Kebanyakan bakal ibu pasti akan berasa teruja apabila perut anda sudah naik baby bump, kan? Saat ini juga merupakan waktu yang paling seronok untuk anda berkongsi foto atau video perubahan saiz perut anda bulan demi bulan di laman sosial. Pun begitu, ada wanita yang tidak suka dengan bentuk badan semasa hamil.
Ingin tahu cara untuk menghadapinya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!
Kehamilan & perubahan bentuk badan
Kehamilan sememangnya akan menyebabkan perubahan pada badan anda. Bergantung kepada individu, ia sudah pasti akan menyebabkan rasa yang tidak selesa.
Selepas bersalin pula, badan wanita akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke keadaan asal, atau tidak langsung boleh kembali langsing bak kerengga seperti zaman muda-muda dulu.
Walaupun perubahan ini semula jadi dan semua wanita yang hamil akan mengalaminya, ada wanita yang tidak dapat menerimanya. Ini kerana mereka berasa insecure dengan diri sendiri terhadap persepsi orang lain.
Seharusnya, ini tidak terjadi kepada bakal ibu. Sepatutnya, anda menghargai saat kehamilan anda. Anda perlu tahu bukan semua wanita berpeluang melaluinya.
Jadi, apa yang bakal ibu perlu lakukan untuk lebih menghargai saat-saat bayi anda berada dalam kandungan anda?
5 cara menghadapi isu bentuk badan semasa hamil
#1. Ingat bahawa pertambahan berat badan adalah normal
Menurut Amanda Butler yang merupakan jurulatih kecergasan Aaptiv, melihat diri anda semakin gemuk atau besar dari ke hari adalah sangat menakutkan walaupun ia adalah satu perubahan yang normal, seperti sedang mengandung.
Manakala menurut Sia Cooper yang merupakan jurulatih peribadi kecergasan wanita, kebanyakan kita memang mempunyai isu bentuk badan sejak awal lagi. Kehamilan pula sudah pasti akan mengeruhkannya lagi!
Disebabkan ini, wanita yang sedang hamil akan lebih tertekan untuk menjaga berat badannya. Ini sepatutnya tidak perlu berlaku kerana pertambahan berat badan wanita semasa hamil adalah sangat normal. Jadi, cuba untuk tidak terlalu bimbang tentangnya, ya?
#2. Jangan terlalu bergantung kepada skala
Apakah maksudnya? Kebanyakan wanita pasti akan berasa takut akan risau setiap kali melihat nombor pada penimbang berat.
Semasa hamil, kebimbangan ini akan menjadi lebih teruk. Sewajarnya, anda tidak perlu terlalu bimbang mengenai nombor ini.
Anda harus faham bahawa setiap individu adalah berbeza. Jadi tiada istilah berat badan yang normal atau tidak semasa hamil. Untuk lebih kepastian, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
#3. Jangan bandingkan bentuk badan anda dengan bakal ibu yang lain
Ini ada sangat penting. Anda perlu tahu bahawa keadaan kehamilan setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan saiz badannya.
Mungkin jika dia baru mengandung anak pertama atau dia memang seorang kurus, maka perutnya mungkin tidak terlalu jelas.
Lain pula kisahnya jika dia memang seorang yang berbadan besar. Oleh itu, jangan sesekali membanding diri anda dengan bakal ibu yang lain tau!
#4. Sentiasa kelilingi diri anda dengan orang yang positif
Bukan sahaja anda, orang di sekeliling anda juga perlu sentiasa bersikap positif terutamanya suami anda. Sebagai suami, jangan sesekali mengejek pasangan anda yang semakin meningkat berat badannya kerana hamil.
Ingatlah bahawa mereka sudah berkorban masa selama 9 bulan untuk melahirkan zuriat keturunan kalian berdua juga ya?
#5. Lakukan senaman untuk kekal kuat fizikal & mental
Paling penting, jangan terlalu pasif semasa kehamilan. Kadangkala, tidak salah jika anda keluar rumah dan lakukan senaman yang ringan, bukan?
Ia sudah pasti akan menguatkan lagi fizikal dan mental. Namun, jangan pula sampai bersukan lasak pula! Cukup sekadar mengeluarkan peluh dan membiarkan minda anda lebih tenang dengan melihat persekitaran di luar rumah.
Bentuk badan semasa hamil tidak perlu dijadikan isu
Konklusinya, tiada apa yang perlu anda bimbangkan tentang bentuk badan semasa hamil. Tanamkan dalam diri bahawa ia adalah perkara yang sangat normal. Anda juga sepatutnya berasa bangga dengan baby bump anda.
Pada pendapat penulis, ia sangat comel dan tidak semua wanita berpeluang merasainya. Oleh itu, berbanggalah dengannya wahai wanita!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
- Nak Pakai Apa Hari Ni? Tip Mudah Pemilihan Pakaian Bagi Ibu Hamil
- Mengandung? Kenali Tanda Tanda Hamil
- Tanda Awal Mengandung: Adakah Anda Sedang Hamil?
[embed-health-tool-due-date]