Minum air
Perbanyakan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 liter sehari, ini turut membantu mengurangkan keinginan makan anda. Elakkan minuman manis atau berkarbonat yang boleh merosakkan kesihatan gigi anda, sekali gus meningkatkan risiko peningkatan berat badan dan masalah kesihatan seperti diabetes. Sebolehnya elakkan pengambilan minuman beralkohol tetapi jika anda tidak boleh mengelaknya, mungkin anda boleh kurangkan pengambilan minuman beralkohol.
-
Kurangkan terdedah kepada matahari
Pendedahan secara berlebihan kepada matahari boleh membawa kepada risiko kanser kulit termasuk masalah melanoma yang kronik. Elakkan dari berada di bawah cahaya matahari antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Jika perlu berada di bawah cahaya matahari, pastikan anda memakai krim pelindung matahari dengan SPF15 dan ke atas, memakai baju berlengan panjang dan memakai topi sebagai pelindung kepada.
-
Mengurangkan berat badan
Masalah berat badan berlebihan adalah punca utama yang menyebabkan diri berisiko untuk menghidapi pelbagai masalah kesihatan. Antaranya seperti:
- Tekanan darah diri
- Kandungan kolesterol tinggi
- Diabetes type 2
- Penyakit jantung
- Stroke
- Beberapa jenis kanser
Mengalami masalah berat badan berlebihan juga cenderung untuk mengalami masalah berkaitan kecederaan berkaitan berat. Masalah umum berkaitan arthritis adalah seperti pada bahagian tulang belakang, pinggul dan lutut.
Jika anda sememangnya mengalami masalah berat badan, langkah pertama yang harus anda lakukan adalah untuk mengelakkan sebarang pertambahan berat berat terlebih dahulu sebelum anda bersedia mencuba untuk mengurangkannya.
-
Elakkan merokok
Merokok dan tembakau sememangnya satu habit yang mendatangkan keburukan kepada diri. Ia boleh menyebabkan penyakit jantung, kanser mulut, tekak atau paru-paru. Tabiat ini juga menjadi faktor utama kepada masalah kesihatan seperti emfisema dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD). Anda mungkin mengalami kesukaran untuk berhenti pada mulanya, malahan anda mungkin akan menemui kegagalan walaupun telah mencuba lebih 5-6 kali untuk berhenti. Jangan berputus asa. Kurangkan bilangan jumlah rokok yang dihisap dari hari ke hari untuk mengelakkan badan anda dari terkejut kerana kehilangan nikotin. Jika masih merasa sukar, pelbagai program berhenti merokok tersedia untuk anda sertai.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen