Bolehkah Kulit Kering Menyebabkan Jerawat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pakar jerawat dahulunya menyangka hanya orang yang mempunyai kulit berminyak mendapat jerawat. Sesetengah doktor malah menasihatkan pesakit mereka untuk mengeringkan kulit dengan bekerja atau berbaring di bawah matahari untuk menggelapkan kulit sebaik mungkin! Walau bagaimanapun, dalam kalangan mereka yang mempunyai kulit kering, produk kosmetik, kotoran dan bakteria juga boleh menyumbat liang roma dan menyebabkan jerawat.

Bagaimanakah kulit kering terkait dengan jerawat?

Kulit kering biasanya bermaksud kulit rosak. Kulit anda bergantung kepada lapisan lipid untuk mengelakkan perengsa, seperti bakteria, virus, dan kulat, dan untuk mengekalkan perubahan sel baru dengan konsisten. Kulit kering tidak bermakna anda akan kurang cenderung untuk mempunyai jerawat. Apabila kulit anda menjadi kering, keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas ini menjadi terbatas, menyebabkan penumpukan sel-sel kulit pada permukaan kulit yang mudah berlaku keradangan, mewujudkan tempat pembiakan untuk jerawat.

Malah, terlebih mengeringkan kulit anda menyingkirkan kelembapan daripada kulit, yang kini diketahui menyebabkan jerawat lebih teruk. Apabila anda mempunyai kulit kering, kulit anda mungkin terlalu sensitif untuk produk anti jerawat, terutamanya ubat-ubatan retinol preskripsi.

Kebanyakan produk rawatan jerawat mempunyai alkohol di dalamnya. Malangnya, bahan terlarang  untuk kulit kering adalah alkohol. Senario ini boleh menyebabkan dilema apabila membeli produk penjagaan kulit. Sesetengah ubat-ubatan jerawat boleh menyebabkan kulit yang sangat kering dan boleh merosakkan lapisan lipid. Kehilangan lapisan pelingung lipid seterusnya boleh meningkatkan risiko anda mendapat jerawat.

Bagaimana untuk merawat jerawat apabila anda mempunyai kulit kering

Elakkan produk rawatan jerawat dengan alkohol. Kulit kering lebih cenderung untuk menjadi kulit sensitif. Anda mungkin memerlukan pelembap yang lebih sesuai untuk kulit kering dan bukan untuk kulit berminyak atau kulit kombinasi. Bahan-bahan semula jadi yang biasa seperti mentega koko, lanolin, dan mentega shea mungkin merengsakan kulit. Cari produk dengan label “semula jadi” atau “bukan merengsa.”

Untuk kulit kering, produk penjagaan kulit dengan minyak mungkin dapat membantu. Sedikit kandungan minyak akan sangat membantu mereka yang mempunyai kulit kering dan jerawat.

Bereksperimen dengan produk yang dinyatakan boleh membantu anda mencari keseimbangan yang betul untuk mengelakkan kulit kering dan melawan jerawat. Sesuaikan kekerapan penggunaan produk supaya tidak berlebihan, dan gunakan bahan-bahan yang sihat untuk kulit dalam gel ringan, serum, losyen nipis, atau toner.

Kulit berminyak berjerawat adalah gabungan masalah degil yang boleh berlaku pada hampir semua peringkat umur, dan selalunya menyebabkan tekanan emosi. Apabila anda menambah kulit kering dalam masalah ini, ia akan menjadi lebih mencabar untuk mengenal pasti punca dan kemudian mencari jalan penyelesaian, di samping bagaimana mengelakkan produk yang mungkin memburukkan lagi keadaan. Ikuti nasihat kami untuk kulit yang lebih jelas, tanpa cela merah dan parut dan menyerlah tanpa memburukkan keadaan kulit kering. Barulah anda mencapai keseimbangan yang ideal!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan