backup og meta

Perlukah Berjumpa Doktor Jika Anda Terjatuh Semasa Hamil?

Perlukah Berjumpa Doktor Jika Anda Terjatuh Semasa Hamil?

Kejadian ibu terjatuh semasa hamil bukan sahaja akan mencetuskan panik malahan mendatangkan implikasi yang serius. Namun begitu, tubuh badan manusia diciptakan khas untuk melindungi bayi sekiranya ibu hamil terjatuh. Anda tidak perlu panik sekiranya kejadian ini berlaku kerana bayi anda akan selamat walaupun anda mengalami kecederaan yang serius.

Perlu risau atau tidak?

Bayi anda dilindungi dengan baik oleh otot-otot dinding rahim dan abdomen yang tebal dan kuat. Air ketuban yang meliputi kandungan anda juga boleh bertindak sebagai kusyen yang selesa. Ketika awal tempoh kehamilan, rahim anda akan dilindungi oleh tulang pelvis yang memberikan lebih jaminan keselamatan. Sekiranya anda terjatuh semasa kehamilan, anda tidak perlu panik kerana bayi anda akan tetap berada dalam keadaan yang baik.

Petanda anda perlu berjumpa doktor dengan segera

Namun begitu, anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya anda terjatuh dalam keadaan yang teruk. Doktor akan memeriksa keadaan kandungan anda dengan menggunakan EFM serta melihat sebarang tanda berlakunya keguguran. Anda perlu peka dengan kondisi tubuh badan anda sejurus selepas anda terjatuh. Berikut merupakan simptom-simptom yang memerlukan anda untuk berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan:

  • Hentakan kuat berlaku pada perut
  • Kesakitan pada abdomen, rahim atau pelvis
  • Pening kepala dan muntah-muntah
  • Pendarahan vagina atau air ketuban pecah
  • Kontraksi pada rahim
  • Pergerakan janin semakin lemah
  • Sesak nafas

Implikasi ibu hamil terjatuh semasa hamil

Kejadian terjatuh semasa hamil sememangnya akan mendatangkan implikasi terhadap kawasan yang terlibat. Lebam, calar atau kesakitan yang sementara merupakan kesan yang tidak serius selepas kejadian ini berlaku. Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan jangka masa panjang kejadian ini terutamanya pada lewa kehamilan kerana ia mampu membawa kepada kelahiran bayi pra matang.

Meskipun kesan jangka masa panjang ini tidak akan terlihat serta-merta, namun ia dapat dilihat secara berperingkat. Selain itu, kejadian ibu hamil terjatuh ini mungin merupakan petanda penyakit atau kondisi perubatan yang lain. Pembengkakan pada tangan dan pergelangan kaki juga mungkin menunjukkan anda mengalami oedema.

Perubahan bentuk dan pertambahan berat badan juga menjadi punca perubahan titik graviti dan kesukaran untuk anda menyeimbangkan badan. Anda tidak perlu risau sekiranya anda terjatuh semasa hamil kerana dalam kebanyakan kes, bayi anda akan selamat. Namun begitu, anda perlu cepat bertindak sekiranya anda dapat melihat simptom-simptom atau petanda yang memerlukan anda berjumpa doktor dengan segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

If You Fall or Witness a Fall, Do You Know What To Do http://www.phac-aspc.gc.ca/seniors-aines/publications/public/injury-blessure/falls-chutes/index-eng.phpn Accessed September 08, 2016

Do You Need To See a Doctor After a Fall http://www.health.harvard.edu/staying-healthy/do-you-need-to-see-a-doctor-after-a-fall Accessed September 08, 2016

 

Versi Terbaru

30/11/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan