Penyusuan badan merupakan cara paling efektif memastikan kesihatan dan perkembangan bayi. Bahkan wujud manfaat kepada ibu itu sendiri. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan 10 kebaikan susu ibu kepada mereka yang menyusukan anak.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Penyusuan badan merupakan cara paling efektif memastikan kesihatan dan perkembangan bayi. Bahkan wujud manfaat kepada ibu itu sendiri. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan 10 kebaikan susu ibu kepada mereka yang menyusukan anak.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Para ibu dan bayi mereka dapat mengeratkan hubungan melalui penyusuan badan.
Keakraban dan keselesaan yang dirasai sewaktu penyusuan mengukuhkan lagi hubungan dengan bayi anda.
Perhubungan awal inilah yang mendasari hubungan ibu-anak yang kukuh, dan penuh kasih sayang.
Penyusuan badan menjimatkan wang anda!
Susu formula mempunyai harga yang berlainan berdasarkan jenama dan umur bayi.
Susu formula untuk bayi di usia muda lebih mahal berbanding bayi lebih besar.
Purata harga setin susu formula untuk bayi baru lahir hinggalah umur setahun ialah sebanyak RM2,400.
Tidak dapat disangkal lagi, penyusuan badan dapat menjimatkan wang ibu bapa dengan banyak.
Penyusuan badan dapat membatu si ibu sembuh dengan lebih cepat sewaktu berpantang.
Uterus anda akan mengecut dengan lebih cepat untuk memgawal pendarahan dan kembali kepada saiz sebelum kehamilan.
Anda akan mengalami kekejangan abdomen sewaktu uterus mengecut kepada saiznya yang asal dan kembali kepada tempatnya dalam pelvis.
Penyusuan badan mempercepatkan proses ini, dengan pengecutan uterus dengan lebih cepat di samping pemulihan saluran darah yang terdedah pada tempat plasenta terpisah daripada uterus.
Bayi anda tetap boleh menikmati manfaat susu badan sekalipun anda merancang untuk kembali bekerja atau sambung belajar.
Anda boleh mengepam susu dengan tangan atau dengan pam payudara dan meninggalkannya pada penjaga bayi anda.
Susu ibu juga boleh dibekukan untuk kegunaan masa hadapan.
Sesetengah ibu mempunyai fasiliti penjagaan bayi di tempat kerja, belajar atau berdekatan dengannya, jadi mereka boleh menyusukan anak mereka sewaktu rehat.
Penyusuan badan dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat selepas kelahiran.
Tahukah anda badan anda menggunakan 1000 kalori sehari untuk menghasilkan susu ibu?
Selepas kelahiran, anda patut mengambil sekitar 500 kalori sehari.
Untuk mendapatkan kalori yang mencukupi untuk penghasilan susu, badan anda akan menggunakan kalori yang terhimpun sewaktu kehamilan.
Hasilnya, anda akan kehilangan berat badan dengan lebih mudah.
Penyusuan badan dapat mengurangkan risiko kanser ovari dan kanser payudara, penyakit jantung dan osteoporosis.
Semakin lama anda menyusu badan, semakin tinggi manfaatnya.
Bahkan wanita yang menyusu badan selama 8 tahun mempunyai hampir 0% risiko kanser payudara.
Jika bayi anda perempuan, penyusuan badan sebenarnya dapat mengurangkan risiko seumur hidup kanser payudara dalam anak anda sebanyak 25%.
Baca juga:
Penyusuan badan menyebabkan hormon prolaktin dirembeskan, yang memastikan estrogen dan progesteron rendah supaya ovulasi tidak berlaku.
Sekalipun anda menyusu badan sepenuhnya, kadar prolaktin akhirnya akan menurun sepanjang beberapa bulan.
Kebanyakan wanita yang menyusu sepenuhnya akan mendapati haid mereka kembali 6 hingga 8 bulan selepas kelahiran, manakala sesetengah wanita yang lain hanya selepas setahun.
Penyusuan badan boleh menjadi 98% hingg 99% berkesan sebagai pencegah kehamilan jika anda mengikuti panduan berikut:
Ramai para ibu merasa berpuas hati dan gembira dengan keakraban fizikal dan emosi yang mereka alami sewaktu penyusuan.
Perasaan ini dibantu oleh rembesan hormon, seperti:
Perasaan yang menyenangkan ini mungkin merupakan salah satu sebab wanita yang menyusukan anak pertama mereka memilih untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.
Penyusuan badan menghasilkan pengalaman emosi yang unik kepada si ibu dan bayi.
Penyusuan badan adalah satu perilaku keibubapaan yang hanya boleh dilakukan si ibu untuk anaknya, menghasilkan perhubungan fizikal dan emosi yang unik dan kukuh.
Pasangan anda, anak anda yang lain dan saudara anda boleh menghargai kehadiran bayi anda dengan cara lain yang penuh kasih sayang.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen