backup og meta

Betul Ke Biji Aprikot Boleh Rawat Kanser? Klik Artikel Untuk Jawapan

Betul Ke Biji Aprikot Boleh Rawat Kanser? Klik Artikel Untuk Jawapan

Khasiat biji aprikot dipercayai dapat melawan penyakit kanser. Tetapi adakah ia benar? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Khasiat biji aprikot

Bentuk biji aprikot adalah hampir serupa dengan badam kecil. Biji aprikot segar berwarna putih dan kulitnya akan bertukar menjadi coklat muda apabila kering.

Sesetengah pengeluar menggunakan biji buah ini dalam pengeluaran kosmetik, ubat dan minyak. Biji ini mengandungi protein, karbohidrat, serat dan kandungan minyak yang tinggi. 

Biji aprikot juga sarat dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan kolesterol ‘jahat’. 

Selain itu, ia turut mengandungi asid lemak penting, omega-3 dan omega-6, yang berfungsi melawan penyakit jantung, meningkatkan kesihatan mental serta pelbagai faedah kesihatan lain.

khasiat biji aprikot

Biji aprikot boleh melawan penyakit kanser?

Khasiat biji aprikot dikatakan baik untuk kesihatan. Bahkan ada yang mencadangkan bahawa ia dapat membantu melawan kanser. 

Tetapi boleh dipercayai ke?

Biji aprikot mengandungi sebatian kimia amygdalin. Ia pernah dikaitkan dengan keupayaan untuk melawan memerangi kanser. Laetrile adalah ubat yang dipatenkan untuk amygdalin. Ia juga dikenali sebagai vitamin B-17.

Dikatakan punca kanser adalah disebabkan kekurangan vitamin B-17 dan pengambilan suplemen vitamin ini dapat menghentikan perkembangan sel-sel kanser.

Di bawah pelbagai nama, amygdalin didakwa menawarkan banyak manfaat melawan kanser. 

Namun malangnya, tiada sebarang penyelidikan saintifik yang dapat mengesahkan dakwaan ini.

Bahkan terdapat juga teori yang menyatakan bahawa amygdalin akan bertukar kepada sianida dalam badan. Sianida berfungsi untuk memusnahkan sel kanser, sekali gus dapat menghalang pertumbuhan tumor. 

khasiat biji aprikot

Khasiat biji aprikot: Fahami tentang bahayanya

Penukaran kepada sianida inilah yang menyebabkan biji aprikot menjadi berbahaya. Tetapi kenapa ya?

Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), terdapat kaitan antara biji aprikot dengan keracunan sianida.

Beberapa kes menunjukkan bahawa pengambilan biji aprikot dalam jumlah yang tinggi boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami gejala seperti muntah teruk, berpeluh, pening dan pengsan.

Jadi, FDA tidak meluluskan amygdalin (mahupun laetrile atau vitamin B-17) sebagai satu bentuk rawatan kanser.

Menurut penyelidikan…

Melalui kajian yang diterbitkan pada 2015, menyatakan bahawa disebabkan kemungkinan keracunan sianida yang dikaitkan dengan pengambilan amygladin dalam jumlah yang besar, maka semua bentuk laetrile adalah berbahaya.

Menurut penyelidik kajian tersebut, terdapat risiko kesan buruk yang serius daripada keracunan sianida selepas pengambilan laetrile atau amygdalin, terutamanya melalui penggunaan secara oral.

Secara ringkasnya, ia dapat dikatakan antara imbangan risiko-manfaat laetrile atau amygdalin sebagai rawatan untuk kanser lebih berat kepada hasil negatif. 

Selagi tidak terdapat sebagai kajian yang boleh mengesahkan mengenai kebaikan dan keburukan biji aprikot sebagai rawatan kanser, pilihan terbaik adalah untuk menghindarinya.

Baca juga:

Kesimpulan 

Walaupun terdapat khasiat biji aprikot seperti untuk dapat meningkatkan kesihatan jantung dan otak, namun sebagai rawatan kanser, ia masih belum berasas.

Kehadiran amygdalin dalam biji buah ini juga boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), antara gejala keracunan sianida kesan amygdalin adalah seperti:

Dos laetrile yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan jantung, otak dan saraf. Lebih menakutkan ia juga boleh mengakibatkan kematian!

Berbincanglah dengan doktor sebelum memulakan sebarang terapi atau rawatan alternatif untuk rawatan kanser.

Walaupun biji aprikot belum terbukti dapat merawat kanser, namun terdapat pelbagai pilihan rawatan lain yang menjadikan kemungkinan keberkesanan dalam merawat penyakit kanser yang dialami.

Berundinglah dengan doktor terlebih dahulu mengenai pilihan anda serta sebarang rawatan alternatif yang ingin dicuba.

Pakar pemakanan bertauliah juga boleh membantu memberikan cadangan dan saranan makanan yang dapat membantu melengkapkan rawatan anda.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Laetrile/Amygdalin (PDQ®)–Patient Version. https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/cam/patient/laetrile-pdq, Accessed on Jan 4, 2023 
  2. Unproved Dietary Claims In The Treatment Of Patients With Cancer. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1805327/pdf/bullnyacadmed00089-0109.pdf, Accessed on Jan 4, 2023 
  3. David M. Greenberg. The case against laetrile. The fraudulent cancer remedy. https://acsjournals.onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1002/1097-0142, Accessed on Jan 4, 2023  
  4. Natural Toxins in Food. https://www.fda.gov/food/chemical-contaminants-pesticides/natural-toxins-food, Accessed on Jan 4, 2023 
  5. Manal K Abdel-Rahman. Can apricot kernels fatty acids delay the atrophied hepatocytes from progression to fibrosis in dimethylnitrosamine (DMN)-induced liver injury in rats? 2011 July 7. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3155902/, Accessed on Jan 4, 2023 
  6. Park HJ, Yoon SH, Han LS, Zheng LT, Jung KH, Uhm YK, Lee JH, Jeong JS, Joo WS, Yim SV, Chung JH, Hong SP. Amygdalin inhibits genes related to cell cycle in SNU-C4 human colon cancer cells. World J Gastroenterol. 2005 Sep 7;11(33):5156-61. doi: 10.3748/wjg.v11.i33.5156. PMID: 16127745; PMCID: PMC4320388. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16127745/, Accessed on Jan 4, 2023 
  7. Zhou C, Qian L, Ma H, Yu X, Zhang Y, Qu W, Zhang X, Xia W. Enhancement of amygdalin activated with β-D-glucosidase on HepG2 cells proliferation and apoptosis. Carbohydr Polym. 2012 Sep 1;90(1):516-23. doi: 10.1016/j.carbpol.2012.05.073. Epub 2012 May 28. PMID: 24751072. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24751072/, Accessed on Jan 4, 2023
  8. Stefania MilazzoMarkus HorneberEdzard Ernst. 2015, April 28. Laetrile treatment for cancer. https://doi.org/10.1002/14651858.CD005476.pub4, Accessed on Jan 4, 2023

Versi Terbaru

11/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini Faktor Risiko KANSER Paling Utama, Bukannya Cara Diet @ Gaya Hidup!

Mata Biru Senang Dapat Kanser? Ini 5 Jenis Kanser Mata Dan Punca Ia Berlaku


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan