backup og meta

Masih Enggan Berhenti Merokok? Lihat Ini 9 Kesan Buruk TABIAT Merokok Yang Semua Patut Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/02/2022

    Masih Enggan Berhenti Merokok? Lihat Ini 9 Kesan Buruk TABIAT Merokok Yang Semua Patut Tahu!

    Kesan buruk merokok secara seriusnya boleh menjejaskan kesihatan diri seseorang. Menurut WHO, amalan merokok boleh membunuh sehingga separuh daripada penggunanya, iaitu kira-kira 6 juta orang setiap tahun.

    Lebih 5 juta daripada kematian mereka adalah akibat daripada penggunaan tembakau secara terus manakala lebih daripada 600,000 adalah hasil daripada bukan perokok pasif.

    Baca lebih lanjut tentang Habit Sihat di sini.

    9 Kesan buruk merokok 

    #1. Peredaran

    Apabila merokok, anda membenarkan toksin dari asap rokok memasuki saluran darah. Toksin akan memaksa jantung anda bekerja lebih kuat daripada biasa, menyempitkan arteri, membuat darah lebih pekat, dan meningkatkan risiko pembekuan darah.

    Perubahan ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

    #2. Jantung

    kesan buruk merokok

    Amalan merokok boleh merosakkan jantung dan memberi kesan kepada peredaran darah anda, dengan itu meningkatkan risiko pelbagai keadaan seperti serangan jantung, penyakit jantung koronari, strok, penyakit vaskular periferal (saluran darah rosak) dan penyakit serebrovaskular (arteri rosak yang membawa darah ke otak) .

    Karbon monoksida dan nikotin kedua-duanya membuatkan jantung anda bekerja lebih laju, meningkatkan peluang pembentukan darah beku. Di samping itu, bahan kimia lain dalam asap merosakkan lapisan arteri koronari yang membawa kepada furring (pembentukan selaput) arteri.

    Berbanding dengan orang lain, perokok mempunyai dua kali ganda risiko serangan jantung dan kematian akibat penyakit jantung koronari berbanding orang yang tidak pernah merokok.

    #3. Perut

    Perokok mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kanser perut atau ulser.

    Merokok menjadikan otot yang mengawal bahagian bawah tekak (esofagus) lemah dan menyebabkan refluks, satu keadaan di mana asid menuju perut ke arah yang salah kembali ke tekak anda.

    Rokok terbukti menjadi faktor risiko besar untuk mendapat kanser buah pinggang. Lebih banyak anda merokok lebih besar risiko ini.

    10 batang rokok setiap hari meningkatkan risiko kanser buah pinggang dan setengah kali ganda berbanding dengan bukan perokok.

    Risiko ini meningkat dua kali ganda jika anda merokok 20 batang atau lebih dalam masa sehari.

    #4. Kulit

    kesan buruk merokok

    Apabila anda merokok, jumlah oksigen yang akan turun ke kulit akan berkurangan. Oleh kerana proses itu, penuaan kuli lebih cepat terjadi. Toksin dalam badan anda juga menyebabkan selulit (sejenis lemak di bawah kulit dan menghalangnya daripada kelihatan licin).

    Merokok pada peringkat awal antara 10 hingga 20 tahun berkemungkinan akan membuatkan kulit wajah berkedut. 

    Malah merokok juga menyebabkan kulit kusam kuning-kelabu dan pipi cengkung, yang boleh menyebabkan anda kelihatan kurus.

    #5. Tulang

    Merokok menjadikan tulang rapuh terutama wanita yang perlu berhati-hati kerana mereka lebih cenderung untuk mengalami osteoporosis. 

    #6. Otak

    Otak aneurism adalah lebih cenderung berlaku apabila anda merokok. Otak aneurisme ialah bonjol dalam saluran darah yang mengakibatkan kelemahan dalam dinding saluran darah. 

    #7. Kesan buruk merokok – Paru-paru

    kesan buruk merokok

    Pengambilan tembakau boleh memberi kesan kepada paru-paru anda.

    Pada masa awal anda akan mengalami batuk, selesema dan asma. Juga boleh menyebabkan penyakit yang membawa maut seperti pneumonia, emphysema dan kanser paru-paru.

    Merokok menyebabkan 84% daripada kematian akibat kanser paru-paru dan 83% daripada kematian berpunca dari penyakit kronik pulmonari obstruktif (COPD).

    #8. Kesan buruk merokok – Mulut dan tekak

    Rokok menyebabkan nafas berbau, gigi kekuningan dan penyebab penyakit gusi. Ia juga boleh menjejaskan deria rasa.

    Kerosakan paling teruk menyebabkan peningkatan risiko kanser bibir, lidah, peti suara dan tekak (esofagus). Lebih daripada 93% daripada kanser oropharyngeal (kanser di bahagian tekak) adalah berkait rapat dengan tabiat merokok. 

    #9. Pembiakan dan kesuburan

    kesan buruk merokok

    Selain itu, kesan buruk merokok juga boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tabiat ini boleh merosakkan saluran darah, termasuk yang membekalkan darah ke zakar.

    Merokok juga mengurangkan jumlah sperma dan menyebabkan kanser buah zakar.

    Bagi wanita, amalan merokok boleh mengurangkan kesuburan dan meningkatkan risiko kanser serviks.

    Wanita hamil yang merokok  berkemungkinan mengalami keguguran, kelahiran pramatang, kelahiran mati dan penyakit tertentu.

    Malah, merokok semasa mengandung meningkatkan risiko sindrom kematian bayi secara mengejut sekurang-kurangnya 25%.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan