Jika anda tidak pernah mengamalkan yoga sebelum ini, cara terbaik untuk memulakan yoga pranatal adalah dengan datang ke studio yoga. Mengapa? Ini kerana walaupun terdapat wanita yang telah mengamalkan yoga secara rutin sebelum kehamilan, sesetangah gaya bukan pranatal tidak sesuai untuk wanita hamil. Datang ke studio yoga juga boleh membantu anda untuk memastikan gaya yoga yang selamat untuk keadaan anda.
Mempraktikkan yoga di studio juga memberikan anda lebih banyak kelebihan kerana anda dapat bertemu peserta lain dengan keadaan yang sama seperti anda. Anda juga boleh bertukar pengetahuan mengenai kehamilan. Jika anda ingin berlatih di rumah, anda boleh mencari video yoga pranatal melalui talian atau mungkin anda boleh melakukan beberapa postur yang telah dipelajari dalam kelas yoga pranatal.
Berapa kerapkah wanita hamil harus mengamalkan yoga pranatal?
Anda boleh berlatih sekali atau dua kali seminggu di studio yoga, di mana tempoh setiap sesi kebanyakannya adalah 60-75 minit. Atau jika anda berlatih di rumah, anda boleh berlatih setiap hari selama 30 minit secara rutin. Anda boleh memulakan dengan mengamalkan teknik pernafasan selama 15 minit, kemudian untuk 15 minit yang akan datang anda boleh mengamalkan gaya yoga yang fokus pada pinggul, lengan, dan regangan. Anda juga boleh menggabungkan yoga pranatal dengan sukan lain untuk memastikan anda aktif semasa kehamilan anda, seperti berenang dan berjalan kaki.
Tunggu artikel saya yang akan datang mengenai manfaat yoga pranatal dan gaya lain yang biasanya anda lakukan secara rutin di rumah.
Jumpa lagi!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen