backup og meta

Selalu Minum Air Lemon? Tahu Tak Ia Boleh Buat Anda Sentiasa Awet Muda!

Selalu Minum Air Lemon? Tahu Tak Ia Boleh Buat Anda Sentiasa Awet Muda!

Lihat diri anda pada cermin. Adakah anda menemui kedut muka, kulit kering, masalah jeragat, jerawat dan liang roma besar? Kemudian tanyakan kepada diri sendiri, “Apakah perkara pertama yang saya minum ketika saya bangun pada waktu pagi?” Sesetengah orang lebih suka segelas teh panas, kopi, atau hanya segelas air.

Tapi, terdapat satu rutin yang harus anda amalkan setiap hari. Ambil gelas, tuangkan air suam dan perahkan separuh potongan lemon ke dalam gelas anda.

Tahukah anda bahawa manfaat air lemon juga dapat digandakan jika diambil dengan air suam? Minum segelas air lemon setiap pagi untuk kekal awet muda!

Manfaat air lemon untuk kulit

manfaat air lemon

Ya, air lemon baik untuk kesihatan anda. Ia juga diketahui sangat bermanfaat untuk kulit anda, memberikan kulit berseri dan sihat. Cara semula jadi selalu lebih baik, ia mudah, tidak mahal dan menghalang kulit dari penuaan.

Sains dan kajian telah mengesahkan manfaat yang luar biasa daripada lemon.

Minum air lemon setiap hari pada waktu pagi sebaik sahaja bangun membantu memerangi jeragat dan jerawat. Ia sangat disyorkan oleh doktor dan pakar kosmetik. Maka tidak hairanlah bahan kosmetik sering mengandungi lemon sebagai salah satu ramuannya.

Vitamin C dan antiseptik yang tinggi dalam lemon berfungsi dengan baik untuk mencegah kulit daripada jangkitan dan menyembuhkan sebarang masalah kulit. Apabila kulit anda terbakar, anda mungkin perlu menyapu madu dan lemon pada kawasan terbakar.

Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia membaiki sel-sel kulit yang rosak dan menghalang kulit daripada penuaan. Kolagen bertanggungjawab terhadap keanjalan kulit.

Apabila anda mencapai umur 40 tahun, keanjalan kulit anda mula berhenti secara kekal. Sekiranya anda masih remaja, lebih baik anda menjaga kulit anda dan mempertimbangkan memulakan kebiasaan minum air lemon pada waktu pagi.

Lemon juga mempunyai antioksidan yang sangat berkesan untuk mencegah penuaan kulit. Antioksidan melawan radikal bebas dan menyingkirkannya daripada badan. Bagaimanapun, baiki juga pemakanan dan gaya hidup anda agar seimbang dengan manfaat lemon.

Khasiat air lemon yang lain

manfaat air lemon

Selain membuatkan kulit anda 10 tahun lebih muda, lemon juga bermanfaat untuk pencernaan tubuh, penjagaan rambut, mencegah kencing manis, demam, tekanan darah tinggi, dan banyak masalah kesihatan lain.

Sudah tentu, vitamin C yang tinggi dalam lemon membantu meningkatkan sistem imun anda untuk melawan sebarang virus dan bakteria, menghalang daripada sebarang penyakit yang mungkin berlaku. Alkali dan jumlah kalium yang banyak membantu untuk memberi tenaga kepada tubuh anda dan melindungi dari sebarang masalah fizikal.

Minum air lemon pada waktu pagi apabila perut anda masih kosong dapat membantu mengeluarkan toksik daripada badan anda. Lemon juga dapat meningkatkan kekerapan kencing, yang sangat penting untuk menyingkirkan toksik. Ia menghalang dari sakit perut, kekejangan, dan masalah penghadaman.

Jika anda mempunyai masalah berat badan atau ingin menurunkan berat badan, minum air lemon adalah cara paling mudah untuk mencapainya. Asid sitrik dalam lemon melambatkan penyerapan karbohidrat. Limau untuk diet sangat biasa diamalkan pada masa kini dan berkesan! Pastikan anda menggunakan air suam berbanding air sejuk untuk kesan terbaik.

Selain itu, air lemon membantu rambut anda menjadi lebih kuat dan sihat. Antioksidan ini membantu menghindarkan kelemumur, keguguran rambut dan menjadikan rambut anda sihat berkilat.

Anda tidak boleh menafikan bahawa manfaat air lemon ini mempunyai manfaat semula jadi yang luar biasa untuk badan daripada hujung rambut ke hujung kaki. Oleh itu, minum air lemon setiap hari untuk mendapatkan faedah yang berkesan dan dapatkan perubahan luar biasa!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Benefits of drinking lemon water www.detoxandbodycleanse.com/detox-juice-recipe/benefits-of-drinking-lemon-water/. Accessed August 24, 2016.

4 amazing benefits of lemon water for your skin www.tipsfornaturalbeauty.com/1566/4-amazing-benefits-of-lemon-for-your-skin/#.V21fEGgxVDu. Accessed August 24, 2016.

Versi Terbaru

08/11/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Beberapa Khasiat Lemon Untuk Kanser Yang Anda Perlu Tahu

Limau VS Lemon: Apa Dia Perbezaan Di Antara Dua Jenis Buah Sitrus Ini?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan