Penyusuan badan merupakan cara paling efektif memastikan kesihatan dan perkembangan bayi. Bahkan wujud manfaat kepada ibu itu sendiri. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan 10 kebaikan susu ibu kepada mereka yang menyusukan anak.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Mengeratkan hubungan ibu & anak
Para ibu dan bayi mereka dapat mengeratkan hubungan melalui penyusuan badan.
Keakraban dan keselesaan yang dirasai sewaktu penyusuan mengukuhkan lagi hubungan dengan bayi anda.
Perhubungan awal inilah yang mendasari hubungan ibu-anak yang kukuh, dan penuh kasih sayang.
Kebaikan susu ibu #Menjimatkan bajet
Penyusuan badan menjimatkan wang anda!
Susu formula mempunyai harga yang berlainan berdasarkan jenama dan umur bayi.
Susu formula untuk bayi di usia muda lebih mahal berbanding bayi lebih besar.
Purata harga setin susu formula untuk bayi baru lahir hinggalah umur setahun ialah sebanyak RM2,400.
Tidak dapat disangkal lagi, penyusuan badan dapat menjimatkan wang ibu bapa dengan banyak.
Menggalakkan pemulihan selepas bersalin antara kebaikan susu ibu
Penyusuan badan dapat membatu si ibu sembuh dengan lebih cepat sewaktu berpantang.
Uterus anda akan mengecut dengan lebih cepat untuk memgawal pendarahan dan kembali kepada saiz sebelum kehamilan.
Anda akan mengalami kekejangan abdomen sewaktu uterus mengecut kepada saiznya yang asal dan kembali kepada tempatnya dalam pelvis.
Penyusuan badan mempercepatkan proses ini, dengan pengecutan uterus dengan lebih cepat di samping pemulihan saluran darah yang terdedah pada tempat plasenta terpisah daripada uterus.
Berkesan untuk ibu bekerja
Bayi anda tetap boleh menikmati manfaat susu badan sekalipun anda merancang untuk kembali bekerja atau sambung belajar.
Anda boleh mengepam susu dengan tangan atau dengan pam payudara dan meninggalkannya pada penjaga bayi anda.
Susu ibu juga boleh dibekukan untuk kegunaan masa hadapan.
Sesetengah ibu mempunyai fasiliti penjagaan bayi di tempat kerja, belajar atau berdekatan dengannya, jadi mereka boleh menyusukan anak mereka sewaktu rehat.
Penurunan berat badan
Penyusuan badan dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat selepas kelahiran.
Tahukah anda badan anda menggunakan 1000 kalori sehari untuk menghasilkan susu ibu?
Selepas kelahiran, anda patut mengambil sekitar 500 kalori sehari.
Untuk mendapatkan kalori yang mencukupi untuk penghasilan susu, badan anda akan menggunakan kalori yang terhimpun sewaktu kehamilan.
Hasilnya, anda akan kehilangan berat badan dengan lebih mudah.
Mengurangkan risiko kanser kebaikan susu ibu
Penyusuan badan dapat mengurangkan risiko kanser ovari dan kanser payudara, penyakit jantung dan osteoporosis.
Semakin lama anda menyusu badan, semakin tinggi manfaatnya.
Bahkan wanita yang menyusu badan selama 8 tahun mempunyai hampir 0% risiko kanser payudara.
Jika bayi anda perempuan, penyusuan badan sebenarnya dapat mengurangkan risiko seumur hidup kanser payudara dalam anak anda sebanyak 25%.
Baca juga: