitu waktu di mana cahaya matahari paling kuat.

    Apabila sudah melebihi 6 bulan dan anda perlu keluar di siang hari, anda perlu:

    – Menutup kulit bayi anda menggunakan topi atau baju lengan panjang dan seluar panjang.

    – Pakaikan mereka cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet (UV).

    – Gunakan pelindung matahari ke atas kawasan kecil yang mungkin susah untuk dilindungi dengan baju seperti muka dan tangan. Jangan biarkan pelindung matahari bersentuhan dengan mata. Gunakan semula setiap 2 jam atau selepas bayi membuang air kencing.

    Sila berhati-hati dengan pakaian bayi anda

    Untuk mengelakkan alahan dan ruam, anda harus hanya menggunakan sabun basuh baju yang bebas daripada bau dan pewarna. Jangan lupa untuk basuh baju, sarung tilam dan selimut anak anda secara berkala dan berasingan dari pakaian ahli keluarga yang lain.

    Pelembap

    Kulit anda perlu dalam keadaan lembap, begitu juga kulit anak anda. Berbanding menggunakan losyen, anda patut fikirkan tentang krim atau salap pelembap bebas pewangi kerana losyen biasa lebih berkemungkinan untuk merengsa kulit bayi yang sensitif. Anda boleh menyapu krim atau salap tersebut selepas memandikan anak anda untuk  mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulitnya. Jangan lakukannya dengan kerap. 2 kali sehari mungkin sudah mencukupi jika kulit anak anda agak kering, cuaca sejuk dan kering atau jika anak anda mengalami ekzema.

    Melegakan kawasan yang sensitif

    Kulit di kawasan lampin kebiasaannya basah dan cenderung kepada alahan. Anda boleh melegakan kawasan sensitif ini dengan beberapa tip berikut:

    – Tukar lampin dengan kerap.

    – Gunakan kain lap atau tisu basah bebas alkohol dan wangian untuk memastikan kawasan terbabit bersih.

    – Biarkan anak anda bebas lampin apabila boleh.

    – Gunakan salap atau krim pelindung seperti jeli petroleum sebelum meletakkan lampin baru.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan