backup og meta

Beli 5 Jenama Mesih Basuh Pengering Terbaik Ini, Mudahkan Kerja Rumah Di Musim Hujan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/10/2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    Beli 5 Jenama Mesih Basuh Pengering Terbaik Ini, Mudahkan Kerja Rumah Di Musim Hujan!

    Apabila tiba musim tengkujuh yang bermula sekitar bulan November hingga Mac, banyak perkara yang menjadi kerisauan kita. Antaranya masalah jemuran pakaian yang lambat kering disebabkan cuaca yang sentiasa lembap. Apabila pakaian lambat kering, maka ia mudah berbau hapak dan berkulat. Oleh sebab itu, salah satu cara terbaik bagi isu ini adalah dengan menggunakan mesin basuh yang lengkap dengan fungsi pengering. Anda tidak tahu mahu pilih jenama washer dryer terbaik? Lihat di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    5 jenama washer dryer terbaik 2023

    Apabila membeli mesin basuh dan pengering, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan.

    Antara faktor tersebut termasuklah kapasiti cucian, kecekapan tenaga, fungsi dan ciri-ciri tambahan, serta jenama mesin itu sendiri.

    pembersih baju

    Dalam artikel ini, kita akan melihat 5 jenama mesin basuh dan pengering terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

    #1. LG Washer Dryer 10.5KG LG-FV1450H2B antara washer dryer yang bagus

    Mesin basuh dan pengering LG FV1450H2B adalah antara jenama washer dryer terbaik di Malaysia.

    Dengan kapasiti cucian 10.5 kg dan pengering 7 kg, ia sesuai untuk keluarga yang besar.

    Antara ciri-ciri unik mesin ini adalah:

    • AI Direct Drive™ yang menawarkan penjagaan fabrik yang lebih baik dengan 18% perlindungan tambahan
    • Teknologi Steam+™ pula memastikan 99.9% alergen seperti habuk dan hama dihapuskan, di samping mengurangkan kedutan sebanyak 30%
    • Ciri TurboWash™360˚ membolehkan pakaian dibasuh dengan teliti dalam hanya 39 minit.  Ia menjimatkan masa dan tenaga
    • Dilengkapi dengan pintu kaca temper yang tahan lama dan elegan, serta keluli tahan karat
    • Kemampuan untuk dihubungkan dengan TWINWash™ Mini, ia menawarkan fleksibiliti dan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan reka bentuk dalaman anda

    #2. Washer dryer terbaik: Hisense 10.0KG Front Load 2 in 1 Washer and Dryer WDQY1014EVJM

    Mesin basuh dan pengering Hisense WDQY1014EVJM pula mempunyai kapasiti basuhan 10.0 kg dan kapasiti pengeringan sebanyak 6.0 kg.

    Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk keluarga dengan isi rumah yang ramai. Ia dilengkapi dengan:

    • Pelbagai tetapan cucian seperti Cotton, Mix, Wool, dan Quick 15′
    • Juga dilengkapi dengan kunci kanak-kanak
    • Hadir dengan warna Titanium Grey yang elegan dan reka bentuk yang moden, menambah nilai estetika kepada ruang dobi anda

    #3. Toshiba Washer Dryer Inverter Front Load Washing Machine TWD-BJ120M4M

    Mesin basuh dan pengering jenama Toshiba TWD-BJ120M4M ini dilengkapi dengan teknologi GREATWAVES™ .

    Ia menawarkan penjimatan tenaga, perlindungan warna, dan prestasi cucian yang hebat.

    Dengan kapasiti cucian sehingga 11 kg dan pengering sebanyak 7 kg, ia adalah pilihan yang baik jika anda mempunyai keluarga yang besar 

    • Teknologi CycloneMix™ jenama ini boleh meningkatkan kadar larutan sabun pencuci sebanyak 20%, sekali gus meningkatkan prestasi cucian pakaian 
    • Dilengkapi dengan motor Real INVERTER™ yang lebih senyap dan tahan lama
    • Teknologi SENSEDRY™ pula berkemampuan menghentikan proses pengeringan apabila pakaian mencapai kekeringan yang sesuai, menjimatkan masa dan melindungi pakaian daripada kekeringan berlebihan

    #4. Washer dryer terbaik: Electrolux UltimateCare 700 Washer Dryer (7kg +5kg) EWW7024FDWA

    Electrolux EWW7024FDWA adalah mesin basuh dan pengering yang menawarkan kapasiti basuhan sehingga 7 kg dan kapasiti pengering sebanyak 5 kg.

    Ia adalah pilihan yang sesuai untuk keluarga kecil hingga sederhana. 

    • Dilengkapi dengan teknologi Inverter, yang menjadikan operasinya lebih senyap dan efisien daripada segi tenaga
    • Anda boleh mendapatkan pakaian yang siap untuk dipakai dalam masa yang singkat
    • Menawarkan pelbagai program cucian untuk memenuhi keperluan khas pakaian anda
    • Dilengkapi dengan skrin paparan digital yang memudahkan penggunaan ibu-ibu di rumah
    • Keselamatan juga menjadi keutamaan dengan kehadiran fungsi kunci kanak-kanak

    #5. ELBA 10KG/6KG 2-in-1 Washer Dryer EWDC-J1061IN(GD) antara dryer laundry terbaik

    ELBA EWDC-J1061IN(GD) merupakan mesin basuh dan pengering 2-dalam-1 yang dilengkapi kapasiti basuhan sehingga 10 kg dan kapasiti pengering sebanyak 6 kg.

    Ia dilengkapi dengan: 

    • Motor inverter untuk operasi cucian yang lebih senyap
    • Menawarkan 16 program cucian yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis fabrik dan keperluan anda
    • Mempunyai reka bentuk elegan dan ciri-ciri inovatif, sesuai untuk mereka yang inginkan ciri moden

    Kesimpulan 

    Sewaktu musim tengkujuh nanti, jenis-jenis washer dryer terbaik seperti senarai di atas akan menjadi sangat berguna untuk anda.

    Ia tidak hanya memudahkan proses pencucian dan pengeringan pakaian, tetapi juga memastikan pakaian kita kering, bersih dan siap dipakai walaupun ketika cuaca lembap. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan