Kesibukan gaya hidup moden sekarang menyebabkan kita kurang masa untuk berehat-rehat di rumah selepas penat di tempat kerja. Akibatnya, kita sering mengabaikan kerja-kerja mengemas di rumah, walaupun sedar ia boleh menjejaskan kesihatan kita. Apatah lagi jika anda mempunyai bayi dan anak kecil atau membela haiwan peliharaan, jadi adalah amat penting untuk anda memastikan rumah bersih dan bebas kuman. Artikel ini membantu anda tentang cara-cara untuk anda membersihkan rumah dalam masa kurang daripada 20 minit.
Zon 1: Bilik air
- Bersihkan ruangan mandi, sinki, lubang jamban, dan tab mandi dengan menggunakan penyembur serbaguna dan biarkannya.
- Sukar sebenarnya untuk menggosok tandas sebersih-bersihnya. Namun, letakkan sedikit serbuk soda ke dalam mangkuk tandas, gosok menggunakan berus tandas, kemudian pam tandas. Dah siap! Anda akan lihat mangkuk tandas anda benar-benar bersih. Kemudian, lap bahagian luar tandas dan tangki dengan menggunakan kain mikrofiber yang disembur dengan penyembur serbaguna.
- Sembur pada cermin yang ada dalam bilik air anda, kemudian lap pada gerakan membulat bermula daripada bahagian atas.
- Mop lantai menggunakan mop mikrofiber yang telah direndam dengan air (campurkan sedikit haruman). Kemudian, mop segera lantai dari sudut sehingga penghujung pintu.
Zon 2: Dapur
- Pertama, mulakan dengan membersihkan pinggan yang kotor. Jangan biarkan pinggan kotor di dalam sinki lebih daripada sehari. Jika tidak, ia akan mula berbau busuk dan menyebabkan lalat, pepijat dan juga lipas datang.
- Kemaskan ruang atas kaunter dan susun barang dalam laci kabinet serta almari dapur. Semakin kurang barang atas kaunter anda, semakin bersih dapur anda.
- Bersihkan kaunter dengan menggunakan kain mikrofiber yang telah dibasahkan dengan penyembur serbaguna.
- Lap alatan dapur anda seperti pencuci pinggan mangkuk, dapur gas, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk, dengan menggunakan kain lembap.
- Sapu lantai, bermula daripada sudut sehingga ke penghujung, kemudian mop lantai. Gunakan cecair penyahbau supaya lantai anda bersih dan berbau segar.
Zon 3: Ruang tamu
- Lihat barang-barang yang mungkin anda tersalah letak. Letakkannya pada tempat yang betul supaya ruang tamu anda kelihatan tersusun dan bersih. Cara ini juga memudahkan anda untuk melakukan langkah lain selepas ini jika barang sudah dikemas.
- Bersihkan habuk dalam bilik atau pada perabot anda dari atas ke bawah, dan belakang serta seterusnya supaya debu dan habuk tidak terjatuh ke bahagian yang sudah anda bersihkan.
- Gunakan semburan serbaguna pada permukaan bercermin kemudian lap cermin tersebut pada gerakan membulat.
- Akhir sekali, vakum perabot dan lantai ruang tamu anda supaya tiada debu atau habuk yang tertinggal.
[embed-health-tool-bmi]