backup og meta

Pemberian Puting Kosong Untuk Bayi, Adakah Ia Satu Idea Yang Baik Ataupun Tidak?

Pemberian Puting Kosong Untuk Bayi, Adakah Ia Satu Idea Yang Baik Ataupun Tidak?

Sejak dahulu lagi, ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan untuk memberikan puting kosong untuk bayi atau pacifiers kepada anak sebagai salah satu cara untuk menenangkan anak.

Keputusan untuk memberikan anak puting bayi terpulang kepada ibu bapa. Cuma, anda mungkin ingin tahu kesan pemberiannya kepada anak anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini. 

Adakah baik jika bayi gemar menghisap puting?

Ramai ibu bapa mendapati bayi mereka akan lebih tenang jika diberikan puting bayi. Ini kerana kebanyakan bayi rasa gembira apabila dapat menghisap puting tidak kira puting ibunya ataupun puting kosong untuk bayi.

Bagi penggunaan harian, ibu bapa akan menawarkan puting bayi yang banyak dijual di pasaran.

Apabila mendapat puting, anda akan lihat tumpuan bayi teralih dan bayi juga mudah untuk terlena selepas letih menghisap puting.

Selain itu, aktiviti menghisap puting semasa tidur siang dan malam juga dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

puting kosong untuk bayi

Walau bagaimanapun, bagi bayi yang menyusu badan, ibu bapa adalah disarankan untuk menawarkan puting bayi selepas usia bayi 3 hingga 4 minggu.

Kesan negatif jika perkenalkan bayi kepada puting!

Pemberian puting terbaik untuk bayi ada juga kontranya. Sebelum ibu bapa menawarkan anak kepada puting bayi, ketahui dahulu apa kesannya kepada anak anda:

  • Pengenalan awal puting bayi kepada si manja yang masih kecil boleh mengganggu rutin penyusuannya. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan puting bayi boleh mengurangkan kekerapan sesi penyusuan bayi, malahan, sesetengah bayi akan berhenti menyusu selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada puting bayi. Namun, kajian yang dilakukan kepada bayi yang sihat, dan cukup bulan mendapati tiada impak pada penyusuan bayi.
  • Bayi yang mendapat puting juga akan terlalu bergantung kepada puting bayi dan akan menangis jika tidak mendapatnya, tidak kira jika hendak tidur, semasa tidur atau selepas bangun tidur.

Kesan buruk lain jika anak anda menghisap puting kosong untuk bayi adalah:

  1. Risiko jangkitan telinga tengah meningkat pada bayi berusia enam bulan ke atas.
  2. Gigi bayi jadi tidak tersusun atau tidak tumbuh dengan betul.

puting kosong untuk bayi

Apa ibu bapa perlu buat jika masih ingin memberinya?

  1. Tunggu dulu sampai bayi biasa dengan rutin penyusuan
  2. Jangan terlalu kerap bagi bayi puting. Tawarkannya hanya selepas atau di antara waktu makan
  3. Pilih puting bayi jenis silikon, bebas BPA (bisphenol-A) dan selamat untuk bayi
  4. Pastikan puting bayi bersih sebelum diberikan kepada si manja
  5. Jangan bagi anak-anak berkongsi puting bayi
  6. Tawarkan bayi puting mengikut saiz yang sesuai dengan usianya
  7. Jangan letakkan sebarang benda manis pada puting bayi kerana akan merosakkan gigi si manja

Adakah saya perlu bagi bayi hisap puting ataupun tidak?

Sudah tentu keutamaan ibu bapa adalah menenangkan bayi. Jadi, puting bayi adalah salah satu cara untuk bayi lebih tenang, tenteram dan tidak meragam.

Pemberian puting kosong untuk bayi tiada salahnya asalkan ibu bapa tidak terlalu menjadikannya sebagai alat utama untuk memudahkan tugas ibu bapa dalam menenteramkan anak.

Dapatkan nasihat daripada doktor jika anak anda susah untuk berhenti hisap puting.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pacifiers: Are they good for your baby?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/pacifiers/art-20048140, Accessed Oct 9 2023.
  2. How to Use a Pacifier, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=how-to-use-a-pacifier-1-981, Accessed Oct 9 2023.
  3. Risks and Benefits of Pacifiers, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2009/0415/p681.html, Accessed Oct 9 2023.
  4. Pacifiers: Benefits and Risks, https://familydoctor.org/pacifiers-benefits-and-risks/, Accessed Oct 9 2023.
  5. Baby Pacifier Pros and Cons, https://health.clevelandclinic.org/baby-pacifier-pros-and-cons/, Accessed Oct 9 2023.

 

Versi Terbaru

11/10/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan