Selepas wanita hamil, antara perkara yang paling penting adalah untuk melakukan ujian darah. Ini adalah perkara asas tetapi sangat penting untuk menentukan jenis darah ibu dan faktor rhesus.
Selepas wanita hamil, antara perkara yang paling penting adalah untuk melakukan ujian darah. Ini adalah perkara asas tetapi sangat penting untuk menentukan jenis darah ibu dan faktor rhesus.

Faktor rhesus ibu adalah sangat mempengaruhi kesihatan bayi jadi sangat penting untuk mengetahui Faktor Rh daripada peringkat awal kehamilan.
Apakah itu faktor rhesus dan ketidaksesuaian jenis darah?
Terdapat empat jenis utama kumpulan darah termasuklah A, B, O dan AB yang diberi nilai faktor rhesus untuk menentukan positif atau negatif Sekiranya jenis darah ibu tidak sepadan dengan anak, ketidaksesuaian jenis darah berlaku.
Semasa kehamilan, sel darah merah ibu kemungkinan sampai ke janin dan plasenta. Sekiranya keadaan ini berlaku, antibodi dari sel darah ibu akan dihasilkan untuk menyerang sel darah bayi dalam kandungan dan membawa kepada ketidaksesuaian Rh.
Tambahan lagi, sekiranya ibu menpunyai Rh-negatif manakala bayi mempunyai Rh-positif, antibodi akan terhasil dari tubuh ibu secara automatik dan kebolehan untuk sel darah bayi dan antibodi ibu bercantum mengakibatkan penguraian sel darah merah bayi.

Akhirnya ini akan membawa kepada masalah jaundis dan beberapa keadaan lain. Risiko untuk menghadapi ketidaksesuaian Rh adalah lebih tinggi ketika hampir bersalin atau ketika bersalin.
Tetapi ia jarang mengakibatkan masalah yang serius ketika dalam trimester pertama. Sebagai akibatnya, tubuh ibu akan menghasilkan imunisasi secara automatik untuk menyerang sel darah bayi yang baru lahir kerana ia menganggapnya sebagai bacteria atau virus yang mengancam.
Doktor akan mengenalpasti ketidaksesuaian A-B-O:

Sekiranya ketidaksesuaian tidak di diagnosis awal, bayi akan berisiko untuk mendapat jaundis yang kritikal menyebabkan kerosakan pada otak.
Wanita hamil boleh mengelakkan ketidaksesuaian jenis darah dengan mengambil ujian darah pada peringkat awal kehamilan.
Sekiranya doktor mengesan ketidaksesuaian Rh, mereka akan memberi anda rawatan imun globulin Rh sekitar minggu ke 28.

Walaupun ketidaksesuaian Rh tidak memberi kesan pada kesihatan wanita hamil dan bayi, perkembangan antibodi Rh yang tidak terkawal mampu mengancam janin sewaktu peringkat kehamilan yang selanjutnya.
Komplikasi ketidaksesuaian Rh termasuklah anemia yang serius, jaundis, kerosakan otak, dan kegagalan jantung pada bayi baru lahir.
Dalam kes-kes terpencil, pertukaran transfuse kemungkinan perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bayi.
Melalui prosedur ini, sel darah Rh negatif asal bayi akan digantikan dengan sel darah Rh-positif. Proses ini membantu menstabilkan tahap sel darah merah bayi dan mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Blood Type Incompatibility or Jaundice. http://www.cerebralpalsy.org/about-cerebral-palsy/risk-factors/blood-incompatibility. Accessed December 9, 2016.
Rh Incompatibility. http://kidshealth.org/en/parents/rh.html#. Accessed December 9, 2016.
Rh Incompatibility. http://www.healthline.com/health/rh-incompatibility. Accessed December 9, 2016.
Versi Terbaru
05/07/2021
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor