backup og meta

Ingat Dah Settle, Rupanya 1 Daripada 6 Pesakit Kanser Payudara Berisiko Kena Semula! Jangan Abaikan Benda Ini

Kanser payudara merupakan kanser paling kerap menyerang wanita di Malaysia, di mana subjenis HR+/HER2- (Tahap II & III) adalah antara jenis kanser payudara peringkat awal yang berisiko tinggi untuk berulang dalam tempoh tiga tahun.

Ingat Dah Settle, Rupanya 1 Daripada 6 Pesakit Kanser Payudara Berisiko Kena Semula! Jangan Abaikan Benda Ini

Memahami jenis kanser payudara ini penting bagi memastikan pesakit mendapat rawatan susulan yang tepat demi kelangsungan hidup jangka panjang.

Bagi memahami impak sebenar isu ini terhadap emosi dan psikologi pesakit di negara kita, mari kita lihat statistik mengejutkan yang didedahkan baru-baru ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kanser, anda boleh klik di sini.

Ketakutan tersembunyi pesakit kanser peringkat awal

Satu tinjauan persepsi yang dijalankan oleh Novartis Malaysia melalui IQVIA mendedahkan satu realiti emosi yang berat dalam kalangan pejuang kanser di negara kita:

  • 69% pesakit bimbang: Dua daripada tiga pesakit kanser payudara mengakui berasa bimbang atau sangat bimbang tentang risiko penyakit mereka kembali menyerang
  • 41% sering memikirkannya: Kebimbangan ini bukan sekadar sekilas lalu, malah hampir separuh daripada mereka kerap memikirkan tentang risiko tersebut

  • 78% lihat kekurangan kesedaran: Majoriti pesakit merasakan kesedaran masyarakat mengenai risiko kanser payudara peringkat awal untuk berulang masih lagi berada pada tahap yang tidak mencukupi

Mengapa perbincangan risiko sering terhalang?

Walaupun angka kebimbangan dalam kalangan pesakit adalah sangat tinggi, perbincangan mengenainya bersama doktor masih kurang berlaku kerana beberapa faktor utama:

  • Tanggapan berisiko rendah: Sebanyak 45% pesakit menyatakan mereka jarang memikirkan tentang risiko ini kerana sering dianggap sebagai “berisiko rendah”

  • Tiada perbincangan berkala: Isu kanser berulang ini tidak dibincangkan secara konsisten dan berkala setiap kali mereka pergi berjumpa dengan pakar kesihatan

  • Kekurangan kefahaman: Hanya lebih kurang separuh (53%) daripada pesakit yang benar-benar menyatakan bahawa mereka memahami faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengulangan penyakit ini dan kesan kanser payudara

Realiti bahaya sel tumor yang tidak dikesan

Menurut Profesor Emeritus Dato’ Dr Yip Cheng Har, Pakar Bedah Payudara, rawatan awal yang berjaya dipenuhi tidak menjamin sel kanser telah hilang sepenuhnya daripada badan:

  • Sel tumor mikro: Walaupun rawatan awal berjaya, kemungkinan masih terdapat sel tumor mikro yang tidak dapat dikesan oleh peralatan perubatan

  • Kapasiti sel: Tumor sekecil satu milimeter padu sahaja boleh mengandungi sehingga 100,000 sel di dalamnya

  • Satu sel sudah cukup: Hanya satu sel kanser yang tertinggal sudah memadai untuk menjadi penyebab kanser payudara itu aktif semula dan menyebabkan penyakit berulang pada masa hadapan

Jenis kanser payudara: Kepentingan terapi tambahan dan sokongan kualiti hidup

jenis kanser payudara
Dari kiri: Profesor Emeritus Dato’ Dr Yip Cheng Har, Pakar Perunding Bedah Payudara; Dr Kua Voon Fong, Pakar Perunding Onkologi Klinikal ; dan Cik Sumitra Selvaraj, Pengurus Besar, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) sewaktu sesi perbincangan media mengenai Living Well, Living Longer: The Hidden Risk of Breast Cancer Recurrence yang dianjurkan oleh Novartis Malaysia.

Bagi mengurangkan risiko pengulangan, peranan rawatan pascarawatan atau rawatan adjuvan adalah sangat kritikal untuk kelangsungan hidup pesakit:

  • Fungsi terapi tambahan: Penggunaan terapi tambahan seperti terapi hormon, kemoterapi, dan terapi bersasaran sangat penting bagi mengurangkan risiko penyakit berulang dalam kalangan pesakit peringkat awal

  • Tahap kefahaman pesakit: Setakat ini, hanya 57% pesakit kanser payudara yang benar-benar memahami kepentingan terapi tambahan/adjuvan ini

  • Kepatuhan rawatan: Dr Kua Voon Fong, Pakar Onkologi Klinikal, menjelaskan bahawa apabila pesakit disokong untuk mengekalkan kualiti hidup yang baik, mereka lebih cenderung mematuhi terapi jangka panjang ini, yang seterusnya memanjangkan tempoh bebas kanser

Kenali jenis kanser payudara, ciri-ciri, luka dan kesannya

Untuk menguruskan penyakit ini dengan berkesan, pesakit perlu mengenali variasi rawatan berdasarkan struktur sel, selain peka terhadap perubahan fizikal dan impak penyakit kepada tubuh badan:

  • Mengenali jenis kanser payudara: Pengelasan penyakit ini ditentukan melalui status reseptor hormon seperti subjenis HR+/HER2- (Tahap II & III) yang memerlukan pendekatan terapi tambahan yang berbeza daripada jenis yang lain

  • Memahami ciri-ciri kanser payudara: Setiap subjenis mempunyai sifat biologi tersendiri, di mana ada yang berkembang perlahan dan ada yang berisiko tinggi untuk berulang dalam tempoh singkat seperti tiga tahun pertama selepas rawatan utama selesai

  • Kewujudan luka kanser payudara: Pada peringkat lanjutan atau jika berulang setempat, sel tumor boleh menembusi kulit lalu membentuk luka kanser payudara yang sukar sembuh, memedihkan dan memerlukan penjagaan klinikal yang rapi

  • Mengurus kesan kanser payudara: Kehadiran penyakit ini membawa kesan kanser payudara yang besar dari sudut emosi (kebimbangan melampau), sosial, serta beban ekonomi yang kritikal kepada pesakit, keluarga, dan juga negara

Tiga soalan penting untuk ditanya bersama doktor anda

Memandangkan doktor dikenal pasti sebagai sumber maklumat yang paling dipercayai, pesakit kanser payudara peringkat awal sangat digalakkan untuk memulakan langkah proaktif dengan bertanyakan tiga soalan ini:

  1. Adakah saya berisiko mengalami kanser berulang?

  2. Bagaimana saya boleh mengurangkan risiko itu?

  3. Apakah ujian yang saya perlukan dan berapa kerap ia perlu dilakukan?

Selain perbincangan klinikal, Sumitra Selvaraj daripada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) menekankan pentingnya sokongan komuniti dan penggunaan alatan digital seperti aplikasi ICanCare yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App Store bagi membantu pesakit mendapatkan maklumat sahih di luar sesi rawatan.

Konklusi

Mengetahui status risiko dan jenis kanser payudara secara telus bukan satu kelemahan, sebaliknya ia merupakan satu bentuk kawalan penuh terhadap masa depan kesihatan diri anda.

Jangan biarkan andaian “berisiko rendah” menghalang peluang anda untuk hidup lebih lama bersama insan tersayang.

Mulakan perbincangan terbuka dengan pakar perubatan anda hari ini, demi kualiti hidup yang lebih tenang dan terjamin pada masa hadapan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

O’Shaughnessy, J., et al. (2022, December). 4-year updated analysis of the monarchE trial: Adjuvant abemaciclib plus endocrine therapy in high-risk, node-positive, HR-positive/HER2-negative early breast cancer. Presented at the San Antonio Breast Cancer Symposium (SABCS), San Antonio, TX. Diakses pada Mei 25, 2026.

EBC Perception Survey in Malaysia, IQVIA (Novartis data on file). Diakses pada Mei 25, 2026.

Galencentre.org: The inclusion of breast cancer is not optional. It is essential. https://galencentre.org/2025/07/16/breast-cancer-must-be-recognised-in-the-2025-united-nations-political-declaration-on-ncds-and-mental-health/. Diakses pada Mei 25, 2026.

Narod SA. Disappearing breast cancers. Current Oncology (Countercurrents Series). 2012;19(2):59-60. doi:10.3747/co.19.1037. Diakses pada Mei 25, 2026.

Breast Cancer Risk and Prevention. https://www.cancer.org/cancer/types/breast-cancer/risk-and-prevention.html. Diakses pada Mei 25, 2026.

Breast Cancer Risk Assessment Tool: Online Calculator (The Gail Model). https://bcrisktool.cancer.gov/. Diakses pada Mei 25, 2026.

What To Know About Breast Cancer Risk Calculators. https://www.breastcancer.org/risk/breast-cancer-risk-calculators. Diakses pada Mei 25, 2026.

Versi Terbaru

28/05/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Kempen 'Pink Wobbly Breast Odyssey', Penting Untuk Kesedaran Kanser Payudara!

Betul Ke Lenguh Tangan Boleh Jadi Petanda Kanser Payudara? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan