backup og meta

Adakah Selamat Buat Rawatan Kuku semasa Hamil?

Adakah Selamat Buat Rawatan Kuku semasa Hamil?

Apabila memperkatakan tentang rawatan kuku atau tatarias kuku (manicure), salah satu kebimbangan utama bagi kebanyakan individu adalah keradangan kulit yang boleh timbul selepas kita keluar dari salun. Ini belum termasuk lagi dengan apa yang kita sering dengar mengenai hubungan antara bahan kimia dalam rawatan kuku dan masalah kesuburan. Jadi, sebenarnya, adakah rawatan kuku selamat untuk wanita hamil?

Risiko yang timbul disebabkan rawatan kuku

Jangkitan kuku pada semua jenis

Spesifikasi pertama yang perlu salun ada ialah kebersihan yang baik. Alatan yang tidak disteril dengan sewajarnya akan meletakkan anda pada risiko jangkitan kuku atau kulit. Jangkitan-jangkitan ini termasuklah: 

Jangkitan bakteria. Petanda awal jangkitan bakteria adalah bengkak, kemerahan, atau kepanasan di sekitar kuku anda. Bagi menghapuskan jangkitan ini, anda perlu ubat antibiotik untuk diletakkan pada kawasan jangkitan. 

Jangkitan kulat. Keadaan ini akan menyebabkan kuku anda bertukar kuning. Atau, ia membuatkan kuku anda terangkat dari jari. Rawatan untuk keadaan ini adalah melalui ubat oral atau topikal. 

Jangkitan virus. Contoh terbaik untuk keadaan ini adalah ketuat pelantar. Ketuat ini muncul pada warna berbeza dan rupa yang kelihatan seperti kematu. Rawatan untuk keadaan ini adalah ubat topikal. 

Pendedahan bahan kimia 

Hampir semua produk kuku mempunyai sebatian organik volatil (VOCs). Ramai individu percaya bahawa keselamatan produk boleh dilihat kepada bauannya. Sesetengah penggilap yang berbau busuk sebenarnya menimbulkan risiko yang lebih kurang berbanding dengan penggilap tanpa bau. 

Dengan mendapatkan rawatan kuku, anda boleh mendapat hubungan dengan: 

Toluena. Bahan kimia ini juga terdapat dalam gasolin. Toluena membawa kepada pelbagai masalah dari pening kepala ke masalah reproduktif. 

Formaldehid. Ramai individu menggunakan formaldehid untuk mengekalkan benda yang sudah mati. Sebarang penyedutan atau hubungan kulit dengan bahan kimia ini perlu dielakkan. Eropah telah mengharamkan bahan kimia ini kerana ia membawa kepada gangguan sistem endokrin. 

Rawatan kuku dan kehamilan 

Terdapat kepercayaan bahawa rawatan kuku boleh mencetuskan kelahiran tidak cukup bulan. Ini kerana urutan pada hujung jari tangan atau jari kaki dikaitkan dengan rangsangan kontraksi.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kajian saintifik yang boleh membuktikan kebenaran perkara ini. Langkah terbaik adalah anda perlu melangkau bahagian urutan tersebut. Selain itu, ikuti tip kami untuk rawatan kuku atau manicure yang selamat, seperti di bawah:

  • Sebelum memilih salun untuk menata rias kuku anda, ambil sedikit masa untuk memantau kebersihan mereka dahulu. Tumpukan pada alatan yang mereka gunakan seperti peralatan dan juga mangkuk.
  • Terus bertanyakan soalan. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang prosedur kebersihan salun, jangan malu untuk mengutarakan soalan anda. Lebih baik lagi jika anda dapat memastikan mereka mensteril setiap alatan selepas digunakan.
  • Beri perhatian pada ventilasi. Semasa proses mendandan, pilih tempat yang berdekatan dengan tingkap atau kipas.
  • Jangan mendapatkan rawatan kuku jika anda mempunyai luka terbuka pada jari ataupun kaki anda. Mikroorganisma boleh menembusi sistem anda melalui luka tersebut.
  • Jika anda memilih untuk melakukan rawatan kuku sendiri di rumah, lakukannya di bilik yang mempunyai ventilasi yang baik.
  • Pilih produk kuku tanpa toksik.
  • Jangan pergi melakukan rawatan kuku atau sebarang rawatan kecantikan sehinggalah anda berada pada trimester kedua.
  • Paling utama, anda perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor sebarang membuat sebarang keputusan berkaitan dengan kesihatan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Can You Get Your Nails Done While Pregnant? http://www.healthline.com/health/pregnancy/can-you-get-nails-done#isit-safe1 Accessed June 02 , 2017

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ingin Lakukan IVF? Ketahui Kos Serta Risikonya Terlebih Dahulu!

Wujudkah Tanda-Tanda Hamil 1 Hari? Mungkin Ya Mungkin Tidak, Jom Baca!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan