backup og meta

Benarkah Bekerja Pada Waktu Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin? Ini Kata Kajian!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2022

    Benarkah Bekerja Pada Waktu Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin? Ini Kata Kajian!

    Bagi setiap ibu yang sedang hamil, keguguran adalah perkara yang paling menakutkan boleh terjadi tanpa sebarang tanda amaran.

    Manakan tidak, ia sudah pasti akan menjejaskan mental dan fizikal si ibu yang telah berminggu-minggu mengandungkan janin.

    Persoalannya, apakah sebab keguguran ini berlaku? Adakah ia ada kaitan dengan aspek pekerjaan seharian?

    Marilah kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapan sebenarnya!

    Apa itu keguguran?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua memahami definisi sebenar akan kejadian ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, keguguran adalah kehilangan janin sebelum minggu ke-20 kehamilan seorang wanita.

    Ia mungkin menunjukkan bahawa terdapat masalah tertentu dalam kehamilan atau janin yang tidak berkembang dengan baik.

    Menurut statistik yang pernah dibuat, dianggarkan kira-kira 10 hingga 20 peratus kehamilan dilaporkan berakhir dengan keguguran.

    Ya, ia memang merupakan perkara yang biasa terjadi dan hampir 50 peratus daripada kehamilan berakhir dengan keguguran sebelum seorang wanita menyedari bahawa mereka sedang hamil.

    Dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan pula, dianggarkan lebih daripada 80 peratus kes telah dilaporkan sementara kes selepas 20 minggu kehamilan adalah sangat jarang berlaku.

    Sekiranya ia berlaku kepada anda sebagai seorang wanita yang sedang hamil, berikut adalah simptom-simptomnya:

    • Pendarahan yang tidak terhenti
    • Kekejangan yang sangat teruk
    • Sakit pada perut, abdomen dan belakang
    • Keluar cecair atau tisu dari faraj
    • Badan berasa lemah lesu
    • Demam

    Mungkin juga terdapat simptom yang tidak tersenaraikan di atas dan jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi.

    Apa sebab keguguran?

    Sebenarnya, terdapat banyak sebab keguguran boleh terjadi kepada anda sama ada secara sedar, separa sedar atau tidak sedar.

    Pertama sekali, mungkin wujud masalah genetik yang membawa maut pada bayi dalam kandungan lantas menyebabkan kejadian ini berlaku.

    Dalam pada itu, masalah serviks juga boleh menyumbang kepada keguguran akibat ia terlalu lemah untuk menanggung kehamilan (serviks tidak kompeten).

    Keguguran daripada serviks tidak kompeten biasanya berlaku pada trimester kedua.

    Beberapa simptom yang berpunca daripada masalah serviks adalah jika anda berasa tekanan secara tiba-tiba, air ketuban pecah serta tisu daripada janin dan plasenta keluar tanpa rasa sakit yang teruk.

    Selain itu, punca lain yang membawa kepada keguguran adalah seperti berikut:
    • Jangkitan kuman
    • Kondisi kesihatan seperti kencing manis atau penyakit tiroid
    • Tindak balas sistem imun
    • Anatomi rahim yang abnormal
    • Masalah hormon
    • Masalah fizikal
    • Masalah mental
    Ia juga mungkin akan didasari oleh beberapa faktor risiko termasuklah:
    • Berusia 35 tahun dan ke atas
    • Pernah mengalami keguguran sebelum ini
    • Kondisi kesihatan kronik seperti kencing manis atau penyakit tiroid
    • Masalah pada rahim atau serviks
    • Menghisap rokok
    • Mengambil alkohol
    • Menyalahgunakan dadah
    • Kurang berat badan
    • Lebih berat badan
    • Ujian pranatal invasig seperti chorionic villus sampling and amniosentesis

    https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/2019-nCOV/Annex_12_Management_of_close_contact.pdf

    Aspek pekerjaan seharian individu

    Pernahkah kalian terdengar atau terbaca bahawa situasi janin gugur ini adalah disebabkan oleh anda yang terlalu kuat bekerja? Ya, ia mungkin ada kaitan!

    Sebenarnya, jenis pekerjaan juga mungkin memainkan peranan dalam menjadi sebab keguguran, namun ia adalah lebih kepada waktu kalian bekerja.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar dari Bispebjerg & Frederiksberg Hospital, kehamilan mungkin akan disudahi dengan keguguran jika kalian terlalu kuat bekerja pada waktu malam.

    Kajian yang melibatkan sekitar 22,744 pekerja di Denmark itu menyatakan bahawa ia mungkin ada kaitan dengan cahaya! Apa maksudnya?

    Dr. Luise Molenberg Begtrup yang merupakan salah seorang pengkaji itu menyatakan, lampu pada waktu malam mungkin akan menjejaskan ritma circadian lantas mengurangkan perembesan melatonin.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, melatonin ini adalah salah satu hormon yang sangat penting bagi menjaga fungsi plasenta daripada terjejas.

    Sebab keguguran ini akan menjadi lebih berisiko sekiranya pekerjaan pada waktu malam yang si ibu lakukan itu adalah kerja berat seperti dalam sektor perkilangan, perindustrian dan lain-lain seumpamanya.

    Jadi, sila elakkan bekerja lewat sehingga waktu malam ya?

    cara berpantang selepas keguguran

    Jaga perut & janin anda!

    Antara langkah penting yang boleh dibuat adalah untuk berusaha kekal sihat seperti sebelum anda hamil.

    Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya:

    • Melakukan senaman secara teratur
    • Mengamalkan pemakanan sihat
    • Belajar uruskan tekanan
    • Memastikan berat badan yang sihat
    • Mengambil asid folik setiap hari
    • Mengawal pengambilan kafein dan gula
    • Hindari daripada menghisap rokok dan minuman alkohol
    • Hindari kerja, sukan atau aktiviti berat yang berpotensi mendatangkan kecederaan
    • Jauhi persekitaran radiasi, penyakit berjangkit dan sinar X
    • Minta nasihat atau pandangan doktor sebelum mengambil sebarang ubatan tambahan

    Akhir kata, sila jaga perut dan janin anda agar dapat mengelakkan segala sebab keguguran yang telah kami nyatakan di atas okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan