Tidur semasa trimester kedua
Semasa trimester kedua, anda akan rasa lebih baik berbanding dengan semasa trimester pertama. Rutin tidur anda akan lebih meningkat kerana tahap hormon kini meningkat sedikit. Jadi, anda boleh mula mewujudkan tabiat tidur baru, termasuklah melakukan urutan sebelum masuk tidur, menetapkan jadual tidur yang tetap atau mengelakkan beberapa barang teknologi (seperti televisyen, laptop, dll) jauh daripada bilik tidur anda.
Selain itu, anda juga boleh bertanyakan kepada doktor anda untuk cadangan senaman yang boleh dilakukan oleh wanita mengandung bagi membantu anda tidur lebih lena. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang anda akan hadapi semasa tempoh ini. Ini termasuklah kejang kaki, berdengkur, pedih hulu hati, dan apnea tidur. Berjumpa dengan doktor jika anda rasa simptom-simptom ini mengganggu rutin tidur anda. Doktor mungkin akan menyarankan beberapa rawatan yang selamat semasa kehamilan.
Tidur semasa trimester ketiga
Semasa trimester terakhir ini, wanita hamil akan mempunyai lebih masalah untuk tidur berbanding dengan trimester pertama dan kedua. Anda akan mengalami kurang tidur lena di malam hari dan selalunya akan terjaga pada awal pagi. Dan, saiz perut anda juga akan meningkat dan janin semakin membesar dan lebih aktif. Berbanding baring menelentang semasa tidur, yang boleh menjejaskan saraf dalam spina dan vena utama, doktor mengesyorkan bahawa wanita mengandung perlu tidur mengiring ke sebelah kiri dengan bantal diletakkan atau dikapit di antara dua kaki, di bawah perut, dan juga di belakang badan. Sesetengah ibu hamil mungkin akan mengalami pedih hulu hati, urin meningkat, berdengkur, kejang kaki, atau juga sindrom kaki gelisah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen