backup og meta

Adakah Puasa Ramadan Menambah Risiko Kecederaan Pemain Bola Sepak?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 26/11/2019

    Adakah Puasa Ramadan Menambah Risiko Kecederaan Pemain Bola Sepak?

    Demam bola sepak Champions League tahun ini datang sekali dengan kehadiran bulan mulia yang mungkin memberi kesan kepada pemain bola sepak yang berpuasa. Sewaktu bulan puasa, banyak perubahan gaya hidup dan diet yang berlaku. Jadi, adakah risiko kecederaan pemain bola sepak kesayangan anda bertambah dengan amalan berpuasa di bulan Ramadan?

    Risiko kecederaan pemain bola sepak

    Pemain bola sepak mungkin menghadapi beberapa risiko kecederaan yang utama, antaranya ialah:

    Kecederaan bahagian bawah

    Terseliuh dan regang (strain) adalah kecederaan kaki yang paling biasa. Tahap kecederaan ini berbeza-beza. Tulang rawan dan ligamen anterior cruciate (ACL) terseliuh adalah beberapa kecederaan biasa yang mungkin memerlukan pembedahan. Kecederaan lain termasuk patah tulang dan kontusi akibat pukulan langsung kepada badan.

    Cedera Lewah Guna (Overuse Injuries)

    Shin splints (rasa sakit pada betis), tendinitis patellar (sakit di lutut), dan tendinitis Achilles (kesakitan di belakang pergelangan kaki) adalah beberapa keadaan akibat cedera lewah guna. Pemain bola sepak juga terdedah kepada ketegangan pangkal paha dan tekanan pada otot paha dan betis.

    Fraktur stres (Patah tulang disebabkan tekanan) berlaku apabila tulang menjadi lemah akibat penggunaan berlebihan. Selalunya sukar untuk membezakan fraktur stres dari kecederaan tisu lembut.

    Sekiranya kesakitan berlaku di mana-mana bahagian kaki dan tidak bertambah baik dengan ketara selepas beberapa hari berehat,  doktor perlu dirujuk untuk menentukan sama ada fraktur stres berlaku.

    Kecederaan di bahagian atas

    Kecederaan pada bahagian atas biasanya berlaku akibat jatuh pada tangan yang ditahan atau akibat pertembungan pemain dengan pemain. Keadaan ini termasuklah pergelangan tangan terseliuh, patah pergelangan tangan, dan bahu terkehel.

    Kecederaan kepala, leher, dan muka

    Kecederaan pada kepala, leher, dan muka termasuk luka dan lebam, patah tulang, leher terseliuh, dan gegeran otak. Gegaran adalah sebarang perubahan dalam keadaan mental atlet kerana trauma kepala dan perlu dinilai oleh seorang doktor. Tidak semua orang yang mengalami gegaran otak hilang kesedaran.

    Adakah puasa meningkatkan risiko kecederaan pemain bola sepak?

    Dalam kajian yang dilakukan terhadap pemain bola sepak di Tunisia, tidak terdapat perbezaan yang ketara antara insiden kecederaan pemain bola sepak dalam kalangan mereka yang berpuasa dan tidak berpuasa, namun insiden kecederaan bukan disebabkan pertembungan dan kecederaan lewah guna meningkat dalam kalangan pemain yang berpuasa sewaktu di bulan Ramadan berbanding di luar bulan puasa. Sementara kajian di Qatar mendapati Ramadan tidak meningkatkan kejadian kecederaan terhadap pemain bola sepak Muslim dengan ketara, menunjukkan  penyesuaian dan penjadualan aktiviti bola sepak semasa Ramadan yang mencukupi dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan