backup og meta

Parents, Boleh Ke Bagi Bayi Anda Makan Makanan Yang Pedas-Pedas?

Ramai ibu bapa yang mungkin belum tahu sama ada bayi boleh makan makanan pedas atau tidak bukan?

Parents, Boleh Ke Bagi Bayi Anda Makan Makanan Yang Pedas-Pedas?

Apabila kanak-kanak membesar, mereka perlu membiasakan diri dengan pelbagai jenis makanan. Makanan bayi tidak semestinya hambar dan tidak menarik.

Sesetengah pakar menyarankan ibu bapa memperkenalkan rasa yang berbeza kepada bayi. Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa percaya makanan pedas akan menyebabkan sakit perut atau masalah pencernaan pada bayi.

Dan terdapat juga ibu bapa yang lebih terbuka tentang memperkenalkan pelbagai jenis makanan kepada anak-anak mereka, termasuklah makanan pedas. Tetapi adakah ia satu perkara yang baik?

Sudah tentu, mencampurkan herba dan rempah yang kuat ke dalam makanan bayi bukanlah cadangan yang baik.

Untuk pengetahuan ibu bapa semua, sistem pencernaan bayi masih lemah.

Makan makanan pedas seperti cili akan menyebabkan masalah perut pada bayi anda.

Oleh itu, lebih baik anda memberi bayi anda makan perisa yang sederhana terlebih dahulu.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Adakah makan makanan pedas selamat untuk bayi?

#1. Kulit kayu manis

Selama berabad-abad, kulit kayu manis telah digunakan untuk tujuan perubatan.

Sebagai sumber manganese, besi, serat, dan kalsium, kulit kayu manis membantu menyokong sistem pencernaan dan membunuh beberapa bakteria seperti E.coli.

Menghidu kulit kayu manis dipercayai meningkatkan fungsi otak.

Anda boleh memperkenalkan kulit kayu manis kepada bayi anda dengan menambah beberapa serbuk kulit kayu manis pada bubur atau sup mereka.

#2. Bawang putih

Bawang putih bukan sahaja antioksidan yang kuat, ia juga berfungsi sebagai penambah rasa untuk makanan.

Rasa bawang putih tidak terlalu kuat dan pedas seperti rempah lain, jadi anda boleh menambahnya dalam mi, pasta atau sup.

Makan makanan pedas #3. Halia

Halia dikenali sebagai penawar berkesan untuk masalah perut.

Ia biasanya disyorkan sebagai ubat untuk pelbagai jenis penyakit.

Ia melindungi tubuh bayi daripada bakteria jahat dan juga membantu menyingkirkan angin daripada usus bayi anda.

Makan makanan pedas #4. Lada

Di kebanyakan negara Asia, kanak-kanak terdedah kepada cili merah, lada hitam, dan lada putih pada waktu yang sangat awal.

Jika anak anda masih terlalu muda, anda harus bermula dengan sedikit lada hitam dan lada putih terlebih dahulu untuk membiarkannya terbiasa dengan rasa pedas yang baru itu.

Kemudian anda boleh menambah cili merah sedikit pada kari untuk mereka cuba.

Satu perkara yang harus diperhatikan adalah anda dinasihatkan untuk hanya memperkenalkan herba dan rempah-rempah kepada anak anda apabila mereka berusia lebih dari 6 bulan.

Herba dan rempah-rempah ini mesti diberi secara berasingan supaya anda dapat melihat jika anak anda mempunyai tindak balas alahan kepadanya.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

When can my baby eat spicy foods?. http://www.parents.com/advice/babies/feeding/when-can-my-baby-eat-spicy-foods/. Accessed December 13, 2016.
Can Babies Eat Spicy Food?. http://homemade-baby-food-recipes.com/can-babies-eat-spicy-food-why-bland-can-be-boring/. Accessed December 13, 2016.
5 Experts Answer: Is It OK to Give Babies Spicy Food?. http://www.livescience.com/36487-babies-spicy-food-introducing-solids-spices.html. Accessed December 13, 2016.

Versi Terbaru

24/03/2026

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Car Seat Newborn Terbaik Untuk Dipilih, Pakai Sampai Anak 4 Tahun!

Bagaimana Mencegah Kanak-Kanak Daripada Makanan Ringan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan