Perkembangan Kehamilan: Apa Perubahan pada Tubuh Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sepanjang sembilan bulan kehamilan, bakal ibu akan mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga emosi, bermula dari perubahan pada saiz perut kepada peningkatan degupan jantung yang berdenyut untuk dua orang, sehinggalah tempoh kelahiran. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan kehamilan anda, tentang perubahan yang akan berlaku kepada tubuh anda sepanjang peringkat penting dalam kehidupan anda ini.

Perubahan pada payudara

Pada trimester pertama, anda mungkin akan rasa payudara anda menjadi lebih lembut dan mula membesar. Anda juga akan melihat pembentukan awal susu yang dikenali sebagai kolostrum meleleh keluar daripada payudara anda yang semakin membesar, sebagai persediaan untuk penyusuan. Anda perlu membeli coli yang diperbuat daripada kain kapas dengan rekaan yang menyelesakan ibu hamil.

Hidung tersumbat

Keadaan kesihatan yang biasa berlaku kepada ibu hamil ialah rasa sesak dan hidung tersumbat. Paras darah anda meningkat dengan ketara untuk mengepam bagi membekalkan darah pada bayi anda, yang mana akan meletakkan tekanan pada saluran pernafasan. Dalam hal ini, anda boleh mengendalikan ketidakselesaan dengan mudah menggunakan semburan salin atau neti pot untuk menghilangkan mukus.

Kerap rasa ingin membuang air kecil

Disebabkan peningkatan paras darah semasa kehamilan, buah pinggang anda terpaksa menahan tekanan tambahan dan menyebabkan anda kerap ke bilik air. Keadaan ini akan bertambah buruk semasa usia kehamilan semakin meningkat dan berat bayi anda akan meletakkan tekanan pada pundi kencing anda. Ini adalah keadaan normal yang berlaku kepada setiap ibu hamil. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Perubahan pada gigi dan tulang

Tubuh anda perlu menyediakan kalsium tambahan untuk perkembangan bayi anda. Jika pemakanan anda tidak menyediakan kalsium yang cukup, kesihatan tulang dan gigi anda akan turut terjejas. Hormon kehamilan juga membuatkan gusi anda menjadi lebih lemah dan boleh menyebabkan gusi kerap berdarah. Jadi, penting untuk anda berjumpa dengan doktor gigi bagi melakukan pemeriksaan gigi dan gusi.

Mengalami kesakitan

Tendon dan ligamen sepanjang tubuh anda akan meregang semasa kehamilan bagi menyesuaikan tumbesaran bayi dan membolehkannya keluar semasa fasa bersalin. Oleh itu, bakal ibu akan mengalami sakit-sakit badan, lenguh, dan ketidakselesaan yang sukar dinyatakan pada bahagian bawah abdomen. Sindrom carpal tunnel juga boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah tangan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh mampatan saraf yang menghantar isyarat otak ke tangan dan jari. Dalam kes seperti ini, anda boleh gunakan ubat yang selamat untuk ibu hamil seperti acetaminophen atau ibuprofen (hanya boleh digunakan sebelum usia kehamilan 28 minggu). Doktor juga akan menyarankan anda untuk melakukan senaman tertentu bagi membantu mengurangkan kesakitan.

Sesak nafas 

Bayi anda yang semakin membesar pada trimester ketiga membuatkan diafragma anda akan terjejas. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas dan kurang udara. Jika anda rasa teruk, carilah posisi yang selesa seperti berbaring dan cuba mengambil nafas dalam.

Melihat kepada perubahan fizikal anda dalam membawa berat badan berlebihan, dengan hormon yang tidak menentu, bakal ibu akan merasai sendiri perubahan tubuh yang menakjubkan. Wanita hamil mungkin perlu mempersiapkan cara-cara untuk melegakan keradangan kulit, buku lali bengkak, masalah penghadaman, pembesaran payudara, dan kesukaran pernafasan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan