Mempunyai anak sindrom down tidak mudah.
Saat menerima berita anak yang bakal dilahirkan adalah berbeza daripada bayi normal, fikiran ibu dan bapa tentunya runsing memikirkan tentang masa depan yang tidak menentu.
Itu baru apa yang berlaku pada ibu dan bapa. Stigma masyarakat pula mungkin sedikit sebanyak menghilangkan motivasi dan semangat bukan sahaja penjaga, malah juga anak itu sendiri.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Anak sindrom down anugerah tidak ternilai
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Apa pun keadaan seorang anak, itu merupakan harta yang tidak ternilai. Berapa ramai orang di luar sana yang berusaha untuk mendapat anak tetapi berakhir dengan kebuntuan.
Perkara pertama yang perlu disematkan ke dalam jiwa adalah menerima apa yang diberikan dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif.
Hanya dengan itulah anda boleh bergerak ke hadapan dan menghadapinya dengan lebih tenang.
Sindrom down mungkin tidak seperti yang anda sangka
Si kecil dengan sindrom down boleh berjalan dan berlari seperti biasa malah boleh bersukan, walaupun mungkin perkembangannya sedikit lambat berbanding kanak-kanak lain.
Mereka juga masih boleh membaca dan menulis.
Melalui pendidikan dan latihan yang baik, penghidap sindrom down juga boleh bekerja dengan bantuan yang terhad daripada keluarga atau masyarakat.
Ada juga peratusan kecil yang mampu hidup berdikari sepenuhnya.
Manakala purata jangkaan umur penghidap sindrom ini menghampiri 60 tahun, menurut kajian di dalam European Journal of Public Health.
Baca juga: