Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pagi-pagi ketika bangun tidur, kadangkala kita akan rasa lesu dan sakit-sakit badan seperti tidak puas tidur. Namun pernahkah anda cuba untuk melakukan senaman regangan pagi?

Perasaan lemau dan mengantuk ini akan sering terjadi saat kita terjaga daripada tidur, terutamanya apabila majoriti masyarakat kini lebih banyak meluangkan masa duduk di rumah ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda.

Adakah senaman regangan dapat membantu?

senaman regangan

Tahukah anda, senaman regangan yang dilakukan pada waktu pagi sangat bermanfaat pada kesihatan dan boleh memberikan mood yang lebih baik?

Kajian mendapati selain bersenam, melakukan regangan juga boleh membantu anda relaks, meningkatkan kelenturan badan, mengurangkan sakit belakang dan meringankan masalah kesihatan yang lain.

Cuba anda sertakan regangan pagi dalam rutin harian setiap kali anda bangun daripada tidur, ia pasti akan membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Selain itu, dengan melakukan senaman ini juga, anda tidak perlu lagi bergantung kepada minuman berkafein untuk mengekalkan kesegaran diri.

Jenis-jenis senaman regangan pagi

1. Regangan kobra

Cara-cara:

Baring terlentang dan rapatkan kedua-dua tangan di sisi. Siku anda akan berada di kedua-dua sisi tubuh anda. Kemudian, angkat kepala dan dada anda dengan perlahan, pastikan pinggul dan pangkal paha anda berada di atas katil atau lantai.

Sekiranya anda berasa selesa, angkat kepala lebih tinggi menghampiri perut anda.

Anda harus ingat untuk merehatkan leher dan bahu anda. Kekalkan posisi regangan selama 15 hingga 20 saat dan apabila anda sudah bersedia, turunkan badan secara perlahan-lahan ke posisi asal tadi (baring terlentang).

2. Regangan lutut ke bahagian dada

Cara-cara:

Masih dalam posisi berbaring, bawa sebelah lutut ke dada anda. Pastikan anda tidak mengangkat kepala atau menegangkan leher.

Tarik nafas dalam-dalam sebanyak 3 hingga 4 saat, rasakan regangan di bahagian punggung dan bawah belakang badan anda.

Ulangi pergerakan ini dengan menggunakan sebelah lagi lutut.

3. Putaran tulang belakang

Cara-cara:

Berbaring pada posisi terlentang, angkat salah satu lutut anda, dan perlahan-lahan gerakkannya ke sisi bertentangan badan.

Pastikan kedua bahu anda kekal bersentuhan dengan katil sepanjang masa.

Sekiranya anda berasa selesa melakukan posisi ini, keluarkan satu tangan ke sisi badan anda, sejajar dengan bahu, dan perlahan-lahan pusingkan kepala anda untuk menghadap lengan anda tadi.

Anda harus merasakan regangan pada bahagian atas dan bawah belakang badan. Tarik nafas dalam-dalam dan ulangi gerakan yang sama di sisi bertentangan.

4. Regangan bahu

regangan bahu

Cara-cara:

Regangan ini akan dapat merehatkan bilah bahu di belakang anda dan ke bawah.

Keluarkan sebelah lengan dan gerakkan ke sisi yang bertentangan di badan anda.

Kemudian gunakan lengan anda yang lain untuk memberikan tekanan kepada lengan tadi dengan menolak secara lembut bagi menguatkan regangan.

Selepas itu, cuba kekalkan posisi tersebut selama 15 hingga 20 saat dan ulangi pada sisi yang lain.

5. Regangan hamstring

Cara-cara:

Untuk regangan ini, anda harus bermula dengan berdiri tegak dan bengkokkan secara perlahan-lahan sebelah lutut seolah-olah anda akan berada dalam posisi duduk.

Letakkan kaki yang bertentangan ke depan, tumit ke lantai lalu tegakkan jari kaki ke arah siling.

Bengkokkan badan ke hadapan dari pinggul anda untuk merasakan keregangan di bahagian belakang kaki anda yang terbentang.

Kekalkan posisi ini selama 10 hingga 15 saat dan kemudian ulangi dengan kaki anda yang lain pula.

Rumusan

Kesimpulannya, setiap individu perlu memberikan perhatian secukupnya terhadap tubuh badan setiap hari ketika bangun tidur.

Bagi mengelakkan rasa lesu, lakukan senaman regangan ini mengikut kemampuan diri sendiri.

Jangan kecewa jika pada awalnya anda tidak berjaya. Dengan melakukannya secara kerap, badan anda akan mula mudah dilentur.

Namun pastikan anda melakukan regangan-regangan ini mengikut kemampuan kerana jika terlalu memaksa diri ia mungkin akan memberi kemudaratan pada diri sendiri.

Sekiranya anda tercedera, pastikan untuk segera bertemu dengan doktor atau ahli fisioterapi agar mereka dapat mencadangkan senaman regangan yang bersesuaian dengan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Opsss, Isteri Hamil Tapi Suami Yang Kena Alahan? Ini 7 Tanda Ia Mungkin Sindrom Couvade

Pernah dengar tentang sindrom Couvade? Haaa...apa tu? Ia simptom kehamilan pada lelaki. Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 14/04/2020 . 3 minit bacaan

Bila Bangun Tidur Selalu Rasa Moody? BERHENTI Lakukan 7 Perkara Ini, Baru Mood Elok

Jika anda sering berasa moody selepas bangun tidur pada waktu pagi, maka anda perlu meneliti semula rutin anda. Berikut merupakan 7 tip berkenaan dengannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/04/2020 . 3 minit bacaan

Suara Serak Lepas Bangun Tidur? AWAS, Ia Mungkin Tanda Beberapa Penyakit Ini!

Anda perasan tak, setiap kali anda bangun tidur pasti suara serak akan terjadi kepada anda? Ingin tahu apa punca ia berlaku? Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 02/03/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

Selain sakit belakang dan lutut, sakit badan lain yang turut menjadi masalah kepada ramai orang adalah sakit bahu. Ketahui punca dan cara mengatasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 13/12/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan penambah tenaga

Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
rawatan fisioterapi

Jangan Biarkan! Jika Sering Sakit Belakang, Ini Mungkin Petanda Anda Perlukan Rawatan Fisioterapi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
manfaat tidur siang

Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
ketulan di leher

Ada Ketulan Tiba-Tiba Muncul Pada Leher! Adakah Ini Tanda Kanser?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan