home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Menangani Ketegangan Otot

Tip Menangani Ketegangan Otot

Ketegangan atau kekejangan otot ialah keadaan apabila otot menjadi terlalu tegang atau terkoyak. Ini akibat keletihan, penggunaan berlebihan, atau penggunaan otot yang tidak betul. Mana-mana otot menjadi tegang, tetapi paling biasa di belakang, leher, bahu dan hamstring (lima tendon yang terdapat di bahagian belakang lutut pada manusia).

Apabila seseorang mengalami kerosakan otot, serat otot dan tendon yang dilekatkan pada otot akan koyak sama ada atau sebahagiannya. Koyakan otot boleh menjejaskan saluran darah kecil, yang membawa kepada perdarahan setempat, atau lebam, dan kesakitan di kawasan itu.

Simptom ketegangan otot

Simptom ketegangan otot termasuk:

  • Bengkak, lebam, atau kemerahan akibat kecederaan
  • Sakit semasa rehat
  • Sakit jika menggunakan otot tertentu atau sendi yang berkaitan dengan otot itu
  • Otot atau tendon lemah
  • Penggunaan otot yang terhad

Dalam ketegangan yang ringan, walaupun otot yang koyak tidak mempunyai kelenturan, anda masih boleh menggunakannya. Kes otot yang teruk ialah apabila otot mengalami koyakan yang serius. Ini menyebabkan kesakitan yang melampau dan mengehadkan kebanyakan pergerakan.

Ketegangan otot yang ringan hingga sederhana akan hilang selepas beberapa minggu, sementara ketegangan yang teruk boleh bertahan selama berbulan-bulan.

Punca ketegangan otot

Ketegangan otot boleh datang secara tiba-tiba dan tidak dijangka. Kecederaan atau trauma boleh menyebabkan koyakan otot. Berikut adalah beberapa faktor ketegangan otot:

  • Tidak memanaskan dengan teliti sebelum memulakan aktiviti fizikal
  • Kelenturan yang tidak mencukupi
  • Penggunaan otot berlebihan

Adalah tidak benar bahawa hanya senaman berat dan berintensiti tinggi boleh menyebabkan ketegangan otot.

Kekejangan akut boleh boleh berlaku apabila anda:

  • Slip/Hilang keseimbangan
  • Melompat
  • Berlari
  • Membuang sesuatu
  • Angkat sesuatu yang berat
  • Angkat sesuatu semasa anda dalam kedudukan tidak selesa

Ketegangan otot akut juga lebih biasa dalam cuaca sejuk. Ini kerana otot lebih sempit dalam suhu yang lebih rendah. Adalah penting untuk memanaskan dengan betul dalam keadaan ini untuk mencegah ketegangan.

Bantuan awal ketegangan otot

Kebanyakan ketegangan otot boleh dirawat dengan berkesan di rumah. Bengkak atau pendarahan setempat ke dalam otot (dari saluran darah yang koyak) sebaiknya dirawat lebih awal dengan menggunakan pek ais dan mengekalkan otot yang tegang dalam kedudukan yang selesa. Hanya gunakan haba apabila kecederaan menjadi lebih baik atau kurang teruk. Penggunaan haba awal boleh menyebabkan bengkak dan sakit lebih serius.

Formula PRICE iaitu Protection (Perlindungan), Rest (Rehat), Ice (Ais), Compression (Mampatan), dan Elevation (Ketinggian) berfungsi dengan baik untuk otot yang tegang. Ikuti arahan di bawah. Pertama, alihkan semua pakaian dan perhiasan di kawasan yang cedera. Seterusnya:

  • Melindungi otot yang tegang daripada kecederaan selanjutnya.
  • Biarkan kawasan kecederaan itu pulih. Elakkan menggunakan otot tersebut selama beberapa hari.
  • Aiskannya sebaik sahaja selepas kecederaan otot untuk mengurangkan bengkak. Amalkan selama 20 minit sehari.
  • Mampatan boleh digunakan. Balut kawasan cedera dengan pembalut elastik sehingga bengkak surut. Jangan balut dengan ketat, kerana ini boleh menjejaskan peredaran darah anda.
  • Jika boleh, pastikan otot yang cedera diangkat tinggi di atas paras jantung anda.

Nota: Ais atau panas tidak sepatutnya diletakkan secara langsung pada kulit. Letakkan lapisan kain atau tuala di antasa sumber haba atau kiub ais dan kulit untuk mengelakka kerosakkan kulit.

Dengan cara ini, jangan ambil bahagian dalam aktiviti yang meningkatkan kesakitan anda, atau berkait dengan bahagian tubuh anda yang terjejas.

Bilakah perlu mendapatkan bantuan perubatan?

Kes yang teruk memerlukan bantuan profesional daripada doktor. Sekiranya kecederaan tidak sembuh selepas semua rawatan di rumah, dapatkan bantuan perubatan.

Pencegahan kesakitan otot

  • Elakkan sakit otot dengan melakukan senaman setiap hari
  • Panaskan badan sebelum dan selepas bersenam
  • Jangan duduk dalam satu kedudukan terlalu lama
  • Mengekalkan postur yang baik semasa berdiri dan duduk
  • Mengangkat barang dengan berhati-hati
  • Pakai kasut yang selesa

Biasanya, dengan rawatan yang betul, kebanyakan orang pulih sepenuhnya daripada ketegangan otot. Kes-kes yang lebih rumit perlu dirawat di hospital untuk hasil terbaik tanpa kesan sampingan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

The basics of muscle strains. www.webmd.com/fitness-exercise/guide/muscle-strain#1. Assessed January 21, 2017

Muscle strains. http://www.healthline.com/health/strains#WhentoSeeaDoctor5  Assessed January 21, 2017

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 22/11/2018
x